CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 5, 2011

~Raya 2011~


Ya Ampunnnnn!!! Hei, lambatnyer awak update citer pasal raya awak! Biar lambat asal ada..kan?kan?kan?

Malas nak citer sangat (sebab dah lama dah, nak masuk raya haji dah ni..ha! tau pun awak!!), apepun yang penting saya raya di perantauan untuk pertama kalinya dan jauh dari keluarga tersayang dan tetap jugak buat entry tuk raya..ok, senyap!


Siapa kata raya kat perantauan tak meriah? Meriah jugak tapi mungkin tak semeriah kat Malaysia lah kan. Tu tak dinafikan oleh kami-kami di sini..


 For ur info lah kan, bukan kami je yang meriah, tapi makanan pun meriah jugak!!! Kiranya bab makanan tu sama meriah dengan Malaysia lah! Just name it, semua ada..satay? rendang? ketupat? ada..semua tu ada..lemang?? opss, yang tu mintak maaf lah ye..carik buluh tapi tak jumpa-jumpa kat Moscow ni!  Hahahaha

kuih raya sumbangan dari kami..mine is bahulu gulung. i did myself ok!!

soto, ketupat, nasi minyak, ayam masak merah, dalca..what else? just name it..semua ada
told ya before, satay pun ada tau!!

 Ok, tu je cerita raya saya di sini..Ada lagi gambar-gambar raya tapi nak cerita dalam entry lain.

See ya! ^_^

Tuesday, October 4, 2011

~photo shoot x jadi~

Last weekend hampa!

Cita-cita nak berphoto shoot sempena autumn ni x menjadi disebabkan sabtu dan ahad hujan..dan boleh dikatakan sekarang ni macam musim hujan pulak..xpelah, hujan kan kurniaan Allah..

Harap-harap weekend nanti tak hujan! Amin

Monday, September 26, 2011

~Jumpa doktor lagik~

Last week pegi check up.. Lepas balik bercuti dari Malaysia aritu x pegi check up oullss.. Selamba je tapi risau!

Kali ni check up bukan dgn Dr. Olga Panfilova or Dr. Tatiana Kaznacheeva tapi dengan Dr. Madan... Nice lady, more friendly eventho dia x berapa pandai cakap english.

Baby?? Baby semakin membesar dan aktif.  Masa tgh scan tu Dr. Madan kata baby mcm mumbling..mulut dia cam "um am um am" gitu! Mmg nampak mulut dia bukak tutup, bukak tutup..comel sangat!!

Berat baby doktor agak-agak dlm 1.2 kg.

Kali ketiga doktor kata "it's a baby girl".. (^_^)




Friday, September 9, 2011

~Cerita Raya~

Sorilah, aku belum ada mood nak bercerita pasal raya. Gambar kejadian banyak dah; gambar bersalaman, gambar berduaan, gambar ramai-ramai, gambar bawah pokok epal, gambar ishhh macam-macamlah! Tapi tunggu lah ye. Ada jugak ambik gambar dengan Ariff Shah alaaa..blogger yang tengah belajar kat Moscow tuh!

Nanti lah citer ye. Tempek gambar terus baru best!!

~Musim luruh dah tiba~

Moscow dah start autumn.  Daun-daun dah start menguning, suhu pun dah menyejuk. Keluar kena pakai jaket dah! Tak tahan sejuk sampai ke tulang.  Tak lama lagi togel lah daun-daun ni semua. Yang tinggal cuma ranting kering je.

Wednesday, September 7, 2011

~Trimester ketiga & pergerakan baby~

Trimester ketiga katanya if kat Malaysia kita kena kira pergerakan baby!

Honestly aku agak kabur sikit pasal cara-cara mengira pergerakan baby.  Ada jugak dengar ibu-ibu mengandung yang dah masuk trimester ketiga akan diberikan "buku merah".  Ntah macam mana rupa buku merah tu pun aku x penah tengok! Maklumlah xde pengalaman mengandung kat Malaysia, mengandung-mengandung terus duduk kat Moscow..Jadinyer makin lah kurang pengetahuan situasi mengandung kat Malaysia tu.. (Agak nanti kot aku mengandung anak kedua kat Malaysia mesti agak-agak jakun kot!..hehehehe)

Kat Moscow ni aku tak taulah macamana kekdahnyer bila dah masuk trimester ketiga. Since balik dari Malaysia aritu lum lagi buat check up.  Maybe next week!

Bercerita pasal pergerakan baby, aku teramat lah risau sangat dan hampir menangis masa dalam flight aritu sebab risaukan baby.  Doktor Kaznacheeva memang tak bagi aku balik that day, sebab uri aku kan kat bawah.  Setiap kali take off n nak landing aku memang selawat banyak2 sangat. Baca semua ayat-ayat yang aku tau. Baby pun gerak-gerak aktif sangat.  Daddy sentiasa je pegang perut aku!

Yang paling risau sangat time dah sampai kat Malaysia, lebih kurang dua hari aku tak rasa pergerakan baby. Cukup risau dan kami berpendapat yang baby penat! Boleh??? Alhamdulillah lepas rehat yang secukupnya tu, baby kembali bergerak dengan aktifnyer.. (Betullah agaknya pendapat aku n hubby!)

Monday, September 5, 2011

~Jejak Rasul di Moscow..eh, ada muka kami lah!~

Tak payah kot nak cerita panjang berjela untuk entry kali ni.  Baca tajuk pun dah boleh agak.  

Jom layan! 


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...