(please be noted yang entry ni panjang berjela kerana penuh dengan gambar)
Dari Moscow ke London dah cerita dah, ala yang cerita
nak tertinggal flight tu *blame her!*blame her!*
London. Memang kota metropolitan. Penuh dengan manusia dari pelusuk dunia, sampai nak landing kat airport pun kena queue. 30 minit berlegar-legar kat udara sampai telinga pun dah masuk angin. Tulah benda paling tak suka sekali.tapi hati dah kat jejak tanah..muahhahahahaa
Dari Heathrow Airport kami ambik Heathrow Express terus ke Paddington Station. 20 minit tanpa henti dengan tiket berharga 20 Pound. Untuk I yang membawa anak kecik ni tak berapa selesa sebab penuh dan dapat duduk kerusi kecik kat tepi pintu dengan Zara yang sibuk nak main-main dalam kesempitan itu sambil nak tegur-tegur si British konon nak berkawan.
Dari Paddington Station ambik London cab yang comel itu terus menuju ke Holiday Villa yang terletak di Leinster Garden di kawasan Bayswater. For me senang duduk area Bayswater ni sebab senang nak makan, ada a few kedai halal, berdekatan dengan Malaysian Hall kot-kot nak makan masakan melayu tapi kita orang tak pegi pun kat situ sebab setakat nasi lemak, asam pedas tu boleh je masak sendiri lagi sedap. So kami makan kat Chinese Restaurant yang halal, makan chinese food lah of course! Souvenir shops pun banyak kat sini. Nak kata murah boleh la kot but still ye kita yang Malaysian ni kena convert duit kita kali 5 ye. Tapi kalau asyik convert je kerjanya alamat tak beli apa-apa lah..LOL!
10 minit je rehat kat bilik after check in then terus keluar menuju ke Degenham East yang terletak di Essex. 30 station dari Bayswater Station ke Degenham East Station melalui
District Line (color hijau). Tujuan ke sana? Hehehe (^_^) Sungguh tertarik dengan suasana di tempat ni. Rumah pun sangat comel dan cute
*tak ambik gambar sebab dah malam dan penat*
Second day!
Full day of city tour and shopping!!! Hooooyeayyyy!!
Seawal pagi bangun excited nak jalan-jalan di kota London.
Dari Bayswater Station naik tube ke Victoria Station
(sebenarnya salah station..hewhewhew). Jalan-jalan, kan katanya city tour. Sakit kaki singgah kedai Clarks beli kasut
(perasan tak mula kat gambar 1st tu I pakai kasut color lain, then gambar lain kasut lain pulak). Teruskan jalan-jalan sampai ke Westminster Abbey yang berdepan dengan Queen's Elizabeth Conference Center. Kiranya kawasan ni "center of attraction" sebab sebelah Westminster Abbey crossing the road is Parliament House, Big Ben. Jalan ke depan sikit lagi ialah London Eye. Eventho' jauh kami berjalan tapi seronok je sebab pemandangan yang cantik, cuaca yang sungguh nyaman
(lucky tak hujan).
Oh, lupa nak bagitau..Budak kecik tu sepanjang perjalanan dia TIDO..sedap kan aircond free, knowing her yang suka sejuk-sejuk ni memang nyenyak sungguh :-))
Lagipun kalau dia bangun, mesti gambar dia je yang paling banyak dicapture, lari sana, lari sini tak reti diam, tak nak kena pimpin tangan. Dah big girl konon nak jalan sendiri.
Habis jalan-jalan cuti mata walaupun tak sempat nak explore semua tempat menarik, kami teruskan perjalanan naik tube dari Waterloo Station ke Westfield melalui Jubilee Line
(kot salah sorry ye sebab ingat-ingat lupa).
Dari Westfield ambik tube lagi sampai ke Marble Arch untuk ke Oxford Street yang glamour sebagai syurga membeli belah tu.
Shopping?
Taklah, cuti-cuti mata je *wink*