CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 31, 2013

~Makan-makan~



Chili's, The Empire

Kampachi Japanese Restaurant, JPO

Orchid Thai, Sek 9 Shah Alam

Orchid Thai, Sek 9 Shah Alam

Restaurant Nasi Kandar Penang, Jalan Tar (opposite Campbell)

Yew's Cafe, Taman Molek JB

Yew's Cafe, Taman Molek JB

McDonald Batu Pahat

Agenda utama balik Malaysia haruslah ku sekeluarga bermakan-makan mengisi perut yang dah lama tak rasa masakan Malaysia kan!

Kat atas tu cuma sebahagian je tempat yang kami lawati, setengah gambar lagi tak sempat nak ambik pun.  Terlupa terus bila nampak makanan padahal kamera all the time ada dalam beg hokey!





~6, 7 jam di Dubai~


Dubai cantik!

Sungguh membangun. Sana sini semua bangunan tinggi mencakar langit, silau milau mataku yang tak memakai kaca mata hitam.

Weather pun tak panas sangat.  Taxi driver kata "now it is winter in Dubai"..tapi takde snow, it just windy dan suhu lebih kurang 22'c..



11 jam di Dubai nothing much we can do.  Actually we have 6, 7 hours je pun sebab kena get ready for the next flight to Kuala Lumpur.

So cepat-cepat, we only have 6-7 hours je at Dubai..Konon la kan..Hahaha :) Nak cepat apa sebab memang tak sempat pun..

We only went to Dubai Mall which is next to Burj Khalifa..Perjalananan ke Dubai Mall naik metro je.  Make sure naik metro yang menuju ke Jebel Ali ye kawan-kawan.


Tak jauh, 12 stops je sampai dah ke Metro Dubai Mall.  Ambik shuttle bus (free) ke Dubai Mall.  Ada laluan pejalan kaki (macam jejantas) tapi masih belum siap.  Bagi yang nak merasa cabaran (cabaran lah sangat) boleh je berjalan kaki ke sana. Huhu :D




First things first yang kami buat ialah MAKAN! Where to eat?  Oh banyak je tempat makan di Dubai Mall.  Kami pilih food court je sebab banyak pilihan.  You choose and you pay. Haip!

MEXICAN GRILL?
PIZZA?

FATBURGER?

NANDO'S?


After makan, kami jalan-jalan.  Ingat nak lah naik ke Burj Khalifa tapi takde rezeki, full sampai ke malam.  Kalau nak esok pagi. Hahaha

Musical fountain pun tak on lagi.  Normally dia akan on kan time malam..sekali dengan cahaya yang bergemerlapan.  Takpe la next time kami datang overnite kat sana pulak!






Zara tido time tu..kesian dia kepenatan.  Tido kat bahu Mummy je sebab stroller menanti penerbangan seterusnya.  Kesian pulak kat si kecik nak berlama-lama kat luar, jadi kami pun masuk balik mall and looking for aquarium!  So huge oulss..Siap ada ikan jerung, ikan kembong, ikan pari..ntah apa species ntah lagi. Dapat pengiktirafan lagi "Guinness World of Record - Largest Aquarium & Underwater Zoo"..









Jalan-jalan sana sini cuci mata.  Banyak butik-butik mewah (oh, tak mampu nak masuk).  Since, kami rasanya takde apa pun yang nak beli sangat and jam pun dah almost 5, so kami decided to go back to the airport..mandi, salin baju bagi fresh sikit!

Tetiba tertarik dengan pokok candy ni! Tak sesuai...Haha (^_^)



p/s:  Naik teksi dari Dubai Mall ke Airport tak mahal pun, lebih kurang 30 dirham je, lagi selesa! Selesa untuk kami yang membawak anak kecik la..



Wednesday, January 30, 2013

~Jagung dalam cawan~



Dah terlanjur semalam bercerita pasal makan jagung dalam cup setibanya di KLIA, maka hari ni nak cakap pasal harga dia.

~gambar ihsan dari google~
Maybe saya yang dah lama tak balik so tetiba masa bayar adik tu kata RM3.50 kak!  So saya pun bayar jelah.  Masa tu tak rasa pun mahal.  Oh, bukan..bukan..I'm not kedekut pasal makan ye.  Masa tu beli jugak dorayaki untuk Zara..harga dalam lebih kurang RM2.50 kot..not sure..

Sebab last time (it was 3 years back kot) harga corn in cup ni cuma RM2.50 je.  Seingat saya, harga dia bermula dengan RM2 je..then naik sikit RM2.20..lepas tu RM2.50..lepas tu tak tau sebab takde kat Malaysia and now dah RM3.50..

Erm, harga nasi goreng pun sekarang dah RM4.50 kan..takde dah yang bawah 4 ringgit dah.

Hehe :)) sebenarnya nak cakap yang harga makanan kat Malaysia pun dah mahal sikit sekarang ni.

Setuju dengan saya?




Tuesday, January 29, 2013

~Moscow - Dubai - Kuala Lumpur~


Tak tahu nak start from where.

But I think better to start dengan cerita perjalanan balik ke Malaysia (senyum sampai telinga)...

1.  Perjalanan balik Malaysia

Sungguh seronok tak sabar nak jejak kaki di bumi Malaysia.  Our flight pukul 0045, 24/12/2012.  Dalam pada ketaksabaran nak sampai ke Malaysia, flight pulak delay. Oh, sungguh geram sebab delay 4 jam ouls!  Luckily dapat kupon makan amounted Rub2800 for 3 person (Rub800 per person), ermmm lebih kurang RM280 la cenggitu.

Oh sungguh ngantuk ok tunggu nak pukul 4.45 pagi tu.  Zara nasib baik tido, at first mengamuk jugaklah nak tido sebab tak selesa.  So, Mummy yang prihatin tidokan jugak lah anak kesayangan itu.

4.45 pagi, Airbus 380 penerbangan ke Dubai pun tiba.  Alhamdulillah.  Dalam flight Mummy tido dengan selesa coz Zara tido dalam bassinet.  Tido cukup dapatlah jenjalan dengan selesa di Dubai..Eh?? Eh..

2.  11 jam di Dubai

Dubai cantik dan membangun!  Weather cantik, matahari memancar dengan tenang, cuma kicauan burung je tak dengar..ahakss..Kami tak kemana sangat pun di Dubai, cuma ke Dubai Mall..it's very near tu Burj Khalifa.  Ni personal opinion saya lah, rasanya Dubai mahal.  Tapi cane Nora Danish n Neelofa boleh shopping tak hengat kat sana ye? OMG..dia org artis, banyak duit. So no hal!!

Jalan-jalan selama 7 jam without stroller! WITHOUT  ye..WITHOUT..

Seriously nak patah tangan, since Zara belum berjalan lagi..just 1, 2, 3 steps then dia merangkak semula. So nak cakap apa? Tak kan nak biar dia merangkak dalam Dubai Mall tu kot? LOL..

3.  Perjalanan dari Dubai ke Malaysia

Dari Dubai ke Malaysia perjalanan sungguh lancar, since flight malam so apa lagi tido jelah jawabnya dan hanya bangun time makan sahaja..Hewhewhew :D

8.45 pagi dah sampai KLIA.  Sedut udara Malaysia.  Sungguh segar, seriously!!!

Nak makan perut masih kenyang lagi, so first things yang I beli keluar je dari airport ialah jagung rebus dalam cup jenama Nelson kalau tak silap!! Hahaha :D


Friday, January 25, 2013

~Assalamualaikum~


Assalamualaikum :)

Entry pertama di tahun 2013.

Masih belum terlambat kan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan tak lupa juga Salam Maulidur Rasul untuk semua rakan-rakan yang beragama Islam.

Alhamdulillah, permulaan 2013 membawa kesan yang sangat mendalam dalam diri ini..Amin.  

Semoga diteguhkan hati dan iman dalam menghadapi semua dugaan-dugaan yang bakal mendatang. 

Amin Ya Rabbal Alamin..


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...