Ana Dahlia kata bila dah kahwin tak semuanya manis..
Awak setuju?
Saya S.E.T.U.J.U.
Tapi.... a big
TAPI here...tugas kita untuk memaniskan perkahwinan yang telah di bina tu. Tambahkan gula, jangan setakat cukup rasa je tapi biar manis sampai ala-ala minum air gula macam masa mengandung dulu. Kena kan minum air gula? Sebab doktor nak check paras gula dalam badan kita. Ya ampun, manis yang sungguh manis teramat sangat...Kiranya tekak tu macam lubuk madu lebah rasanya. *melalut*
Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Tak dinafikan, pergaduhan tu ada, masam-masam muka pun ada sikit.. Ala bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...
"sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"...
Tapi kalau dah tak ada penyelesaian, cerai atau talak mungkin adalah jalan terakhir. Nauzubillah...
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud:
"Perbuatan halal yang dimurkai Allah adalah talak"
Manakala dari Riwayat Abu Daud dan Hakim pula menyatakan:
Ayat A-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak menggalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.
Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan kepada ajaran Islam, InsyaAllah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.