CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 27, 2012

~Jom beli kristal murah-murah~



Nak masuk Saturday tapi citer Saturday lepas pun belum update lagi.

Nak cerita pasal trip pergi Vladimir.  Last year time pergi sana borong kristal I kan tengah mengandung; 20 minggu 2 hari.  Alahai comel je perut masa tu..Cute ajer!! *puji diri sendiri dan sila muntah hijau*


This time around bawak Zara pulak.  Ermmm, si kecik kejap nak dokong, kejap nak susu.  Mummy nak pilih pun tak dapat sayang oiii.. Semua pilihan Daddy yang buat sebab Mummy jaga Zara, jaga stroller n jaga barang..
pukul 4 pagi dah kena kejut

Semua kedai pun Mummy tak dapat masuk, takpe lah. Tengok dari luar pun ok jugak kan.. :(( Redha jelah dengan pilihan Daddy..




Tak banyak sangat hasil tangkapan kami sebab banyak persinggahan; asyik berhenti je sebab Zara nak susu.  So, dalam pada tak banyak tu adalah jugak sikit; jug, cawan, mangkuk, perhiasan dan chandelier (3 sekali Daddy beli).  Murah oullsss!! Tak rugi dan tak ralat sikit pun.  Kalau boleh nak pegi lagi sebab ada benda yang tak sempat beli...Muahaahahaha (^_____^)



berkenan giler kat buah epal ni..terus grab!!


2 chandelier lagi dalam kotak, malas nak keluarkan..

  
nilah rombongan "cik kiah" ke Vladimir..hehehe

p/s:  asyik teringat je mangkuk kaki tiga tu..siapa pergi please buy for me.  I want two!!! :D



Thursday, April 26, 2012

~1st solid for Zara~


Zara baru 5 bulan 1 minggu.  Tapi kami dah plan nak bagi dia makan walaupun hasil dari pembacaan di internet mengatakan first solid should be introduce when the baby reach 6 months old.  Masalahnya kami memang dah tak sabar nak bagi Princess ni makan! Sebabnyer setiap kali kami makan Zara akan tengok je sampai meleleh-leleh air liur dia. Tangan dia pulak tak boleh diam.  Nak tarik je pinggan Mummy, yelah coz Mummy yang pegang dia time makan.  Jadinyer Mummy selalu makan cepat-cepat sampai nak tercekik, tak dapat nak menikmati makanan.  Daddy pulak tak penah pegang baby time makan.  Ngelat!!!  Satu lagi reason yang membuatkan kami tak teragak-agak untuk bagi Zara makan ialah sebab Dr. Baldina, Pediatrician Zara kata Zara boleh makan masa umur 5 bulan!  Yeayyyy!!!

Puas google menggoogle cari resepi yang sesuai untuk Zara dan akhirnya saya telah memilih makanan yang berzat lagi berkhasiat khas untuk Princess tersayang! 

CARROT + POTATO!!!!  Senang je buatnya.  Kupas kulit kentang dan carrot, potong kecik-kecik then rebus sampai lembut.  Biarkan sejuk sekejap then blend sampai jadi puree!  Rasa sedap, manis-manis carrot  dan alhamdulillah Zara suka! Carrot & potato for 1 week.  Next week brokoli pulak kot??!



 




Monday, April 23, 2012

~Tak payah pakai tebal lagi~

Kat tempat lain kot dah nak abis spring kot. Ntah! Kat sini baru je nak masuk 2 minggu spring. Akhirnyer!!!! Tak payah nak pakai tebal-tebal lagi. Si comel Zara makin berat pulak bila pakai baju berlapis-lapis.

Syok berjemur kat matahari, xde la berjemur sangat.  Bila kena panas terus carik tempat redup! Cehhhh!!! Balik Malaysia kang padan muka sebab panas berpeluh-peluh.  Hambek situ!! Kuikuikui

Spring kali ni rasa macam dah masuk summer je.  Panas tak hengat! Dan dijangkakan spring sekejap je.  Ok harus lah kami keluar every weekend tuk jejak semua park yang ada di sini.  Cause last year kan I tengah mabuk-mabuk teruk.  Langsung takde gambar musim bunga tahun lepas..Kecewa!!!

This year ada Zara, lagi best jalan-jalan sambil berphoto shoot dengan si kecik!!! Lalalalaaaa...


Wednesday, April 18, 2012

~Hello~


Nak update something..tapi mood dah sampai Malaysia!

Jadiknyer esok-esok jelah citer ye.

Bye (^_^)


Thursday, April 12, 2012

~Dari Paltizanksya menuju ke Kremlin~

Kat entry yang ni dah kata kejap lagi nak citer  pasal aktiviti on Sunday. Tapi "kejapnyer" tu ambik masa sampai berhari nak cerita..Maaf ye oullss

Banyak kali dah Najwa ajak pegi Paltizanskaya tapi asyik tak terpegi je disebabkan faktor cuaca yang sejuk, sejuk dan sejuk! We all okey je but Zara? Not good for her kata Daddy! Nak baby sakit ke tanya Daddy *Mummy terus kunci mulut*

But Mama & Papa Najwa nak balik dah tak lama lagi dan memandangkan cuaca pun a bit ok tapi masih sejuk (suhu Ahad aritu lebihkurang 3 or 4'celcius) Daddy kata ok let's go.  Hooreyyy!!! Mummy first time pegi tu yang macam hepi sangat kan??!!

Paltizanskaya ni tempat jual souvenir.  Tak jauh la dari rumah kami.  Naik kereta dalam 20 hingga 30 minit je. Naik metro lagi senang Daddy kata tapi coz ada baby so better lah naik kereta. Hihihi

Welcome katanya :D
Banyak matrioshka je kat sini
 Kat sini agaknyer sejuk sikit kot compared to our place. Dah la sejuk tambah dengan berangin lagi..Hukhukhuk..Sian Zara siap meleleh air hidung dia..Daddy dah takut dia kena selsema.. Tengok pic kat bawah ni..jalan sungguh lecak!! Sebabnyer salji mencair kan..


Peluru hidup pun ada jual kat situ! Trust me!!!
Matrioshka is everywhere..
Penat pusing-pusing kat Paltizanskaya dan dah jumpa apa yang nak dibeli so kami pun mulanya nak terus balik tapi Mama Najwa nak beli cenderahati sikit lagi kat Kremlin..OMG!! Kat sana lagi sejuk rupanya, dah la I tak pakai glove abis sejuk dan nak beku tangan!! Sepanjang di Kremlin Si Zara sedap tido dalam stroller. Tak percaya?





Papa Najwa dengan topi Russiannyer :D
Balik rumah semua dah penat.  Tak larat nak buat apa dah.  Nasib baik kami dah makan kat luar so tak payah masak for dinner! Kikiki (^_^)





Monday, April 9, 2012

~Baby-baby Moscow~


Dari weekend ke weekend nak pergi melawat Moscow babies asyik tak sempat je.  Paksa jugak diri on last Saturday nak visit baby-baby yang comel tu!

Bangun lambat sebab Sabtu tu mendung je! Sampai ke petang mendungnyer..Memang mood tido lah namanya tu..Satu family tido..Si Zara nyenyak sungguh!! Sedar-sedar dah pukul 11 pagi..Opsss!! Bukan selalu bangun lambat gitu. Tetiba nyesal bangun lambat sbb banyak lagi keje rumah tak buat..*sob*sob*sob*

After lunch straight to Kak Laily's house untuk visit baby Siti Nadya Alessya..so cute! Rambut sangat-sangat tebal dan kilat bersinar!!! Tido ajer si comel ni!!!


Lama jugak kat Park Place ni.  Nak balik tapi our Zara pulak nak tido..so bagi dia tido dulu!! Siap pinjam kain batik Kak Laily nak bedung si comel manja ni..*TQ Kak Laily* (^_^)

Malam pulak around 9 pm pergi rumah Kak Ilham.  Bukan takmo pegi on Sunday, but we have program on Sunday (nanti jap lagi baru citer). Nasib baik we are on the same building cuma lain floor je, so takyah nak sarung baju tebal-tebal start engine keter bagai..Kejap je kat situ, lagipun dah malam kan, Zara pun dah ngamuk-ngamuk nak tido..

Nama baby boy ni lupa pulak nak tanya. But cute jugak!! Eh, semua baby pun cute lah!! Tido aje sepanjang kami visit dia..Lena sungguh even bising! Hehehe :D


p/s:  2011 and 2012 ramai baby Malaysia  yang lahir di Moscow ni..Last year (2011) ; Aleya, Zara & Umayra.. This year (2012); Alessya, Baby Boy and soon ada lagi (maybe on September) 



Friday, April 6, 2012

~Pada-Mu ku Bersujud~




Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada Yang Bisa Ku Lihat
Selain Hanya Nama-mu Ya Allah

Esok Ataukah Nanti
Ampuni Semua SalahKu
Lindungi AKu Dari Segala fitnah

Kau TempatKu Meminta
Kau BeriKu Bahagia
Jadikan AKu Selamanya
Hamba-mu Yang Slalu Bertakwa

AmpuniKu Ya Allah
Yang Sering Melupakan-mu
Saat Kau Limpahkan Karunia-mu
Dalam Sunyi AKu Bersujud


Saya kira sudah sampai masanya untuk saya berubah menjadi insan yang lebih baik (InsyaAllah) dan adalah perlu untuk saya melakukan sebuah perubahan dalam hidup...oleh itu saya memohon:

~ Semoga Dia menguatkan saya dan menetapkan hati saya ke arah "itu"...
~ Semoga nur itu sentiasa menyinari kehidupan saya...

Amin...Amin..Amin...



Tuesday, April 3, 2012

~Trip to Ghzel~

First time pergi Ghzel oulss!!

Biru mata hitamku!!! Sangat sesuai sekali perkataan yang digunakan bila sampai ke Ghzel nih.  Mana taknyer semuanya biru putih..biru putih...biru putih....

Ghzel ni nama tempat di Rusia...To be specific ia masih lagi dalam Moscow region dan terletak di bahagian tenggara Moscow. Ghzel ni jugak adalah kawasan kampung ye kawan-kawan atau dalam bahasa Russia dipanggil "daca"..

Masih lagi snow sama macam Moscow jugak! Belakang tu kampung2..
Dan Ghzel ni jugak adalah nama bagi ceramik porcelain ni.  Hand made okey!!! Di ambil sempena nama kampung tu. Ingat Ghzel percelain ingat jugaklah Ghzel daca tu..Senang kan! 2 in 1..Ghzel = nama kampung dan nama produk!
Ghzel - hand made in Russia
Not so far la dari Moscow ni, lebih kurang 40 kilometer je atau dalam 40 minit perjalanan (ikut trafik la).  But for us hari tu, dalam 1 jam lebih baru sampai sebab jam sikit! *kematu montot saya*

Tak banyak sangat gambar ambik kat sana sebab sibuk! Sibuk membeli dan sibuk jaga Zara! Huhuhu

Sebagai bukti, Najwa yg tolong bagi Zara susu sebab Mummy & Daddy
sibokkk memilih!! Tq Najwa :D
Dalam pada sibuk pilih memilih, amik jugaklah kesempatan snap gambar mana yang dapat sebagai bukti dah pergi Ghzel..muahahahaha

Me with Kak Kathy, Kak Nurul, Mama Najwa yg dtg dari Malaysia n  Najwa..

Keluarga bahagia  (^_^)

Me with Princess!!
Zara monyok je maybe sebab kena "bungkus" la tu!

Ntah apa dia tulis kat belakang tu..tak faham langsung! Tapi mungkin dia nak kata
"kami menawarkan harga yang murah dari kilang" :D
Tak banyak kedai yang kami pergi.  Pilih-pilih je dollsss..Coz yang dah banyak kali pergi tu taulah kedai mana yang murah and banyak collection. Jadi takdelah "termasuk" kedai yang mahal-mahal.  Nama kedai tak tau.  Dia orang ni bagi nama sendiri dekat kedai-kedai tu.

First kedai yang kami pergi tu nama dia "Kedai 18-18"..
Kedai kedua - tak sure dia orang bagi nama apa tapi kedai tu tutup so pergi kilang dia..
Kedai ketiga - "kedai cermin"..sebab semua collection diletakkan dalam cermin.
Kedai keempat - "kedai nenek".. sebab yang jaga kedai tu nenek tua yang kadang-kadang garang..kekeke
Kedai kelima - yang ni tak pasti..

Gambar kedai no. 5
Penat jugak seharian di Ghzel.. Sampai rumah lebih kurang pukul 7 petang.  Seronok sebab banyak jugak hasil tangkapan kami..Tak seronok sebab duit dah habis.  Tapi takpe bak kata pepatah Daddy "biar menyesal membeli, jangan menyesal sebab tak beli"..kuikuikui (*_*) So walaupun duit dah habis masih boleh senyum bila tengok collection Ghzel saya!!



Daddy yang pilih teko ni..cantik kan!
Yang kat atas ni separuh je dari koleksi yang saya beli.  Selebihnya masih dalam kotak sebab malas nak keluarkan semua sebab nanti saya kena bungkus balik dan masukkan balik dalam kotak!! *ceh dasar malas*

Next time if ada trip to Ghzel nak ikot lagilah. Nak tambah-tambah sikit koleksi yang ada.  Itik haritu dapat satu je.  Nak carik kawan dia.  Sarifa pulak kata dulu dia dapat beli merak!! Ohhh, i want merak also!!!!



Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...