CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 17, 2012

~Carpet pun pakai losyen~



Dia main sorang-sorang senyap je tak dengar suara pun.  Kalau tak suara dia je yang cakap itu ini (dalam bahasa baby lah)..

Daddy jerit-jerit panggil Mummy kat atas suruh turun as soon as possible sambil kata "Daddy tau salah Daddy so Daddy sorry ye Mummy"..

Dengar macam tu teruslah jadik menggelabah.  Tapi yang Mummy  hairan if something bad happened to her,  tak dengar pulak budak kecik tu menangis..On the way ke bawah hati dok tanya-tanya apalah yang jadik kat bawah tu..

Sampai je kat bawah, tengok separuh karpet dah dipakaikan losyen.  Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Nak marah pun tak termarah sebab si kecik tangan dah penuh losyen, dekat rambut pun ada, baju seluar jangan lah cakap.. Tu pun masa Mummy sampai dia masih lagi gigih nak menyapu losyen kat karpet.  Kotlah dia nak licinkan losyen yang ada dalam tin tu.  Agaknya seronok kot tengok karpet tu jadik color putih.




Mummy pandang Daddy, Daddy pun pandang Mummy dahnyer kami ketawa je tengok telatah si kecik.  Yelah, bebudak kat Malaysia dok sibuk sepahkan bedak tapi dia ni pulak sepahkan losyen (kami kat sini tak perlukan bedak  tapi lebih perlukan losyen disebabkan cuaca yang kering).

Alahai sayang Mummy, sekarang ni dah la winter Mummy nak cuci harus la ambik masa nak kering..kang kepam pulak baunya...Daddy kata tak payah la basuh, buang je!! Sebab kalau nak basuh pun kena sental. Sebab ni losyen yang jenis pekat likat tu.  Nivea yang dalam tin! Bukan yang jenis cair tu ye..

Alahaiiiiiiiii






Sunday, December 16, 2012

~Working trip to Volgograd~


Sambil bekerja, sambil cuci mata!

Tambah pulak bawak keluarga, sungguh berbaloi sekali working trip kali ni..

VOLGOGRAD!!

Tapi before nak fly, banyak betul halangan..

Flight delay 6 jam due to bad weather...Our flight supposed to be at 8.55 am tapi delay sampai 3.45 pm.. So, kami duduk la diam-diam kat situ.. -_-"

Zara pulak ter"yak" ntah macamana kena pulak dekat baju dia n stroller..alahai..Mummy pulak confident la xde halangan apa (tak sangka flight delay) lupa pulak nak bawak baju n seluar spare for her..haihhh!

Apapun, percutian sambil bekerja tu sungguh best!  Sebab, makanan kat sana murah compared to Moscow.     So makan and makan jelah ye!

Ermm..cumanya kat sana very cold...windy!

@ Mamayev Kurgan

@ Mamayev Kurgan

@ Panorama Museum

@ Panorama Museum

..boleh panggil ni ala2 Dataran Pahlawan.. *wink*

..boleh panggil ni ala2 Dataran Pahlawan.. *wink*


she is so adorable! 






Friday, December 14, 2012

~Zara 1st birthday blast~



Maafkan Mummy sayang..Sungguh kelambatan Mummy menghupdate entry about your birthday party...Mummy busy..alah, alasan busy je yang timbul..yelah Mummy busy sungguh hujung-hujung tahun ni sayang..Kita kan nak balik Malaysia so Mummy busy lah..

Enough with busy..busy..busyyy..



Birthday Zara is on the 16 November...Jumaat...

Disebabkan Jumaat hari bekerja makanya party diadakan pada hari Sabtu jam 6 petang.

A simple birthday celebration for her...








Tak ramai juga tetamu yang kami jemput, hanya segelintir aje yang dekat-dekat dengan rumah kami dan yang ada anak-anak sebaya Zara untuk memeriahkan majlis.  Oh, terima kasih sebab bawa hadiah untuk Zara..kami sangat-sangat menghargai pemberian yang diberikan (^_^)





Majlis tamat sekitar jam 12 tengah malam.  Birthday girl awal-awal lagi dah rasa mengantuk tapi sanggup tahan mata tak mau tido sebab masih ada tetamu di rumah.  Bijak anak Mummy, begitu menghargai tetamu yang hadir.

kepenatan melayan tetamu..
Akhir kata, sebagai ibubapa, kami suami isteri hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Zara dari segala aspek.  Sesungguhnya kasih sayang Mummy & Daddy terhadap Zara tak berbelah bagi..Insyaallah, Mummy & Daddy akan berikan yang terbaik untuk Zara..

Luv u sayang!


Wednesday, December 12, 2012

~Resepi Roti~


Resepi roti ni saya dapat dari Cikgu Arfah, member ahli PERWAKILAN Moscow.  Yang bagusnya cikgu tunjuk step by step, cara letak, cara timbang.  It was so detail.  Ya, saya perlukan tunjuk ajar yang begitu detail sekali.  Sebab kadang tu tiru je resepi dari internet tapi bila cuba tak jadi walhal try sebijik sebijan kat resepi tu.  So saya yang salah ke resepi yang salah?

Ok tak perlu jawab sebab tak tau siapa yang sebenarnya salah!

Let's proceed with the recipe... Bukanlah saya 'teror' sangat sampai nak kongsi resepi bagai sebab ni bukan blog resepi, tapi cuma untuk reference saya di masa hadapan je sebab resepi ni bila saya buat dia sungguh menjadi.

Roti Potato

600 gm tepung roti
100 gm gula
1.5 tsp garam
2 sudu besar dry yeast
1 biji telor
270 ml susu segar
120  kentang putar or 2 sudu besar potato flour ( dibancuh dgn air)
60 gm mentega/ butter

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm BM; tepung followed by yeast, potato flour, gula, garam, telur dan susu serta butter
BM 'dough'- tumbuk dan bulat2kan
Rest kan.......
Sapu kuning telor (glaze) dan paipkan custard (susu, gula dan tepung custard - masak) silang pada roti
Bakar pd suhu 160-180' for 25 mnts



***********************************************

Roti Sausage


120 ml susu segar
50g telor
300 gm tepung roti
1 tsp grm
3 sudu besar gula
60 gm butter
1 tsp dry yeast
12 btg sausage
sos tomato/ cilli
mayonese
kuning telor utk glaze atas

cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm BM; tepung, yeast, butter, gula, telur, garam, susu dan telur
BM.. kluar dan tumbuk2
Bahagi 12 bhagian
Rehatkan 10 mnt
pintal, spiral or flowerkan
Bakar 10-15 mnt suhu 180'C
nak mkn bru letak mayo dan sauce





Thursday, December 6, 2012

~Mengira hari balik Malaysia~



Banyak entry yang tertunggak disebabkan kesibukan yang melanda.

Tapi entry yang ni melangkau entry-entry yang masih dalam simpanan. Hahaha (^_^)

Cannot wait to tell you guys that I'm going back to Malaysia for holiday!!

Yeay!
Yeayyy
Yeayyyyyy



Friday, November 16, 2012

~1 year old~


Sekejapan sungguh si manja saya sudah berumur 1 tahun.

Gembira sebab si kecil membesar dengan sihat, juga sebab saya dan suami berjaya membesarkan si kecil dengan penuh kasih sayang walaupun kami jauh dari bumi Malaysia, jauh dari keluarga dan sanak saudara.

Kepenatan bersengkang mata semasa si kecil masih dalam hari, kerisauan semasa si kecil tak sedap badan..Perit jerih hanya kami suami isteri yang tahu, yang penting sekali lagi ialah kesihatan si kecil.

Sesungguhnya sebagai ibubapa, kami hanya mampu mendokan yang terbaik untuk Zara dari segi kesihatan, pelajaran, akhlak dan sebagainya.  Kami jugalah yang bertanggungjawab untuk mendidik si kecil menjadi insan yang berguna di kemudian hari.  Semoga harapan kami suami isteri dimakbulkan Tuhan.  InsyaAllah..Amin...




Friday, November 9, 2012

~Renungan~

Nak sharekan renungan yang sungguh bermakna dengan kawan-kawan yang budiman.
Dan ini sesungguhnya adalah peringatan untuk diri saya sendiri..InsyaAllah...


Kadang-kadang Allah uji dengan sakit 
Agar kita mengerti betapa nikmatnya sihat 
Kadang-Kadang Allah uji kita dengan waktu yang sempit 
Agar kita tahu manfaatnya waktu lapang 
Kadang-kadang diuji dengan rasa jahilnya diri 
Agar kita menyedari bahawa ilmu di dunia ini hanyalah setitis dari lautan ilmu-Nya 


Kadang-kadang Allah uji dengan kesempitan hidup,resah dan gelisah 
Agar kita sentiasa ingat bahawa ‘Cukuplah Allah bagi kita’ 
Kadang-kadang Allah uji dengan kemiskinan 
Agar kita jadi orang yang bersyukur, sohor dengan nikmat-Nya walaupun sedikit 
Kadang-kadang diuji dengan rasa ujub,hasad,riak dan takbur 
Agar kita tahu betapa mahalnya nilai sebuah keiklasan,kejujuran dan tawadhu' 
Kadang-kadang Allah uji bila kita berseorangan 
Agar kita menyedari kuatnya kita bila berteman 
Kadang-kadang kita diuji dengan sebuah perpisahan 
Agar kita mengerti indahnya ukhwah  bila bertemu dan berpisah kerana redha-Nya 
Kadang-kadang Allah uji dengan pelbagai kerenah insan 
Agar kita mengerti betapa warna-warninya sebuah kehidupan 


Kadang-kadang diuji dengan rasa lemah 
Agar kita menyedari tiada yang Maha Kuat melainkan Dia 
Dialah sumber kekuatan 
Kadang-kadang Allah uji dengan rasa takut 
Agar kita merasai betapa kematian dan alam kubur itu lebih mengerikan 
Kadang-kadang Allah datangkan bala bencana 
Agar kita tak lupa bahawa dunia ini telah tua, qiamat itu pasti tiba 
Agar kita tidak dilalaikan dengan kesenangan dunia yang sementara 


Makna sebuah kebahagiaan itu luas skopnya  
Hakikat bahagia itu adalah bila diri mencintai dan dicintai Ilahi



Tuesday, November 6, 2012

~Cerai / Talak~



Ana Dahlia kata bila dah kahwin tak semuanya manis..

Awak setuju?

Saya S.E.T.U.J.U.

Tapi.... a big TAPI here...tugas kita untuk memaniskan perkahwinan yang telah di bina tu.  Tambahkan gula, jangan setakat cukup rasa je tapi biar manis sampai ala-ala minum air gula macam masa mengandung dulu.  Kena kan minum air gula? Sebab doktor nak check paras gula dalam badan kita.  Ya ampun, manis yang sungguh manis teramat sangat...Kiranya tekak tu macam lubuk madu lebah rasanya. *melalut*

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah.  Tak dinafikan, pergaduhan tu ada, masam-masam muka pun ada sikit.. Ala bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..."sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"...

Tapi kalau dah tak ada penyelesaian, cerai atau talak mungkin adalah jalan terakhir. Nauzubillah...

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud:

"Perbuatan halal yang dimurkai Allah adalah talak"

Manakala dari Riwayat Abu Daud dan Hakim pula menyatakan:

Ayat A-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt.  Agama Islam tidak menggalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya. 

Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt.  Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan kepada ajaran Islam,  InsyaAllah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.


Thursday, November 1, 2012

~Begini caranya~


Simple!

Terus jatuh cinta..

Ouchhhhh...

Begini caranya
By:  Shahiezy Sam & Yana
OST:  Aku Ada, Kau Ada?


Monday, October 29, 2012

~Winter is coming~


Again...Winter is coming...

Sekejapan je musim bunga, musim panas & musim luruh muncul..and as usual in Russia it was conquer by WINTER...

Maka, tibalah masa untuk mengeluarkan balik semua baju-baju tebal, kasut-kasut winter, boots, glove dan sebagainya.

~Selamat Datang WINTER~




Monday, October 22, 2012

~Tercelup air panas~


Last friday...

Menangis 2 jam tanpa henti..

Mummy was so panic..almost menangis dengar dia menangis kesakitan..

Semua ni gara-gara dia mencelupkan jari jemarinya yang comel mongel ke dalam mangkuk yang berisi air panas..

Oh my baby!!!!

Jangan buat lagi ye sayang..


Dua jari yang comel mongel terus bertukar saiz dengan kemunculan bubble-bubble yang ouchhh...menyakitkan..pedih..merah... Oh, siannya manja Mummy!!


Innocent girl...jumpa doktor terus kena bandage satu tangan terus ha!  Tak nangis pun, siap tegur-tegur lagi doktor buat kerja kan...  What a brave girl you are...*chup*chup*chup* (kiss)

Luv u sayang...


Thursday, October 11, 2012

~My little BFF~


To:  
My sweet little daughter; 
Wan Nur Qistina Zara


Message for you:



Mummy (and Daddy) love you so much!

Muah!
Muahhh!!
Muahhhhh!!!

"xoxo..gossip girl" *wink*wink*


Thursday, October 4, 2012

~Agak busy~



Satu, dua, tiga hari ni agak sibuk dan sedikit letih! Acehhh, letih sangat la kennnnn...

Baru pindah ofis.

Dari ofis sementara masuk main building.

So sekarang ni kat main building la nih.

Babai ofis belakang!!

Tu jerk (^_^)


Friday, September 28, 2012

~Facebook I kena pantau~


Siapa yang takde facebook di zaman yang serba moden ni?  Most of them ada and I believe kadang tu siap buka 2, 3 account lagi..Tak kisah la.. Tu kisah mereka, tapi yang ni nak  cerita tentang kisah saya.

Yes and yes my FB dah kena pantau!!!

Not by KGB, FBI, CID, Interpol..(ceh kelas la konon, ko ingat ko siapa)...

Back to alam nyata..Hehehe....Kekdahnya FB saya telah dipantau oleh seseorang yang bernama SUAMI iaitu bapak kepada si Zara..Zara tu anak saya! For the moment she's the only child that I have..akan ditambah lagi tapi kemudian...*apa melalut ni*

Back to my cerita again...Actually dia pun ada FB tapi not so active..kawan-kawan pun dia approve yang dia betul-betul kenal je...Jarang sangat-sangat dan sangat dia post any status.  Ke tak pernah?

So contra dengan I yang suka jugak mengupdate benda-benda kat FB..

Banyak kali dah Daddy tegur yang dia tak berapa suka FB ni sebab kadang tu takde privacy.  Teguran tu actually memang dikhaskan untuk I lah kan.. Siapa lagi? Muahahaha ;))  Maklumlah si isteri ni semua nak dicerita.  Pegi sana cerita, pegi sini cerita, dapat duit cerita, naik pangkat cerita..Kadang tu each and every movement mesti je nak update.   I pun one of them :(

So, bila difikir-fikirkan balik, kadang I think betul jugak.  Not every single thing kita kena update dalam tu. Yelah katanya nak share dengan friends lah, BFF lah...Tak kisah pun.  Tapi kadang benda tu boleh mendatangkan riak, perasaan menunjuk-nunjuk dan sebagainya.  Nauzubillah!!

So today, Jumaat yang indah..I have decided to minimize penggunaan Facebook I dan meminimumkan apa-apa yang rasanya perlu diminimumkan.  Heheee (^_^)



Thursday, September 27, 2012

~Malaysian Baby Names~



Baby Center pun ada buat Malaysian baby names ranking....

Eh, nama Zara termasuk dalam top 25 la..Qistina pun ada..

Anak saya bukan 2 orang ye..Baru seorang.  Abis kenapa Zara masuk, Qistina pun masuk jugak??

Sebab si kecil comel nama dia QISTINA ZARA.

Click kat sini untuk tengok list nama.  2012 belum ada ye..Yang ni pun tahun 2011.  Tapi boleh je buat reference pada siapa-siapa yang ketandusan idea kan.





Monday, September 24, 2012

~Bila anak demam..emak jadi super duper risau~



Mak bapak mana yang tak risau bila anak kecik demam...diiringi pulak dengan muntah-muntah..

Hati jadi runsing...

Makan tak lalu..

Tido pun tak lena...

Tambah pulak bila si emak sakit perut..Adoyaii...

Nasib baik ada Daddy yang prihatin..

Thank you Daddy jaga Zara yang demam dan jaga Mummy yang sakit perut..

Disebabkan hati gundah gulana risau anak demam..sakit perut yang memulas-mulas pun macam malu-malu nak jelmakan diri.  Sekejapan je terus hilang..Bolehhh??

Si kecik yang dah sihat dan puas tido terbangun pukul 1 pagi nak main...Alahai sayang..Tido..tido..esok baru main ye!


Monday, September 17, 2012

~S.E.P.U.L.U.H~



16 September 2012..

10 bulan...

2 bulan lagi genap la Zara setahun!

Kejap je kan..

Zara semakin membesar (^_^)

Mummy pun membesar...bila nak kurus nih..haihhhhh  :'-(



Thursday, September 13, 2012

~Legoland Malaysia~



Grand opening will be on 15 September 2012.

Wah, seronot-dua ronot!!! untuk rakyat Malaysia lah, especially to Johorean...yelah 1st in Asia. Bangga!!

Saya disini sebagai anak jati Johor tumpang seronok jugak.  *Next year baru dapat jejak tempat ni kot*

76 ekar! Luas tuh..sehari tak tau cukup ke tak..

Anak-anak haruslah cukup suka!!! Jangan ada yang tak nak balik sudahhhh....

Miniland pun ada!! Wahhhhhh..

Kat bawah ni saya tolong letakkan harga tiket.  Buat judgement sendiri lah ye.  But for me the price is quite expensive.  Mungkin Legoland Malaysia ni ada target market dia sendiri kot.

ONLINE TICKETS  

1 day ticket adult (12-59)
Reg. Price:  RM140
Online (Public Opening Day Ticket:  RM140 (incl. keychain & t-shirt)


1 day ticket child (3-11)
Reg. Price:  RM110
Online (Public Opening Day Ticket:  RM140 (incl. keychain & t-shirt)


1 day ticket senior ticket (60+)
Reg. Price:  RM110
Online (Public Opening Day Ticket:  RM140 (incl. keychain & t-shirt)

ANNUAL PASSES

Adult:  RM245
Children:  RM180
Senior Citizen:  RM180

Yang annual passes tu boleh la digunakan untuk setahun.  Nak masuk banyak kali pun takpe, hari-hari pun boleh.  Takde siapa nak marah, sebab katanya annual pass kannnnn.

Untuk family yang kurang senang dan anak ramai...ermmm, banyak jugak duit nak digunakan tu.



Untuk kami laki bini je kena bayar RM280...Zara free sebab dia belum pun setahun..

Ok, RM280 tu banyak tau!! Masuk sekali jelah kot..once for a lifetime..Ambik gambar banyak-banyak, main puas-puas dari bukak pintu sampai pintu nak tutup!! Haha



Thursday, September 6, 2012

~Terkeluar isi perut beg~



Dengan muka tak bersalah si kecik dengan selambanya telah memuntahkan isi perut beg Mummy.

Yelah sekarang kami share beg...

Beg besar Mummy bukan lagi dipenuhi dengan beg make-up..Sekarang dah jadi tempat letak susu, simpan puting, pampers, baby wipes.  Huhu

Disebabkan kami berkongsi beg, jadik tak salah la kot kalau Zara sepahkan.  Beg dia kan..Ermmm





See, muka tak bersalah je kan anak dara ni.

Mummy tak marah pun sebab memang naluri budak-budak kecik cenggini suka explore everything.

Tapi tak ku biarkan barang-barang tu lama bersepah macam tu sebab semua habis dihisap.  Habis sessi selidik-menyelidik cepat-cepat masukkan semula dalam beg.  Huhu


Tuesday, September 4, 2012

~Pelajar Malaysia maut dalam kemalangan di Rusia~



Semalam kami disini dikejutkan dengan berita 2 orang pelajar Malaysia maut & 5 lagi cedera dalam kemalangan di Rusia.  Sangat sedih kerana pelajar-pelajar tersebut baru pulang dari bercuti di Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka di Nizhny Novgorod State Medical Academy.

update:  saya masukkan video berkenaan kemalangan tersebut



Al-fatihah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Dan kepada 5 orang adik-adik yang cedera dalam kemalangan tersebut, saya doakan semoga mereka tabah menghadapi ujian...Jangan lemah semangat dek kerana incident ini kerana perjuangan kamu untuk bergelar "doktor" masih belum selesai..


Thursday, August 30, 2012

~Update dari BabyCenter~


Every week akan dapat update dari BabyCenter.  Since pregnant lagi memang suka pergi website ni.  Banyak info yang dapat membantu.

Ni pulak update terbaru dari BabyCenter berkenaan perkembangan Zara yang dah berusia 9 bulan, 3 minggu...

Hello, Fauziah
Try getting down on the floor for a minute and seeing the world from your nine-month-old's point of view. That space behind the sofa could be an entire undiscovered country. That kitchen cupboard could contain... anything. He wants to explore but he's also learning how big the world is, which explains two other traits that come with his growing curiosity: clinginess and a growing fear of strangers. He's learning you could go far away from him, which is a frightening thought for someone so tiny! This phase, when he wants to be near you all the time, can be very wearing but it will pass more quickly if you don't push him to be independent too soon. Day by day his confidence will grow, as you are there to support and reassure him. 


Hah!! Zara memang super duper busy sekarang ni.  Explore sana, explore sini sampai lupa nak tido.  Kadang tu makan pun x mau.

@_@  Dia dah pandai bukak cabinet dapur dah.  Abis segala macam tepung dan semua khazanah dalam tu dia nak keluarkan.

@_@  Pokok pegaga Mummy togel sebelah sebab dia asyik tarik je daunnya.

@_@  Tali handbag Mummy agaknya tak lama lagi tanggal sebab dia suka gigit.

@_@  Pantang tengok Mummy duduk sebelah Daddy sure dia datang.

@_@  Suka sangat tarik rambut Mummy sekarang ni..  Sakit nak oiiii





Thursday, August 23, 2012

~Selamat Hari Raya~



Hati meronta-ronta nak beraya bersama keluarga tercinta.  Setiap kali dengar lagu raya, setiap kali tengok gambar kawan-kawan bergembira dengan sanak saudara di Facebook, dan setiap kali tulah hati meronta-ronta, menjerit bagai..

Tahun lepas tak pulak rasa macam ni.  Cool je.  Al-maklumlah first time, tak rasa sangat kot.

Mujur ada buah hati pengarang jantung!  Walaupun sunyi tapi dengan adanya si kecik jadi meriah raya kali ni.  Alhamdulillah..







Friday, August 17, 2012

~Big girl~


Saya dah 9 bulan.  

Mummy & Daddy said that i'm a big girl now.  

Mummy bought me sepit rambut.  

So this is consider my first sepit rambut.  Yeayyyyy!!!

I like it so much..

Love you Mummy & Daddy!!!










Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...