CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

~~ aizat - sungai lui ~~

Mood hari ni asyik dengar lagu yang sama je..bukan banyak lagu tapi cuma satu je!!!

Ape kes??? Ntah, saje kot...Mummy suka, baby pun suka!!! *end of question!!** Jom layan lagu ni...syioookkk tau!!! Slow je lagunya...

Aizat - Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

p/s:  sesape jumpa aizat tolong tanyakan kenapa tajuk lagu ni sungai lui? terima kasih... :)

Thursday, April 28, 2011

~~ rindu, rindu, rinduuuuu ~~

28hb April 2011

Genap lah 2 bulan aku kat perantauan...dan sememangnya aku rindukan Malaysia!!!!!

Aku rindu pada:

Family
Kawan-kawan 
Makanan Malaysia yg sedap2 bangat!
Buah-buahan tempatan...*durian!*
Shopping complex...
Tengok wayang!
Kehijauan yg mendamaikan mata (kata sini pokok masih togel, mencik!)

p/s:  tetiba berdoa cepatlah abis 3 tahun di perantauan...huwaaaaaa

Thursday, April 21, 2011

~ special menu ~



Tadaaaaaaaa!!!

Special menu as requested by Mr. Hubby...Actually dah few times dia request tapi si isteri kan x berapa nak sihat je..Baru hari ni boleh masuk dapur dan masak memasak untuk suami terchenta (padahal masuk dapur siap sumbat tisu kat idung xmo bagi terhidu bau masakan)..

Heheheheh (^___^)

~3 hari MC~

Ha'ah!! Dah 3 hari dah aku MC..sebab musabab MC adalah disebabkan DEMAM PANAS.  Tapi dah hari ketiga pun demam masih belum kebah lagi..tapi alhamdulillah suhu panas dah menurun..

Awatnyer demam lambat kebah ye? Adakah mungkin disebabkan aku x mendapat ubat-ubatan yang sepatutnya yang macamana org demam patut dapat? Ermmm...betoiii..betoiiii... Doktor cuma prescribe kan aku Panadol untuk demam, selsema, sakit kepala...and satu lagi Aquamaris Nasal Spray untuk meng'unblock'kan hidung yang tersumbat je nihhh. Doktor kata dia cuma boleh bagi ubat-ubatan yg paling minimum sekali dan aku pun kena amek ubat tu dgn kadar yang paling  minimum jugak..Banyakkan berehat and jangan keluar rumah!

p/s:  cun2 time aku MC ni pulak Hitler's Anniversary..mmg sesuai sangat tuk foreigners cam aku ni ha..x keluar dan duduk rumah diam2, kang x pasal2 kena pulak hempuk dgn mamat2 skinhead!!horror!!!

Monday, April 18, 2011

~ lain padang lain belalang, lain orang lain alahan ~

Sungguh bertuah kan kepada ibu-ibu mengandung yang dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengandung...xde alahan, xde sakit, xde mengidam. Senang kata sihat walafiat!

Tapi lain lah pulak kejadiannya dengan aku yang sejak mengandung ni asyik x sihat je..Kalau nak ikutkan aku ni jenisnya org yang agak aktif jugak, jarang sekali kena demam (bukan riak tapi mmg mcm tu berdasarkan statistik demam aku!).

Badan ni lemah je, pening kepala, x boleh bau makanan, xde selera nak makan, mual sepanjang hari.. Aduh, ni lah pengalaman yang susah nak jumpa.. Sungguh lengkap setnya!! Satu lagi semakin sensitip pulak bila ngandung ni..Silap siikit je mesti nak nangis..Aduh!! Kenapa aku jadik mcm ni..

Yang hairannya, ada pulak setengah orang kan yang anggap semua ni mcm dibuat-buat je..Sedih gak..Nak je suruh orang tu ganti tempat aku ni ha biaq dia rasa sikit.. Ada setengah pulak cakap "kena kuat, lawan perasaan tu"..Weiiiii, cane nak lawan weiii, meh kabar sket!!!

Bukanlah time ni nak manja2 sangat, nak excuse buat kerja bagai. X pernah berniat macam tu pun. Setiap hari berdoa memohon kepada-Nya supaya diberi kesihatan yang baik sepanjang mengandung ni...Amin

p/s:  x faham kenapa ada setengah org x faham situasi ibu mengandung ataupun pura-pura x faham...ketahuilah bahawa sesungguhnya perasaan ini bukan sengaja dibuat-buat

Friday, April 15, 2011

~~ terima kasih suami ~~

Sejak dilanda mabuk yg ala2 xtau nak kategorikan teruk ke x..sebabnya ada kawan aku, Hani yg kena morning sickness double triple teruk lagi dari aku..so kiranya aku ni tahap yg tengah2 je kot..

Ok, aku ni pagi membawak ke pukul 3 petang memang cergas giler..time tu jalan sana, jalan sini, borak, gelak, makan bagai semua x kesah pun.. Tapi start je pukul 3 lebih mulalah datang pening, pusing, mual semua..time ni duduk pun x senang, jalan nak jatuh, tekak rasa cam ada benda nak keluar je, air liur keluar cam x henti2 tanda nak muntah..kelam kabut lari g toilet tapi yang keluarnya cuma air liur je.. tapi penah jugak sekali tu keluar semua isik perut, hadoiiii mak keluar semua air mata, air idung..badan menggigil, sakit pinggang, semua sakit...penangan muntah!!!!

Nasib baik jugak aku kena evening sickness (so pepagi datang opis siapkan semua keje b4 pukul 3), jadinyer balik opis je boleh terus rehat..masak kat umah memang x lah!! (bukan ambik kesempatan hokeyyy).  Awal2 dah pesan kat Hubby if masak tu tolong tutup semua pintu dapur, jangan bagi bau keluar.. (sebabnyer kat sini tingkap dapor tu xleh bukak, so bau akan melekat kat segenap ruang rumah).

Dan bila waktu2 genting camni, akan nampaklah kesabaran dan keikhlasan sang Hubby membuat kerja2 rumah..Setiap kali aku balik, Hubby mmg normally dah siap masak..Aku pulak sampai je rumah mesti terus melepek kat sofa..baring...then Hubby mesti je datang sambil bawakkan juice and tolong picit2kan mana yg patut..Setiap hari bila Hubby tengok aku mcm menderita kemualan dan kepeningan yg amat sangat, ayat ni mesti je keluar dari mulut Hubby terchenta:

"Baby, jangan susahkan Mummy ye..sian kat Mummy"

*tq to google image*

p/s:  Bukan lah nak kata Hubby aku baik or nak puji memuji suami sendiri tapi itulah hakikatnya..Korang semua pun mesti ada experience yg sama kan or mungkin dimanja lebih lagi..Apepun time2 macam ni perhatian dari sang suami memang amat membantu..Terima kasih pada Hubby saya yg banyak membantu dan terima kasih jugak kepada para2 suami diluar sana kerana begitu memahami isteri anda :)))

Wednesday, April 13, 2011

~~ 1st appointment with Dr. Olga Panfilova ~~

1hb April 2011 bersamaan Jumaat nan indah (2 days b4 my birthday)...

Pukul 11.00 pagi aku sampai kat European Medical Centre or singkatannya EMC... after registration semua tunggu jap dlm 10 minit nurse panggil "Mrs Amran"...so aku pun cecepat je masuk dlm bilik...mujur Gynea doktor pompuan and a very nice lady..boleh cakap english..senang sikit nak communicate.. Ada gak doktor kat EMC ni xleh berbahasa omputeh, dahnye kena ada interpreter (kawan aku 1st appointment dpt doktor yg xleh cakap english)...lucky me!!

Dr. Olga tanya aku serba sikit about family history, last period, period circulation ok x, ada sakit kronik ke x, alah dgn ubat ke x, minum alkohol ke x, penah amek dadah ke x..semua aku jawab "X" especially yg bab alkohol n dadah tu...seumur idup xpenah pun pegang..(cuma time keje kat mahkamah je dulu selalu terhidu bau ganja, dadah..yakkkk!! busuk nak mampos)

Bila dah abis sessi soal jawab antara pesakit dan doktor, Dr. Olga pun mengalu-alukan aku ke bilik sebelah nak buat check up..dia soh salin baju..bukak semua!! ermmmm....then dok kat kerusi yg telah disediakan...test kat sini lain sikit dari test kat Malaysia..according to my sisters, gel sapu kat perut pastu dia scan je..but kat sini benda tu dia masukkan dlm vagina kita..nama spesific dia "Endovaginal Ultrasound"...(nasib baik officemate dah bagitau siap2, buat la preparation apa yg patut..hahahaha)..Mula tu berdebar gak, buat Dr. Olga said "u just relax and calm, it won't be hurt"..aku pun cuba senyum tenang  tapi malu, redha!! (padahal jantung bergedup kencang sebab takut!) Proses ni amek masa dlm 10 to 15 minutes..

Bila dah siap tu salin baju n dia terangkan lah pasal image-image baby yang dia amek tadi..ukur sana, ukur sini, kira itu kira ini nak dapatkan conception date, due date, tarikh2 utk next appointment dan jugak dapatkan ukuran saiz baby...She told me that my baby size is about 8 mm...


Bila dia siap terangkan pasal semua tu, she gave booklet about my pregnancy..Complete jugak booklet ni..Dia terangkan macam2 lah progress pregnancy from 1st week until due date..apa yg akan dibuat masa check up..apa perlunya check up tu semua and nutrition during pregnancy, hygiene dan pelbagai tips lagilah..

Bila dah abis semua ingat dah boleh balik dengan gumbira, tapi kena pulak buat ujian air kencing and ujian darah..memang wajib! Tak agak2 amek la sikit je darah aku pun, ni dia amek sampai 2 or 3 tiub rasanyer, mau pengsan!!!

p/s:  waiting for next appointment - "Nucal Translucency" or chromosome check!

~~ ujian kehamilan yang blur ~~

Hari ni baru berkesempatan nak bercerita about my pregnancy... Sebelum ni bukannya xde kesempatan tapi xde mood je..Maklumlah badan x berapa sihat.. Bila dah confirm and disahkan pregnant terus je datang rasa mual dan pening-pening yang ala maha hebat... Tapi aku tetap bersabar walaupun kadang-kadang tu tetiba je menangis sendiri...

Actually aku dah buat test sendiri kat rumah..sama-sama buat dengan Hubby.  Kelakar jugak, sebabnya kami berdua cam ala-ala blur je..First buat, nampak dah ada dua line..tapi cam x confident..So buat sekali lagi..pun sama jugak..Sebenarnya apa yg membuatkan kami x confident tu sebab first line tu nampak pekat / jelas sangat, but the 2nd line tu nampak tapi x sepekat color yg first line..So kami pun apa lagi menyalahkan la stick tu..Hubby pulak salahkan aku, dia kata aku yg x pandai buat..Bila dia buat pun sama jugak.. hahahaha :))) At last, kami surrender je lah...

patotnyer line tu dua2 nampak jelas camni tapi kami punya line 1 jelas 1 lg blur..

Selang seminggu lepas tu, period x datang2 jugak..so aku paksa Hubby beli lagi alat ujian kehamilan tu..Kali ni Hubby beli yg mahal skett..tapi sama brand jugak.."EVITEST", ceh, kononnya biar keputusan tu lagi accurate lah katanya...hahahhaaa :D dan2 bila buat tu keputusan pun sama jugak..eh, ni x boleh jadik ni.. then Hubby kata "abg rasa ayang ni mmg mengandung lah"...gulp! (hepi tapi xmo confident sangat, nak jugak doktor yg confirmkan)..

So trylah bawak stick tu tunjuk pada kakak2 kat opis ni, dia org pun cam x sure jugak..semua pun kata g lah check doktor...So akhirnya aku pun suruhlah si Olga (our clerk) buat appointment...


Tuesday, April 12, 2011

~ pengumpul resepi ~

Semenjak-menjak duk obesi ni asal ada je masa terluang x kira lah kat opis ke kat umah ke mesti je cari resepi, asal ada yg berkenan terus print..budget2 nak buat lah kan..

Yelah oulss, bila dah dok negara orang ni celah mana lah nak dapat masakan, kuih muih melayu tradisional melayu ni kan..Lidah melayu ni x leh ilang..mesti je nak kuih-kuih melayu yg pelbagai jenis..

If kat Malaysia, memang aku xpenah la carik mencarik resepi ni..maklumlah benda semua ada..asal nak je, lepas keje terus pegi pasar malam sana lah, pasar malam sini lah..tunjuk-tunjuk je pastu bayar..abis citer...bak kata pepatah sendiri "ala, setakat nak makan sorang, beli jelah lagi jimat dari membuat"...ha!!!!! sekarang ni baru menyesal xmo belajar2 memasak..kan dah kelam kabut nak mencarik resepi bagai..

Insaf...Insaffff

Monday, April 4, 2011

~~ apa kaitannyer ~~

@ 1.36 pm...dengar Sinar FM....tengah main lagu "APO KONO EJANG"...seronok (sambil makan cornflakes + nestum)...dan tak pasal2 dalam keseronokan layan lagu tu tetiba aku teringatkan makanan orang Nogori Sombilan pulak..masak lomak cili padi (arghhhhh...gulp..gulp)...

Sungguh sedap kan masakan orang Nogori..kepedasan dia terasa2 di tekak...sedapnyer!! T_____T

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...