CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 31, 2010

~~goodbye 2010, welcome 2011~~

Hari ni ialah hari terakhir di tahun 2010...dan esok adalah permulaan bagi tahun 2011...bakal merindui semua kenangan di tahun 2010 dan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar di tahun 2011...

Jom imbas ape jadi di:

Permulaan 2010...
~  a good start di mana semua cik/puan secretary dinaikkan gred
~ dirisik oleh En Tunang
~ masih diberi peluang menyambut birthday
~ ditukarkan kepada bos baru yg bergelar Dato' ...sangat baik & memahami

Pertengahan 2010...
~ nothing much..semua berjalan lancar..alhamdulillah, amin..

Penghujung 2010...
~ bertunang dengan kekasih hati saya.. ;D
~ mendapat peluang ke Beijing tapi x jadi
~ bakal mendapat bos baru pulak..
~ sekali lagi mendapat peluang ke luar negara...

Segalanya telah dirancang oleh Yang Maha Esa...sesungguhnya sangat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri dari tahun ke tahun...

~~ GOODBYE 2010...& WELCOME 2011 ~~

p/s:  setiap kali nak tahun baru mesti je org tanya apa azam baru..wajib ke ada setiap kali kena ada azam? ermmm...

Thursday, December 30, 2010

~~Russia~~

Jom main teka-teki...
Berdasarkan map di bawah di manakah terletaknya Malaysia?

(world map)


(close up)


p/s:  Gambar yg menceritakan segalanya....

~~berita gumbira di hujung tahun~~

Semalam odw back to Shah Alam tetiba je dapat call dari nombor yg start dgn "8888......"...eh, eh, ni nombor Putrajaya ni..apahal ni...aku yg tengah  nak isi minyak di Hentian Pagoh terus dgn kelam kabutnya menjawab telefon...

Si pemanggil terus kata "ada berita gembira untuk puan"...aku terus panik...takut!!! hahahahaaa :D dalam hati sungguh gembira tak terhingga tp xmo excited cam dulu..aku nak cool je..rilex..rilexxxx..rezeki tak kemana...tapi En Tunang pulak yg terlebih gembira...(hover kan?!) ngeeeee

Tapi apepun aku tetap bersyukur dikurniakan berita gembira di hujung tahun 2010 ni...harap2 semua berjalan dgn lancar...

~~cuti yg penat~~

Selepas berhari2 cuti akhirnya hari ni masuk kerja..tapi berita gembira esok iaitu Jumaat cuti lagi...huhu (^_^) Tapi gembira ke aku??..kalut adalah..dgn nak menguruskan perpindahan Dato', dgn nak menguruskan "berita gumbira" aku tu...hai..haiiiiii....

Cuti sepatutnya berehat tapi bagi aku cuti kali ini x sempat nak berehat langsung..Sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan nanti..Alhamdulillah, semua dah hampir siap...tinggal tunggu majlis besarnya nanti...Walaupun penat tapi puas!!!

Sekian...(tetiba semalam dapat "berita gumbira"!!!!)

Friday, December 24, 2010

~~25 Disember 2010~~

Esok Sabtu bersamaan dengan 25 Disember 2010 bersamaan jugak dgn X-mas day adalah hari untuk balik kampung terchinta!..jumpa mak, family dan tentulah En. Tunang tersayang...*wink*wink*

Akan bercuti sedikit panjang dihujung tahun ini...bukan berehat ye tapi adalah dengan tujuan untuk melakukan persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan nanti...(lepas ni x cuti dah sampai majlis kawin nanti..uhukkkk)...

Agenda di hari cuti:
1.  Menghantar borang nikah dan menjalani sessi temuduga di Pejabat Agama Islam
2.  Mencari souvenir
3.  Meneman emak ke Air Hitam (mak nak cari barang tuk majlis kawin nanti)
4.  Menghantar kereta comel ke workshop..(ishk, nak manja2 plak si comel ni)
5.  Mentrim rambut
6.  Menempah baju nikah dan baju sanding
7.  Tengok wayang dengan En. Tunang...heheheh ^_^

p/s:  so much things to do...x berehat la gamaknyer...erm, tapi xpe, biar penat sikit asalkan semuanya settle...

Monday, December 20, 2010

~~tukar~~

mungkin dah sampai masanya untuk aku pindah dan tinggalkan tempat yg dah masuk 13 tahun aku jadi penghuninya...before ni pun memang rasa nak pindah tapi berat hati..tapi sejak dua menjak ni memandangkan en. tunang aku selalu je suruh pindah balik JB dan memikirkan segala kemungkinan2 yg ada..jadi keputusan nekad telah dibuat dan akhirnya "surat permohonan pindah" telah di sign dan di bawa ke pihak atasan untuk tindakan selanjutnya...

erm..agak2 berapa lama la yerk proses nak pindah ni?..aritu dah call tp katanya kat JB setakat ni xde kosong..huwaaaa

p/s:  will be missing Midvalley, Sunway Pyramid, The Curve, Jusco Bukit Raja, Sogo, Jalan Tar, One Utama...uhuk uhukkkk :(

Wednesday, December 15, 2010

~~penangan jarum~~

adeh!adehhh!! sakit gak penangan jarum ni..bengkak sikit hujung jari manis aku...bila kena lagilah macam kejung, kejang satu badan..huhu ^_^

sebabnya???? nak ambik darah buat ujian HIV untuk nikah kahwin..

keputusan??? negatif la...

p/s:  nurse kata "ok kamu semua boleh kahwin"..yahhoooooo!!!

~~teater Tun Mahathir~~

paper utusan hari ni kata teater "Tun Mahathir" akan dipentaskan semula di Istana Budaya...pelakon semua akan dikekalkan kecuali Erra Fazira yg pegang watak Tun Siti Hasmah dan Zizan Nin yg pegang watak Tun Mahathir waktu umur remaja...pelakon utama Isma Daniel masih memegang watak Tun Mahathir dewasa..so agaknyer siapa ye yang layak ganti Erra utk pegang watak Tun Siti Hasmah???

barisan pelakon teater "Tun Mahathir"

pementasan yg pertama dulu aku pergi dengan Cik Ismawaty, tu pun sebab kawan dia ada tiket lebih..so dapat lah aku tengok teater untuk pertama kalinya dlm hidup aku pada 3/10/2010 @ 3 petang..



overall citer tu memang ok dan sangat berpuashati...cuma 3 jam tu mmg lah tak cukup nak pentaskan semua perjalanan hidup Tun...cuma part2 yg penting sahaja ditunjukkan...zaman kecil, zaman remaja dan dewasa sehingga Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia..(that was the part yg aku paling sedih sekali, menitik jugak airmata ni)...

barisan pelakon utama...sila abaikan dua org yg menyelit itu.. :D
perjuangan Tun Mahathir untuk Malaysia memang tiada tolok bandingnya malah beliau dihormati di seluruh dunia...dan kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur dikurniakan pemimpin seperti beliau..

dapat ambil gambar dgn Tun mcm ni pun dah kira ok..
nak ambil gambar real tak tau bila..

p/s:  nak tengok sekuel Natrah pulak coz dah tengok Natrah kat TV1..

Tuesday, December 14, 2010

~~klinik oh klinik~~

beberapa minit lepas aku call 1 of the clinic kat area sini...tujuan menelefon adalah untuk membuat ujian HIV untuk melengkapkan borang2 nikah..memang bersemangat lah nak buat dan kalau boleh memang nak settlekan cepat and since boss pun xde hari ni tu yg nak pergi tu....

tapi malangnya bila menelefon tu aku dapat jawapan yg mcam kurang best sikit dan buat aku sentap dgn jawapan2 dari si penjawab telefon yg bersuara merdu itu...

aku:  selamat pagi, cik sya nak buat ujian hiv untuk nikah la..
clinic:  cik, maaflah kita xde borang lah..borang dah habis
aku:  borang dah habis? tapi sya dah ada borang dari jabatan agama islam..
clinic:  oh, klinik ni ada borang sendiri..cik cuba jelah datang sini tengok kita boleh buat ke tak guna borang cik tu..
aku:  ha? datang je?? abis kalau tak boleh buat macamana?
clinic:  nanti kita tengok borang tu boleh guna ke tak..kalau tak boleh cik kena tunggu borang klinik jugak!
aku:  ok abis tu bila borang nak ada?
clinic:  tak tau lah cik...

ermmm...jawapan tipikal. tak tau..tak tau...tak tau...bukan lah nak kata x efisyen tapi ntah la...so yg jadi mangsa pelanggan2 kepada clinic itu..

p/s:  bilalah nak berubah?

Wednesday, December 8, 2010

~~terima kasih teman~~

perkenalan kami bermula dari tingkatan 4, sekolah menengah vokasional azizah...kami lain aliran, aku SK dan "dia" ambil RF.."dia" ni orangnya kelakar sikit, suka jugak bercakap, kuat makan tp badan maintain (jeles aku..hehehe), cerewet pun ada sikit tp overall "dia" ok dan entah macamana aku boleh plak ngam dengan minah sorang ni..kami berkawan baik sepanjang dua tahun dekat SMVA dan berlanjutan hingga ke hari ni...walaupun pernah ada perselisihan faham antara kami tapi akhirnya semua back to normal....

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yg teramat sangat kepada "dia" yang bernama "Roslaila bt. Hassan @ Lela" kerana telah sudi menemankan saya sepanjang majlis pertunangan tempoh hari...

p/s:  x sabar nak tunggu hari bahagia ko plak Lela.. :D

~~hijrah~~

hari ni merupakan hari kedua di permulaan tahun islam 1432H....ikut calender islam dah bertambah umur, if ikut calender omputeh, lum lagi..tapi apepun semakin umur meningkat dewasa semakin kita menginsafi diri..perlu membuat perubahan dalam kehidupan, berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..

"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayahmu untuk aku berubah kearah kebaikan..Sesungguhnya aku hanya bermohon kepadamu Ya Allah"... amin..

terlintas di fikiran untuk melakukan suatu perubahan..semoga dimakbulkan...InsyaAllah...

Monday, December 6, 2010

~~macam air~~

persiapan perkahwinan dah 3/4 siap..tempahan semua dah buat..bila dah makin dekat every weekend mesti kuar carik barang hantaran coz now kan tengah "Year End Sale" @ YES...time nilah barang boleh dikatakan murah sikit tambah plak nak x-mas ni..tp "kegilaan shopping" aku masih terkawal coz tetiba datang keinsafan, kewarasan, kesusilaan..hehehe..well tambah plak kat kepala otak ni dah set "kuar cuma nak beli barang hantaran je..tempahan yg lain belum bayar lagi..duit pun banyak nak guna nih!".. 

setelah dihitung, ditambah, dikali, dibahagi dan sebagainya, bermula dari majlis merisik sampai la ni..duit mcm air keluarnya....adoiii..ermmm, yelah aku pun bukan anak org senang yg mak bapak boleh sponsor majlis perkahwinan..bila dah semakin besar dan matang, fikiran lebih terarah kepada responsibility nak menguruskan majlis sendiri tanpa menyusahkan keluarga terutama mak tersayang...

p/s:  duit keluar macam air..tp nak menyimpannya perit sangat (aku le tuh..org lain senang kot)

Thursday, December 2, 2010

~~05.02.2011~~

kawan2 tersayang..insyaAllah kalau xde aral melintang dan diizinkan Allah..05.02.2011 bersamaan hari Sabtu yg indah akan berlangsung majlis perkahwinan si puteri bongsu..jadi sila2 lah mengosongkan diary anda untuk program/agenda lain pada hari tersebut..tulis kat diary besar2:

05.02.2011
"OJA KAWIN, MUST COME!"

Wednesday, December 1, 2010

~~cherita sekitar majlis pertunangan~~

alhamdulillah..majlis pertunangan yg berlangsung pd 28/11/2010 jam 11.00 pagi sungguh meriah dgn kehadiran sanak saudara, jiran tetangga dan pihak lelaki..majlis yg pada mulanya kecil2an tiba2 mcm majlis besar2an pulak..puteri bongsu yg dah siap dimekap menunggu dlm bilik dgn penuh debaran..dup dap dup dap.. tp sempat jugak berposing-posing dlm bilik..hehehe




lepas pihak belah lelaki dan belah perempuan habis berbincang, mak tanpa membuang masa terus panggil puteri bongsunyer ke "mini pelamin" untuk majlis sarung cincin....melangkah je keluar dari bilik terkejut tgk ramai tetamu yg memenuhi hall depan...aduhh!! bertambah la debaran si puteri bongsu..

    




cara kemuncak majlis pertunangan ini ialah acara menyarung cincin..si puteri bongsu yg penuh debaran dipersilakan duduk di mini pelamin..dan seterusnya disarungkan cincin (dlm ati "mak aiii..besornyer cincin!!), bersalaman dan peluk cium bakal mak mentua...



(besor kan cincin tunang aku, longgar plak tu..adeiiii)

selesai acara sarung cincin, tetamu makan dan sementara dia org makan2 jadi si puteri bongsu pun masuk bilik semula belek2 hantaran pihak lelaki bagi..sambil posing2 sikit..


bagi chance dia org makan dlm 10 minit, pastu si puteri bongsu pun kuar balik tuk salam2 dgn tetamu, jumpa si encik tunang dan meneruskan sesi fotografi..click!click!click!!!






bila habis sesi bergambar dgn lokman, si jurugambar (gambar yg photographer ambik x siap lagi ye, sila tunggu next entry) semua tetamu dan wakil pihak lelaki pun balik..maka yg tinggal saudara mara dan family..bukak rambut palsu, tukar baju dan meneruskan sesi bukak hantaran (anak sedara dah merajuk2 nak coklat, buah etc).


(make up x buang lagi, rambut masih keras dek kerana spray)
usai majlis, jelas tergambar  di wajah mak yg dia puas kerana akhirnya si puteri bongsu dah bertunang dan 2 bulan lagi insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan....dalam kemeriahan majlis pertunangan tu..hati sedikit terusik bila terkenangkan arwah abah yg telah meninggalkan kami..kalau arwah ada, mesti arwah abah orang yg paling happy, senang hati dan puas tengok puteri bongsu bakal menamatkan zaman bujangnya x lama lagi...(al-fatihah utk arwah abah tersayang)..

akhir kata; SELAMAT BERTUNANG FAUZIAH & WAN MOHD GHAUTH!!!



p/s:  bila tiba acara kemuncak, tetiba bateri camera aku abis..alamak!!! kena tunggu gambar dari photographer la yerk..sorii

Tuesday, November 23, 2010

~~"KICK START": aku sbg pelakon pembantu~~

Dua minggu raya my best fren 4ever "Aaron" called asking me whether i'm interested to berlakon or not coz kawan dia known as "Bala" tengah mencari pelakon tambahan tuk short movie named "KICK START"..and my answer of tak lah kan sambil gelak2..told him that i'm too old nak belakon lah..lagi pulak malu pun ada..bukan saje malu tapi tersangat malu nak berlakon depan2 orang...ishhhh, idok le teman mau! hehehe

Bila kami dah agree yang aku xnak belakon but in the last minute Bala insist gak nak aku berlakon (aku yg tiba2 mcam kesian kat Bala, walaupun tak kenal dia terus je kata "ok")..and some more mintak pulak aku datang dgn pakai baju kurung..OMG!!!

Disebabkan hari yang sama tu ada jemputan kahwin anak "Kak Mahyum" so aku pakai lah baju yg sama tuk belakon tu...kira ok lah kan..(coz aku bukan la orgnyer yg suka pakai baju kurung, kebaya time2 hari bukan kerja)..
(sempat pergi majlis kawin dulu..layanzzz makan..hahaha)
After wedding tu, Aaron pun datang pick me up and terus ke tempat penggambaran which is kat area Bukit Tinggi Klang sana tu...dan bila sampai sana tu, tanpa membuang masa aku pun diperkenalkan kepada Bala, Mahendra and dua tiga org lagi pelakon yg aku lupa nama dia..(sebenarnya aku x dengar sgt nama dia org masa diperkenalkan tu sebab tgh berdebar2 dan berpeluh sejuk)...

Mr. Mahendra pun terus je bagi aku dialog book and bagi tunjuk ajar sikit apa yg patut aku buat..watak aku ialah "seorang isteri yg tengah tunggu si suami nak ambil dia kat bus stop, then datang sorang budak india tengok2 dia dan terus membuatkan dia takut dan risau..bila si suami sampai dia rushing g kereta sampai tertinggal purse kat sana"..see, told ya kan that my scene sikit je..dalam hati kata "oh, selamat..dapat lah balik awal and terus pegi buat facial coz dah buat appointment dgn Ginny"...tapi scene yg sikit tu menjadi lama (hampir 2 jam lebih dan aku terpaksa cancel facial) disebabkan aku yang asyik nak ketawa dan buat salah je..watak pelakon yg jadi suami aku tu pun banyak gak buat salah..kelakar tul coz semuanyer pun x penah berlakon except pelakon utama tu kot..hehehe

(salah satu scene dalam short film "KICK START")

Habis berlakon terus je gi makan kat Hainan Kopitiam coz Aaron lapar giler...on d way tu kita org borak2 and aku terus je ckap kat Aaron "i tak nak belakon lagi, x reti lah..dah la panas berpeluh2, tu pun nasib tak ramai, if ramai lagi haru"...Aaron gelak je sambil kata "ala Gia, u baru lagi..nanti dah lama ok lah"...me "what??nanti??no more..1 is enough"....hehehehe :D (dalam hati sibuk berfikir "macamanalah pelakon2 tu boleh berlakon kan..kot memang they born to be an actor n actress kot??!!"..no comment..)

Lebih kurang sebulan lebih lepas penggambaran hari tu..secara official nyer pada 15hb November 2010 bersamaan hari Isnin, filem ni pun dilancarkan untuk BMW Shorties 2010 "People's Choice Award"...dan tercalon dalam Top 10..not bad kan?? amin!!! (judges ada 4 orang termasuk Sharifah Amani)...


(must watch this short film!!)

jadi kawan2ku sekalian..silalah layari http://www.bmwshorties.com.my/showcase.aspx#menu and click for "KICK START"...

p/s:  1 Malaysia, 1 Negara dan katakan tidak kepada "RACISM"... (^_^)

Monday, November 22, 2010

~~hantaran: my personal touch II~~

kali ni citer tentang hantaran tuk pihak lelaki pulak..tema belah pompuan is "white + pink"...again konsep hantaran tersebut adalah simple & nice (nice di mata aku..dimata org lain xtau..hehehee)...


bahan2 yg diperlukan...

hasil sentuhan jari jemariku..

ala2 mcm ni la nanti..

p/s:  mungkin ada yg kata "simple sangat" tapi inilah konsep yg cuba aku terapkan "Less Is More....i like simple n eh, ni majlis aku lah...heheheheheee :D

******************************************************************

jenjalan kat Ikea dgn my niece n her friend...makan "meatball" n "daim cake"..gulpp..gulpppp..yummmyyy!!! then straight to E@Curve, singgah Watson dan meneruskan perjalanan ke Cineleisure...saje la usha2  whether ada ke x rejeki nak tgk HARRY POTTER..n eh! eh! seat still available lah..ape lagi..terus melakukan perbincangan dgn para pengikut dan terus zasssssss!! "harry potter for 3 person"... puas hatiku...dapat pulak seat "right in d middle"..fuh memang syiookkkk


p/s:  x sabar tunggu Harry Potter Part II...

~~nilai 3~~

last friday aku n Shila ke Nilai 3 yg terkenal sebagai "1 STOP CENTRE UTK BARANG PERKAHWINAN"..bukan je barang kahwin yg ada tp macam2..karpet, langsir, baju, brg perhiasan rumah dan sebagainya.. ...tapi tujuan utama aku ke sana adalah mencari barang2 utk tunang dan kahwin nti...

actually ada je tempat lain i.e Air Hitam, which terletak kat negeri terchinta aku "Johor"...tp aku anak Johor yg ala2 gedix ni saje nak cuci mata jenjalan kat Nilai 3..bak kata pepatah:  jauh perjalanan luas pemandangan..ahaksss :D

odw to nilai cuaca sungguh terang dan awan cantik sekali...cakap kat Shila "panas giler mesti terbakar kulit kita jalan2 dari satu kedai ke satu kedai"...tp nak buat macamana kan..syukur lah x hujan..if x lagi susah nak berjalan..


(destinasi pertama "Thank Q")
 
(cantik2 gubahan kat sini..harga pun "cantik" gak!)

(hanya mampu "ermmmm" sahaja)

(bunga telur)


(sibuk pilih memilih)
after masuk a few kedai (Thank Q, Mayang Sari, RZ, bla..bla..bla..x ingat nama) n compare2 harga (sampai aku pening dok ingat harga mane yg murah), so i've decided utk membeli barang2 yg berkenaan di kedai ......(alamak lupa nama lah tp kedai yg first sekali)..banyak juga la hasil yg aku dapat kat nilai 3 ni...

dek kerana kepanasan dan kebahangan yg teramat sangat...kepalaku terus ting tong dan sakit yg amat sangat..drive dlm kesakitan..balik rumah ape lagi, mandi, telan actifast 2 biji dan terus ZZzzzzZzz nyenyak sampai ke pagi...

(terima kasih kerana melegakan kepala saya)

p/s:  tips tuk kengkawan, bila membeli di nilai 3 masuk la semua kedai then baru decide nak beli kat mane..takut nti menyesal pulak bila dah beli n masuk plak kedai lain ada yg lebih murah dan cantik..dan 1 lagi tips, siapa2 yg suka sakit kepala dan alahan kepada cuaca panas, anda dinasihatkan x yah gi sini nti lagi sakit kepala tahap gaban sebab tempat ni sungguh panas!!!! sekian... ;)



Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

~~survey kad kahwin~~

majlis kahwin lagi 2 bulan lebih je..alamak persiapan masih ala2 je..susahnyer bila sorang kat sana sorang kat sini..nak jumpa pun jarang..dugaan betul..tambah pulak bila persiapan semua aku yg uruskan..nak harapkan "bakal en. suami"??erm..NO COMMENT!

disebabkan xde masa nak survey sana sini, jadinyer internet jadi penyelamat..ari tu photographer pun aku cari thru internet je..dah booked dah pun..SETTLE!

skrg ni pulak menguruskan kad kawin..adoyaii..setelah penat survey menyervey kat internet ni ha...so at last i've decided to choose kad at http://www.kadkahwinku.com/ harga ok gak lah..ada yg murah, ada yg mahal..so pilih jelah..dan semestinye pilihan aku yg ala kadar je harganyer, simple n ala2 menarik..x nak "hover budget"..coz banyak lagi benda nak dibayarnyer...kena beringat lah kan!! (pesanan tuk diri sendiri)

kad pilihan aku adalah jenis yg simple je mcm gambar kat bawah ni..kad emboss dia org panggil..so if xde halangan nti kad kawin yg bakal menemui korang tuk wedding aku adalah ala2 mcm ni lah ye..hehehehe (^_^)






Tuesday, November 16, 2010

~~salam aidiladha~~

saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" untuk semua...

..saya akan menjadi mangsa korban sekejap lagi..amin....

~~hantaran: my personal touch~~

Last weekend sibuk kat rumah..menyaipkan hantaran utk majlis tunang nti...dua2 belah pihak pun aku yg kena sediakan..tp last weekend cuma sempat siapkan hantaran lelaki nyer..

Nak kata chantek sgat tu xde lah kan..boleh la untuk aku yg x pernah pun mencuba benda2 mcm ni..tgn x berapa nak lembut la..otak pun x berapa nak kreatif..ikut suka sendiri je...as long as ati aku suka!! (padahal dlm ati siap memuji diri sendiri dgn kata "eh, cantik gak hasil sentuhan aku ni!!")



(.....my personal touch....)

p/s:  gambar2 diatas adalah sama cuma pencahayaan je yg lain..hehheee :D

Monday, November 15, 2010

~~bila "cik bulan" datang~~

every month "cik bulan" x pernah missed datang..just on time, if lewat pun cuma beberapa hari awal or beberapa hari lambat..

bila "cik bulan" nak datang ataupun dah datang, mulalah simptom2 yg pelbagai as listed spt di bawah ni pun datang:

1.  sakit pinggang
2.  mual
3.  pening
4.  sakit perut (tp bukan period pain)
5.  nafsu makan yg membuak
6.  marah (yg selalu jadi mangsa "bakal en suami"..sori abg)
7.  breast bengkak
8.  perut memboncit

tu antara simptom yg kadang2 datang menjelma bersama "cik bulan" kita..maybe ada lagi kot tp aku lupa..korang pun ada tak kena simptom2 yg sama mcm aku ni?

p/s:  terima kasih kepada cik "SOFY" dan cik "LIBRESSE"..

~~laporan penilaian prestasi~~

setiap ujung tahun bulan october/november mesti je admin distribute borang laporan penilaian prestasi ni ha..



setiap tahun pun isik dia mesti ala2 lebih kurang..just follow je..

kawan2 yg keje gomen selamat mengisi borang laporan prestasi anda!!

p/s:  agak2 tahun ni dapat "Anugerah Khidmat Cemerlang" x??hehehe :D

~~sibuk~~

minggu2 yg sibuk menyiapkan HANTARAN bagai...letih otak! xde idea..
fuhhhh!!!

Tuesday, November 2, 2010

~~ciri-ciri isteri yg baik menurut Islam~~

Sementelah x lama lagi akan bergelar seorang "isteri", jadinyer pembacaan adalah kearah itu utk menambah pengetahuan dan insya-Allah utk menjadi "isteri kebanggaan suami"..apatah lagi bila menyedari yg ilmu dekat dada masih ala2 belum penuh.. jadi untuk penambaikan jom kita sama2 baca apa ciri2 isteri yg baik menurut Islam untuk melahirkan satu rumahtangga yg bahagia dunia dan akhirat..

GAMBAR KAHWIN AIDA ARIS
(gambar adalah hiasan semata-mata)

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik."

Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan.

Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.

" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.


2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan

Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.

Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.

Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.

Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.

Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya


3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya

Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya.

Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.

Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.

Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.

Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.


4. Malu dan taat

Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.

Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.


5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya

Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.

Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.

Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.

Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.

Monday, November 1, 2010

~~gym oh gym~~

last saturday borak2 dgn bakal en suami..dari satu topik ke satu topik..isu semasa, isu politik, isu tunang, isu kawin, isu itu dan ini...dan TIBA2 bakal en suami kata:

bakal en suami:  "yang, abg rasa ayg ni mcm dah gemuk sikit lah".....

bakal pn isteri:  "ala..ye ke bang, cane ni?? ayg takut lah..huwaaa...huwaaaa"...(sambil bt aksi panic giler ala2 manja)

bakal en suami:  "ayg pegi la gym..xyah nak mkn2 pil lah apelah..gym lagi bagus"

bakal pn isteri:  "gym?? ala..ayg mana ada duit nak g gym..lainlah if abg sponsor...hehehehe " (tipu lebih!)

bakal en suami:  "yelah2 abg sponsor tapi half je.."

bakal pn isteri:  "ok lah camtu..since abg nak sponsor ayg survey2 dulu gym mane yg ok ye"

bakal en suami:  "good...camni la bakal isteri mithali"..

end of conversation!!!

note:  akceli bakal en suami bukanlah jenis yg cerewet sangat dan memilih2 dan suka komplen cuma mungkin dia nak bakal puan isteri cantik di mata dia especially bila naik pelamin nti...bakal en suami selalu kata "abg bukan memilih sangat tp if ayg cantik tu bonus utk abg"

p/s:  tgh survey gym area shah alam..

Saturday, October 30, 2010

~~sabtu yg x bosan~~

hahahhahahahahahahaha (^_^) walaupun x jadi kuar arini tp aku tersangat lah suka duduk kat umah sbb cuaca sejuk, ujan, tenang..so secara x langsungnyer mood aku pun setenang air di lautan...yeeeehhhhhaaaaaa!!!!!

~~sabtu yg bakal membosankan?~~

akceli dah janji dgn seorang cik teman nak merayap ke Midvalley...window shopping n watching movies..MOVIES ok! normally bila pegi dgn cik teman yg sorang ni mmg selalu layan smpai dua movie sekali..

semalam dah book for YOU AGAIN @ 11.15 pg n RED @ 4.00 pm...dari semalam col cik teman tp cik teman x angkat and until now cik teman masih mensenyapkan diri beliau..x col pun..maybe cik teman xmo pegi kot...(yelah cik teman, if xmo pegi pun bgtau la..so boleh la aku buat plan lain..-nada geram-)

so terjadilah sabtu yg bakal membosankan..huh!

p/s:  tetiba rindu pada bakal en suami...if dekat sah2 ujung minggu camni dah g dating

Friday, October 29, 2010

~~cherita bila nak kawin...~~

lagi 3 bulan lebih insyaAllah akan bergelar PUAN...seronok tak hengat tapi persediaan utk menyiapkan diri dan majlis perkahwinan mmg meletihkan, kadang tu menyakitkan jugak!...bila dah tambah dekat lagi la letih..fikir tu, fikir ni...yelah dah namanyer pun perempuan, if boleh semua nyer nak sempurna..si bakal en. suami pulak malas nak fikir benda2 like mak andam, photographer, wedding gift etc.... sebabnyer bakal en suami sibuk mengumpul duit dan membuat persediaan lepas kawin pulak (tu yg selalu bakal en. suami kata maka bakal puan isteri menurut saja)..

tapi bila dah sengsorang diri je yg dok memikir semua persiapan mula lah nak angin je satu badan..nak buat decision sorang takut  bakal en suami mcm ala2 x setuju..buat jugak kang gaduh..so mmg kenalah berbincang..yg malangnyer tu setiap kali je berbincang mesti nak gaduh...(yg start dulu tu akulah)..yelah mana taknyer aku dah plan cantik2 tetiba pulak bakal en suami x setuju...mau x hangen??...time tu mmg bakal en suami kena habis-habisan dgn aku. sori ye bakal en suami... (^_^)

nak pilih tema color pun gaduh, nak pilih tarikh kawin pun haru biru, nak decide brg tuk hantaran pun ala2 jugak, nak pilih wedding gift nasib baik xde gaduh2 coz dua2 sehati sejiwa..ahakssss...

mcam2 dugaannyer...tp dugaan2 yg datang tu sering membuatkan aku terfikir balik dan biasanya akan mematangkan fikiran kerana akan memikirkan balik kata2 bakal en suami yg selalu mcm ala2 betul...(bakal en suami mmg berfikiran matang, sedangkan bakal puan isteri selalu x fikir jauh...-bakal pasangan yg saling melengkapi- amin...)

Thursday, October 28, 2010

~~akhirnya milik aku~~

1/1/2010 - kerajaan umumkan secretary gred n17 yg ada diploma naik gred n27...wahhhh, masa tu aku gembira sangat..yelah usaha selama ni kiranya berbaloiii...effort blajar selama 3 tahun di uitm akhirnya membuahkan hasil....

28/10/2010 - hari ni, baru lah merasa tunggakan gaji setelah sekian lama diumumkan kenaikan pangkat...alhamdulillah...rezeki nak berTUNANG... hikhikhik (^_^)

Wednesday, October 27, 2010

~~bakal dapat BOS baru~~

perkhabaran yg datang pagi ni mmg sungguh meng"panik"kan aku..baru je selesa dgn bos yg sekarang ni setelah 6 bulan berkhidmat dgn dia...muka nampak garang tapi hati baik...boleh dibawa berbual, ketawa, berbincang...kadang tu berbual dah macam kawan pulak..tapi apepun masih ada batasan antara kami, dia tetap bos dan aku kuli...

ura2..erm..not ura2..baru je confirm tadi yg bakal datang datang tu ialah seorang bos yg mmg berpontensi untuk GARANG..SUKA MARAH2 n PERANGAI PELIK...well, if satu dua yg cakap mungkin tu cuma andaian tapi bila dah ramai yg kata tu maksudnyer mungkin lah betul...bertambah2 gabra la makcik!!!

tengah berusaha untuk mencari kekosongan di jabatan lain....harap2 dapat!!!

p/s:  penah ada experience dpt bos garang nak mampos..hari2 balik umah nangis..hari2 bangun tido xnak g keje..tapi pegi jugak!!! rasa mcam kat NERAKA

Monday, October 25, 2010

cinta monyet - ARWAH...♥♥

Mengimbau kenangan "cinta monyet" dulu...

Yus..
Kenal dgn Yus masa kejohanan softball dulu..dia sekolah lain..aku skolah lain...pernah jugak datang beraya kat rumah...sopan santun budaknyer...orang Kota Tinggi, Johor...lama jugak kawan..lepas sekolah dah lost contact..tiba2 tgk kat surat khabar "jet pejuang" dia terhempas dan dia meninggal..rupanyer dia kapten tentera udara.....al-fatihah utk Yus...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Arman..
Couple dgn Arman x lama..sekampung dgn dia..tp x kenal langsung sampailah dia masuk SMBT masa dia form 4 (b4 tu dia sekolah asrama)...budaknyer pandai..nice boy..n boleh dikatakan handsome gak lah...lost contact after aku pindah sekolah lain...tetiba dapat berita dia dah meninggal at d age of 31 because of sakit paru2...al-fatihah utk Arman...semoga rohnya juga dicucuri rahmat...

zaman cinta monyet dah berlalu...yg tinggal kini cuma kenangan...takde lagi istilah "cinta monyet"..yg ada cuma "cinta sejati"...insyaAllah..

sambung belajar...♥♥

Ntah tetiba je macam rindu nak belajar macam dulu...buat assignment (walaupun selalu last minute), dgr lecturer membebel, borak time cikgu mengajar kat depan, tido time study especially time exam..rindunyer..rindunyerrr...

Adakah ini petunjuk untuk aku sambung belajar?? buat MASTER???

Thursday, October 21, 2010

~~CINTA ANTARA KITA~~♥♥

sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa

mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

♥♥ InsyaAllah saya akan menyintai awak hingga hujung nyawa..Amin ♥♥
~~semoga kebahagian itu kekal milik kita~~

Tuesday, October 19, 2010

BUKAN REJEKI SAYA....

Akhirnya semua dah settle..setelah penat col sana, col sini, col sana balik, col sini balik...permasalahan pagi tadi semua dah terungkai...xyah nak pening2 kpla..

Penempatan ke oversea tu ditarik balik sebabnyer..tulah yg seperti aku kata kat entry sebelum ni.."tempat tu x wujud"...hahahahahahhaa (^_^)

Bukan rejeki aku dan mungkin ada hikmah di sebalik semua ni...dapatlah aku bercuti ke Kota Kinabalu dgn senang ati..dapatlah bercuti ke Tambun dgn gumbira....dapatlah uruskan majlis tunang spt yg dirancang..n yg paling penting sekali sempatlah aku kawin pd tarikh yg dirancang...InsyaAllah...amin...

Tp dalam pada "dapatlah2x" tu...risau jugak..coz xtau mane pulak lah tempat yg aku bakal ter"campak" lepas ni...ntah tempat yg elok ke yg kurang elok ke...redha jelah...

p/s:  Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui..dan setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknyer.....amin

APA BAKAL TERJADI???....

Hati sedey, pilu, resah, gelisah....coz status ke Beijing tetiba cam hampeh...disebabkan tempat tu masih belum wujud dan tak tahu akan diwujudkan ke tak...adoyaiiii kenapa aku plak yg jadik mangsa keadaan ni...abis tu kat mana plak dia org nak campak aku nih!

Xtau nak marah siapa...tapi aku rasa mcm ada miscommunication kot between both "Jabatan" tu...yg "Jabatan" sana kata nak cepat isi kekosongan kat Beijing tu..yg "Jabatan" sini pulak cecepat lah anta aku kat sana...tetiba "Jabatan" sana lak kata "Cik, tempat tu masih belum wujud lagi"...aku terkedu x bersuara...apa status aku ni? PANIC! PANIC!! PANIC!!!

Dahnya aku terus xde mood nak bt keje dok fikir apa bakal jadik lepas ni...harap2 cepat lah dapat jawapan dari "Jabatan" itu...

Monday, October 18, 2010

Enthiren....

 
 

Akceli mmg dah lama sangat teringin nak tengok citer Tamil kat wayang...so semalam dengan bangganyer akhirnya dapat gak tgk....

So first time layan citer Tamil kat wayang ~~ENTHIREN @ ROBOT~~...OMG!!!! citer ni mmg best..lain daripada citer Tamil yg kadang tu ntah apa2, yg kadang tu mcm x logik dek akal fikiran yg ala2 waras...
Enthiren bermaksud "ROBOT"....pelakon utamanya si Rajnikanth @ Padayapa (dah dekat 60 dah mamat ni tp xde ghope pun..awet muda!! apa rahsia bang?)...hehehehehe :D bergandingan plak dgn si jelita Aishwariya Rai...(comey sangat si budak Aish ni)...

X mo citer lebih2 pasal Enthiren ni...tp out of 10 aku bagi 8.59!!!! so korang2 pun sila lah layan ye citer tu....tengok wayang la lagik best..takut nti tgk vcd/dvd cam x brapa pulak nti...

Selamat menonton!!! (^_^)


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...