Sori guys kalau ada yang termuak dengan entry bulan November tahun lepas yang tak habis-habis. Adoii, saya pun kehabisan idea dah ni. Let's make it simple and brief and end up the story of November Trip
Part 1, Part 2, Part 3 and Part 4.
Bicester Village
Dari Bourton-on-the-Water kami terus bergerak ke Bicester Village. Ni kiranya "lawatan" kedua lah ke Bicester ni. Yang
pertama kali dulu singgah sekejap je, yang tu pergi waktu summer so kali ni pergi time autumn.
Dekat Warwick Castle pun hujan, kat Bourton-on-the-Water pun hujan, sepanjang jalan pun hujan so kiranya seluruh England kot hujan hari tu. Sampai Bicester Village dah gelap, yelah waktu malam lagi panjang kan time autumn tu. Walaupun hujan dan waktu dah gelap tapi umat manusia masih ramai!
Cantik tempat ni al-maklumlah nak Christmas time tu. So lampu bergemerlapan dengan deco yang pelbagai.
Tak lama pun kami kat sini, satu sebab dah penat, satu lagi sebab penat jugak. Hahahaaa
London
Esoknya seawal pagi kami dah bertolak ke London. Dua malam di London dan kami terus je drive ke Hendon. Kenapa ke Hendon? Sebab kami bermalam di rumah Kak Lin. Kak Lin dulu posting kat Moscow tapi bila dah abis cross pulak ke London.
Alhamdulillah ada tempat bermalam. Hehe (^_^) Thank you so much to Kak Lin, En. Khairul & anak-anak (Farhan, Danish, Akif & Marsya).
Sampai London lebihkurang pukul 10 pagi. Sampai je terus kami disajikan dengan breakfast yang sedap! Wahhhh, thank you so much, murah rezeki kami :)
Tak nak buang masa maka kamipun lepas breakfast dan berborak-borak terus je keluar dan berjalan ke Hendon Central. Untuk ke London Central di waktu hari cuti, sebenarnya lebih senang menggunakan public transport sebab kalau bawak kereta akan dikenakan congestion charges tambah pulak ermmm tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. So pilihan terbaik adalah naik underground.
Ni pun merupakan kali kedua kami ke London.
Yang pertama dulu sekitar bulan Mac 2013. Kalau nak ikutkan dah tiga kalilah termasuk kali ni kami berpijak di bumi England. Yang pertama macam yang saya kata bulan Mac 2013 tapi itu cuma di London sahaja. Then kali kedua kami tak ke London tapi ke Manchester dan Liverpool (Milan dan Madrid juga). Dan kali ketiga ni kami ke London semula (selain dari Swindon, Stoke-on-Trent dan tempat-tempat lain).
Since ini adalah kali kedua ke London, so perasaan excited tu macam dah tak seberapa. So jalan-jalan ke tempat yang kami tak sempat pergi masa trip pertama dulu. Tapi ada jugak repeat tempat yang sama. So kita tengok gambar jelah ye.
|
Chelsea Football Club di Stamford Bridge |
|
London Bridge |
|
Tower Bridge |
|
Big Ben |
|
London Eye |
|
Oxford Street |
Cukuplah gambar yang ada. Maka dengan itu tamatlah cerita cuti kami sekeluarga di bulan November 2013 yang lepas.
Nanti saya sharekan cerita cuti kami di awal tahun 2014 ye. Insyaallah.
Till then. Bye!