CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 28, 2013

~Keropok Ikan~


Favorite si kecik!

Memang suka sangat dia..



Actually bukan dia je yang suka tapi Mummy and Daddy pun suka jugak!

Nyum!
Nyum!

Yang sebalang tu half for Daddy and the other half untuk Zara.

Normally yang tukang goreng cuma dapat makan masa lepas goreng je. Sekeping dua jadik le buat rasa-rasa.

Mithali tak?





Tuesday, February 26, 2013

~Jom holiday~


Kalau dah namanya holiday atau percutian atau bercuti atau menenangkan kepala otak yang berserabut makanya haruslah kita bergumbira sakan!

Bercuti babe, siapa yang tak seronok.  Ermmm, kot ada yang rasa tak seronok bila bercuti, sila pergi jumpa doktor ye *pelik pulak*

Percutian kali ni agak different dari percutian-percutian yang sebelum ni..

Teringat zaman dulu kala masa bujang..aceh! Bujang y'oulss (^_^)...Zaman anak dara..memang menggila.  Kalau kata nak bercuti tu tak menyempat.  Yang lagi giler I pernah plan one day before..Nasib baik kawan-kawan yang budiman free.  Petang call kawan-kawan, decide then tomorrow morning nya terus gerak! Tu percutian kat Pangkor, percutian bidan terjun namanya.  Disebabkan bidan terjun sangat ha amek ko! Pegi Pangkor pun sesat, tengahari gerak maghrib baru sampai jeti Pangkor.

Tapi kalau bercuti luar dari Malaysia haruslah ku menjalankan sedikit research dan menempah tiket awal-awal sebab nak dapat tiket murah..Haha.. Harus la ada strategi jugak kan.  Bukan la setiap kali pun hentam kromo je..Hewhewhew

Bercuti time bujang dulu pagi kuar hotel, malam buta baru balik bilik.  Yelah namanya pun bercuti dengan orang bujang.

But now, bila dah ada family, ada laki, anak kecik kenalah reserve sikit perangai tu.  Jangan ikut kehendak hati je nak bersuka ria.  Kena fikir jugak laki penat, anak nak rehat. Kata akar di sini ialah "jangan pentingkan diri sendiri"..

*Oh, nampaknya tersesat sikit*

Back to reality!

Mana destinasi awak?

Nak rahsia dulu boleh? *gedix*

Doakan kami selamat pergi dan balik ye di percutian yang agak different kali ni (^_^)



Monday, February 25, 2013

~Kuih Seri Muka~



Memang betul kata orang tua-tua..

"Usaha tangga kejayaan"..

Setelah berusaha naik tangga sekali dan terjatuh, maka sekali lagi saya berusaha untuk membuat kuih seri muka.

Cubaan kedua dapat A+ dari suami tercinta.

Alhamdulillah..

Terima kasih  kepada Damai Qalbu kerana sudi share resepi yang sungguh menjadi.

gambar - ikhsan dari Google Image



KUIH SERIMUKA

Resepi asal: Cafe Serimuka
Sumber: Sue Hisham
Olahan: Rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
300gm beras pulut | cuci & rendam 1 jam
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tapiskan/toskan beras pulut, kemudian griskan loyang dengan minyak.Gaulkan sebati beras pulut bersama garam dan santan (ukuran santan hendaklah separas dengan beras pulut).
2.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur (resepi asal tak letak telur)
2 sudu besar  jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dan blendkan (saya kacau guna whisk je).
2.Angkat pulut yang dikukus tadi dan kacau alih.Kemudian alihkan ke alam loyang berukuran 8" yang dialas dengan plastik.
3.Tekan-tekan pulut agar padat.Carikkan sedikit permukaan pulut menggunkan garfu.
4.Tuangkan adunan yang diblend tadi ke atas pulut, kemudian tutup dengan foil.
5.Kukus selama 40-45 minit.
6.Biarkan sejuk baru dipotong.


Thursday, February 21, 2013

~Demam~


Tuan tanah demam..

Makanya...

Blog pun akan menjadi senyap sunyi untuk seketika..(demam jugak!)


Tuesday, February 12, 2013

~K-Pop~



Sekarang musim k-pop di mana-mana aje especially di Malaysia.

Moscow not really (^_^)

Baju k-pop, lagu-lagu pun k-pop ajer, rambut pun tak terkecuali ye tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.

Disebabkan itu...

Tadaaaaaaa!!




p/s:  anakku menjadi mangsa..


Sunday, February 10, 2013

~Inikah keadilan~




Langit tak selalu cerah..

Malam bertukar siang..Siang bertukar malam..

Itu adalah hukum alam!

Macam kehidupan kita..Tak selamanya kita gembira, kadang kita diduga dengan pelbagai dugaan.

Kenapa?

Kerana Tuhan sayangkan kita.  DIA nak kita bermuhasabah diri.  DIA nak kita berpijak di bumi nyata.  DIA nak sedarkan kita tentang dunia yang sementara ini.

Ya, terima kasih kerana menyedarkan kami dari tidur yang lena ini..

Tapi...

Apa kesalahan kami hingga kami dilayan begini.

Adilkah?








Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...