CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 18, 2013

~St. Petersburg; Introduction~


Dah lama pulak rasanya tak pergi bercuti. Ecehhh!!

Percutian keluarga bahagia pada kali ini adalah ke St. Petersburg.  Selalunya orang pergi naik train laju tapi kami memilih untuk naik kapalterbang.  Al-maklum dengan anak kecil tambahan pula tiket train dan flight tak jauh beza.




Perjalanan adalah 1 jam 15 minit dari Moscow ke St. Pete.  Pukul 11 pagi kami dah jejak bumi St. Pete.  Check in awal di hotel dan terus keluar, tak nak buang masa.

Jom saya ceritakan sikit pasal St. Pete ni dan selebihnya boleh la baca di sini ye

Saint Petersburg atau singkatannya St. Pete adalah salah satu tempat tarikan pelancong di musim panas kerana "white night"...Ohhh, apa itu white night?  24 jam siang, tiada malam tapi diulangi hanya dimusim panas sahaja terjadinya "white night" ni ye.

Susun atur bangunan juga adalah lebih kepada western europe.  Lebih cantik sikit dari Moscow ni. Haihh!!  Sebab di zaman pemerintahan Tsar Peter The Great dulu, kononnya beliau mahukan bangunan yang sama seperti di negara Eropah yang lain.


Selain tu, St. Pete ni juga digelarkan sebagai "Second Venice" disebabkan bandarnya yang berpulau-pulau dan dipisahkan oleh terusan-terusan kecil serta disambungkan dengan jambatan-jambatan.  So tak payah pegi Venice kata Daddy..*nanges*

About city tour kita sambung di entry yang lain ye sebab panjang jugak cerita percutian kali ni walaupun 3 hari 2 malam jerk!

** bersambung.....



2 comments:

Liza Hashim said...

bestnyer dapat tgk negara org.. walau tk dapat pergi, baca entry oja ni pun dah rasa best.. thank you. :)

~♥ OjaAmran ♥~ said...

tq liza...insyaallah ada rezeki turn awak pulak tengok negara orang..amin :)

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...