CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 19, 2013

~St. Petersburg; City Tour (Part 1)~



City tour bermula dari hotel dan destinasi pertama adalah ke Masjid St. Petersburg untuk Daddy dan dua orang student (thanks to Syafiq & Masnoor) yang bawak kami pusing-pusing St. Pete untuk sembahyang dulu.  Kan ke hari Jumaat?

Ini merupakan masjid tertua yang terletak di St. Pete dan mula dibuka pada tahun 1913.  Selain dari masjid ini ada satu lagi majid tapi terletak jauh dari bandar.


solat diluar beralaskan tikar, surat khabar dan sebagainya disebabkan ruang dalam under construction. tapi sesungguhnya itu bukan penghalang untuk mereka beribadah
City tour diteruskan menuju ke tempat menarik yang berhampiran iaitu "Peter and Paul Fortress".


tengah pilih pamphlet utk rujukan :)
Besar sungguh kawasan kubu ni dan yang bagusnya masuk tak kena bayar pun kecuali kalau nak masuk museum dia.  Di sini jugak terdapat menara loceng yang tertinggi (123.2 meter) di St. Pete dan menurut kata "tourist guide" kami, bangunan lain tak boleh lebih tinggi dari menara loceng tersebut. Jangan tanya kenapa sebab kami pun tak tahu, faham? ;)

berlatar belakang Menara Loceng
pemandangan dari sisi lain...
Nampak tak gambar kat atas tu, langit sungguh cerah walaupun seminggu sebelum datang weather forecast kata hujan..alhamdulillah, walaupun cuaca panas dan terik tapi better dari hujan kan.  Kalau holiday tapi hujan, ohhh susahnya nak jalan, alamat duduk hotel jelah.

Habis pusing-pusing di Peter and Paul Fortress, kami menyusuri sungai berjalan ke destinasi seterusnya.  Jauh jugak la kalau nak ikutkan kami berjalan, dari masjid, then ke fortress sampai ke stesyen tram agaknya lebihkurang 3 km kot.  Fuhhh!



Masa kami jalan tu Zara dah tertidur, kami naik tram pun dia tak sedar..turun dari tram dan jalan kaki lagi sampai ke Aurora pun dia tak sedar.  Nyenyak sungguh tido, maklumlah tepi sungai angin kuat, aircond free sedaplah tidor kan...

Princess dah tido..
Aurora merupakan kapal perang yang aktif pada tahun 1900 tapi sekarang sudah dijadikan muzium kapal.  Malang bagi kami sebab hari Jumaat muzium tersebut hanya dibuka hingga pukul 3.00 petang sahaja.  So ambik gambar kat luar jelah.


berlatarbelakang Aurora ..

Lama jugak kami di Aurora, lepak-lepas sambil tengok souvenir dan kemudian fikirkan cara untuk ke destinasi seterusnya.  Tapi sebenarnya kami nak biarkan Zara tido puas-puas dulu, tak nak bangunkan dia nanti dia mengamuk tak cukup tido.

nyenyak sungguh, berani nak bangunkan?



Eh, rasa macam panjang pulak dah entry ni.  Sambungannya pun panjang jugak nih!  Kita stop and continue in the next entry lah ye *wink*


No comments:

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...