CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 31, 2010

~~goodbye 2010, welcome 2011~~

Hari ni ialah hari terakhir di tahun 2010...dan esok adalah permulaan bagi tahun 2011...bakal merindui semua kenangan di tahun 2010 dan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar di tahun 2011...

Jom imbas ape jadi di:

Permulaan 2010...
~  a good start di mana semua cik/puan secretary dinaikkan gred
~ dirisik oleh En Tunang
~ masih diberi peluang menyambut birthday
~ ditukarkan kepada bos baru yg bergelar Dato' ...sangat baik & memahami

Pertengahan 2010...
~ nothing much..semua berjalan lancar..alhamdulillah, amin..

Penghujung 2010...
~ bertunang dengan kekasih hati saya.. ;D
~ mendapat peluang ke Beijing tapi x jadi
~ bakal mendapat bos baru pulak..
~ sekali lagi mendapat peluang ke luar negara...

Segalanya telah dirancang oleh Yang Maha Esa...sesungguhnya sangat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri dari tahun ke tahun...

~~ GOODBYE 2010...& WELCOME 2011 ~~

p/s:  setiap kali nak tahun baru mesti je org tanya apa azam baru..wajib ke ada setiap kali kena ada azam? ermmm...

Thursday, December 30, 2010

~~Russia~~

Jom main teka-teki...
Berdasarkan map di bawah di manakah terletaknya Malaysia?

(world map)


(close up)


p/s:  Gambar yg menceritakan segalanya....

~~berita gumbira di hujung tahun~~

Semalam odw back to Shah Alam tetiba je dapat call dari nombor yg start dgn "8888......"...eh, eh, ni nombor Putrajaya ni..apahal ni...aku yg tengah  nak isi minyak di Hentian Pagoh terus dgn kelam kabutnya menjawab telefon...

Si pemanggil terus kata "ada berita gembira untuk puan"...aku terus panik...takut!!! hahahahaaa :D dalam hati sungguh gembira tak terhingga tp xmo excited cam dulu..aku nak cool je..rilex..rilexxxx..rezeki tak kemana...tapi En Tunang pulak yg terlebih gembira...(hover kan?!) ngeeeee

Tapi apepun aku tetap bersyukur dikurniakan berita gembira di hujung tahun 2010 ni...harap2 semua berjalan dgn lancar...

~~cuti yg penat~~

Selepas berhari2 cuti akhirnya hari ni masuk kerja..tapi berita gembira esok iaitu Jumaat cuti lagi...huhu (^_^) Tapi gembira ke aku??..kalut adalah..dgn nak menguruskan perpindahan Dato', dgn nak menguruskan "berita gumbira" aku tu...hai..haiiiiii....

Cuti sepatutnya berehat tapi bagi aku cuti kali ini x sempat nak berehat langsung..Sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan nanti..Alhamdulillah, semua dah hampir siap...tinggal tunggu majlis besarnya nanti...Walaupun penat tapi puas!!!

Sekian...(tetiba semalam dapat "berita gumbira"!!!!)

Friday, December 24, 2010

~~25 Disember 2010~~

Esok Sabtu bersamaan dengan 25 Disember 2010 bersamaan jugak dgn X-mas day adalah hari untuk balik kampung terchinta!..jumpa mak, family dan tentulah En. Tunang tersayang...*wink*wink*

Akan bercuti sedikit panjang dihujung tahun ini...bukan berehat ye tapi adalah dengan tujuan untuk melakukan persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan nanti...(lepas ni x cuti dah sampai majlis kawin nanti..uhukkkk)...

Agenda di hari cuti:
1.  Menghantar borang nikah dan menjalani sessi temuduga di Pejabat Agama Islam
2.  Mencari souvenir
3.  Meneman emak ke Air Hitam (mak nak cari barang tuk majlis kawin nanti)
4.  Menghantar kereta comel ke workshop..(ishk, nak manja2 plak si comel ni)
5.  Mentrim rambut
6.  Menempah baju nikah dan baju sanding
7.  Tengok wayang dengan En. Tunang...heheheh ^_^

p/s:  so much things to do...x berehat la gamaknyer...erm, tapi xpe, biar penat sikit asalkan semuanya settle...

Monday, December 20, 2010

~~tukar~~

mungkin dah sampai masanya untuk aku pindah dan tinggalkan tempat yg dah masuk 13 tahun aku jadi penghuninya...before ni pun memang rasa nak pindah tapi berat hati..tapi sejak dua menjak ni memandangkan en. tunang aku selalu je suruh pindah balik JB dan memikirkan segala kemungkinan2 yg ada..jadi keputusan nekad telah dibuat dan akhirnya "surat permohonan pindah" telah di sign dan di bawa ke pihak atasan untuk tindakan selanjutnya...

erm..agak2 berapa lama la yerk proses nak pindah ni?..aritu dah call tp katanya kat JB setakat ni xde kosong..huwaaaa

p/s:  will be missing Midvalley, Sunway Pyramid, The Curve, Jusco Bukit Raja, Sogo, Jalan Tar, One Utama...uhuk uhukkkk :(

Wednesday, December 15, 2010

~~penangan jarum~~

adeh!adehhh!! sakit gak penangan jarum ni..bengkak sikit hujung jari manis aku...bila kena lagilah macam kejung, kejang satu badan..huhu ^_^

sebabnya???? nak ambik darah buat ujian HIV untuk nikah kahwin..

keputusan??? negatif la...

p/s:  nurse kata "ok kamu semua boleh kahwin"..yahhoooooo!!!

~~teater Tun Mahathir~~

paper utusan hari ni kata teater "Tun Mahathir" akan dipentaskan semula di Istana Budaya...pelakon semua akan dikekalkan kecuali Erra Fazira yg pegang watak Tun Siti Hasmah dan Zizan Nin yg pegang watak Tun Mahathir waktu umur remaja...pelakon utama Isma Daniel masih memegang watak Tun Mahathir dewasa..so agaknyer siapa ye yang layak ganti Erra utk pegang watak Tun Siti Hasmah???

barisan pelakon teater "Tun Mahathir"

pementasan yg pertama dulu aku pergi dengan Cik Ismawaty, tu pun sebab kawan dia ada tiket lebih..so dapat lah aku tengok teater untuk pertama kalinya dlm hidup aku pada 3/10/2010 @ 3 petang..



overall citer tu memang ok dan sangat berpuashati...cuma 3 jam tu mmg lah tak cukup nak pentaskan semua perjalanan hidup Tun...cuma part2 yg penting sahaja ditunjukkan...zaman kecil, zaman remaja dan dewasa sehingga Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia..(that was the part yg aku paling sedih sekali, menitik jugak airmata ni)...

barisan pelakon utama...sila abaikan dua org yg menyelit itu.. :D
perjuangan Tun Mahathir untuk Malaysia memang tiada tolok bandingnya malah beliau dihormati di seluruh dunia...dan kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur dikurniakan pemimpin seperti beliau..

dapat ambil gambar dgn Tun mcm ni pun dah kira ok..
nak ambil gambar real tak tau bila..

p/s:  nak tengok sekuel Natrah pulak coz dah tengok Natrah kat TV1..

Tuesday, December 14, 2010

~~klinik oh klinik~~

beberapa minit lepas aku call 1 of the clinic kat area sini...tujuan menelefon adalah untuk membuat ujian HIV untuk melengkapkan borang2 nikah..memang bersemangat lah nak buat dan kalau boleh memang nak settlekan cepat and since boss pun xde hari ni tu yg nak pergi tu....

tapi malangnya bila menelefon tu aku dapat jawapan yg mcam kurang best sikit dan buat aku sentap dgn jawapan2 dari si penjawab telefon yg bersuara merdu itu...

aku:  selamat pagi, cik sya nak buat ujian hiv untuk nikah la..
clinic:  cik, maaflah kita xde borang lah..borang dah habis
aku:  borang dah habis? tapi sya dah ada borang dari jabatan agama islam..
clinic:  oh, klinik ni ada borang sendiri..cik cuba jelah datang sini tengok kita boleh buat ke tak guna borang cik tu..
aku:  ha? datang je?? abis kalau tak boleh buat macamana?
clinic:  nanti kita tengok borang tu boleh guna ke tak..kalau tak boleh cik kena tunggu borang klinik jugak!
aku:  ok abis tu bila borang nak ada?
clinic:  tak tau lah cik...

ermmm...jawapan tipikal. tak tau..tak tau...tak tau...bukan lah nak kata x efisyen tapi ntah la...so yg jadi mangsa pelanggan2 kepada clinic itu..

p/s:  bilalah nak berubah?

Wednesday, December 8, 2010

~~terima kasih teman~~

perkenalan kami bermula dari tingkatan 4, sekolah menengah vokasional azizah...kami lain aliran, aku SK dan "dia" ambil RF.."dia" ni orangnya kelakar sikit, suka jugak bercakap, kuat makan tp badan maintain (jeles aku..hehehe), cerewet pun ada sikit tp overall "dia" ok dan entah macamana aku boleh plak ngam dengan minah sorang ni..kami berkawan baik sepanjang dua tahun dekat SMVA dan berlanjutan hingga ke hari ni...walaupun pernah ada perselisihan faham antara kami tapi akhirnya semua back to normal....

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yg teramat sangat kepada "dia" yang bernama "Roslaila bt. Hassan @ Lela" kerana telah sudi menemankan saya sepanjang majlis pertunangan tempoh hari...

p/s:  x sabar nak tunggu hari bahagia ko plak Lela.. :D

~~hijrah~~

hari ni merupakan hari kedua di permulaan tahun islam 1432H....ikut calender islam dah bertambah umur, if ikut calender omputeh, lum lagi..tapi apepun semakin umur meningkat dewasa semakin kita menginsafi diri..perlu membuat perubahan dalam kehidupan, berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..

"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayahmu untuk aku berubah kearah kebaikan..Sesungguhnya aku hanya bermohon kepadamu Ya Allah"... amin..

terlintas di fikiran untuk melakukan suatu perubahan..semoga dimakbulkan...InsyaAllah...

Monday, December 6, 2010

~~macam air~~

persiapan perkahwinan dah 3/4 siap..tempahan semua dah buat..bila dah makin dekat every weekend mesti kuar carik barang hantaran coz now kan tengah "Year End Sale" @ YES...time nilah barang boleh dikatakan murah sikit tambah plak nak x-mas ni..tp "kegilaan shopping" aku masih terkawal coz tetiba datang keinsafan, kewarasan, kesusilaan..hehehe..well tambah plak kat kepala otak ni dah set "kuar cuma nak beli barang hantaran je..tempahan yg lain belum bayar lagi..duit pun banyak nak guna nih!".. 

setelah dihitung, ditambah, dikali, dibahagi dan sebagainya, bermula dari majlis merisik sampai la ni..duit mcm air keluarnya....adoiii..ermmm, yelah aku pun bukan anak org senang yg mak bapak boleh sponsor majlis perkahwinan..bila dah semakin besar dan matang, fikiran lebih terarah kepada responsibility nak menguruskan majlis sendiri tanpa menyusahkan keluarga terutama mak tersayang...

p/s:  duit keluar macam air..tp nak menyimpannya perit sangat (aku le tuh..org lain senang kot)

Thursday, December 2, 2010

~~05.02.2011~~

kawan2 tersayang..insyaAllah kalau xde aral melintang dan diizinkan Allah..05.02.2011 bersamaan hari Sabtu yg indah akan berlangsung majlis perkahwinan si puteri bongsu..jadi sila2 lah mengosongkan diary anda untuk program/agenda lain pada hari tersebut..tulis kat diary besar2:

05.02.2011
"OJA KAWIN, MUST COME!"

Wednesday, December 1, 2010

~~cherita sekitar majlis pertunangan~~

alhamdulillah..majlis pertunangan yg berlangsung pd 28/11/2010 jam 11.00 pagi sungguh meriah dgn kehadiran sanak saudara, jiran tetangga dan pihak lelaki..majlis yg pada mulanya kecil2an tiba2 mcm majlis besar2an pulak..puteri bongsu yg dah siap dimekap menunggu dlm bilik dgn penuh debaran..dup dap dup dap.. tp sempat jugak berposing-posing dlm bilik..hehehe




lepas pihak belah lelaki dan belah perempuan habis berbincang, mak tanpa membuang masa terus panggil puteri bongsunyer ke "mini pelamin" untuk majlis sarung cincin....melangkah je keluar dari bilik terkejut tgk ramai tetamu yg memenuhi hall depan...aduhh!! bertambah la debaran si puteri bongsu..

    




cara kemuncak majlis pertunangan ini ialah acara menyarung cincin..si puteri bongsu yg penuh debaran dipersilakan duduk di mini pelamin..dan seterusnya disarungkan cincin (dlm ati "mak aiii..besornyer cincin!!), bersalaman dan peluk cium bakal mak mentua...



(besor kan cincin tunang aku, longgar plak tu..adeiiii)

selesai acara sarung cincin, tetamu makan dan sementara dia org makan2 jadi si puteri bongsu pun masuk bilik semula belek2 hantaran pihak lelaki bagi..sambil posing2 sikit..


bagi chance dia org makan dlm 10 minit, pastu si puteri bongsu pun kuar balik tuk salam2 dgn tetamu, jumpa si encik tunang dan meneruskan sesi fotografi..click!click!click!!!






bila habis sesi bergambar dgn lokman, si jurugambar (gambar yg photographer ambik x siap lagi ye, sila tunggu next entry) semua tetamu dan wakil pihak lelaki pun balik..maka yg tinggal saudara mara dan family..bukak rambut palsu, tukar baju dan meneruskan sesi bukak hantaran (anak sedara dah merajuk2 nak coklat, buah etc).


(make up x buang lagi, rambut masih keras dek kerana spray)
usai majlis, jelas tergambar  di wajah mak yg dia puas kerana akhirnya si puteri bongsu dah bertunang dan 2 bulan lagi insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan....dalam kemeriahan majlis pertunangan tu..hati sedikit terusik bila terkenangkan arwah abah yg telah meninggalkan kami..kalau arwah ada, mesti arwah abah orang yg paling happy, senang hati dan puas tengok puteri bongsu bakal menamatkan zaman bujangnya x lama lagi...(al-fatihah utk arwah abah tersayang)..

akhir kata; SELAMAT BERTUNANG FAUZIAH & WAN MOHD GHAUTH!!!



p/s:  bila tiba acara kemuncak, tetiba bateri camera aku abis..alamak!!! kena tunggu gambar dari photographer la yerk..sorii

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...