CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 23, 2010

~~"KICK START": aku sbg pelakon pembantu~~

Dua minggu raya my best fren 4ever "Aaron" called asking me whether i'm interested to berlakon or not coz kawan dia known as "Bala" tengah mencari pelakon tambahan tuk short movie named "KICK START"..and my answer of tak lah kan sambil gelak2..told him that i'm too old nak belakon lah..lagi pulak malu pun ada..bukan saje malu tapi tersangat malu nak berlakon depan2 orang...ishhhh, idok le teman mau! hehehe

Bila kami dah agree yang aku xnak belakon but in the last minute Bala insist gak nak aku berlakon (aku yg tiba2 mcam kesian kat Bala, walaupun tak kenal dia terus je kata "ok")..and some more mintak pulak aku datang dgn pakai baju kurung..OMG!!!

Disebabkan hari yang sama tu ada jemputan kahwin anak "Kak Mahyum" so aku pakai lah baju yg sama tuk belakon tu...kira ok lah kan..(coz aku bukan la orgnyer yg suka pakai baju kurung, kebaya time2 hari bukan kerja)..
(sempat pergi majlis kawin dulu..layanzzz makan..hahaha)
After wedding tu, Aaron pun datang pick me up and terus ke tempat penggambaran which is kat area Bukit Tinggi Klang sana tu...dan bila sampai sana tu, tanpa membuang masa aku pun diperkenalkan kepada Bala, Mahendra and dua tiga org lagi pelakon yg aku lupa nama dia..(sebenarnya aku x dengar sgt nama dia org masa diperkenalkan tu sebab tgh berdebar2 dan berpeluh sejuk)...

Mr. Mahendra pun terus je bagi aku dialog book and bagi tunjuk ajar sikit apa yg patut aku buat..watak aku ialah "seorang isteri yg tengah tunggu si suami nak ambil dia kat bus stop, then datang sorang budak india tengok2 dia dan terus membuatkan dia takut dan risau..bila si suami sampai dia rushing g kereta sampai tertinggal purse kat sana"..see, told ya kan that my scene sikit je..dalam hati kata "oh, selamat..dapat lah balik awal and terus pegi buat facial coz dah buat appointment dgn Ginny"...tapi scene yg sikit tu menjadi lama (hampir 2 jam lebih dan aku terpaksa cancel facial) disebabkan aku yang asyik nak ketawa dan buat salah je..watak pelakon yg jadi suami aku tu pun banyak gak buat salah..kelakar tul coz semuanyer pun x penah berlakon except pelakon utama tu kot..hehehe

(salah satu scene dalam short film "KICK START")

Habis berlakon terus je gi makan kat Hainan Kopitiam coz Aaron lapar giler...on d way tu kita org borak2 and aku terus je ckap kat Aaron "i tak nak belakon lagi, x reti lah..dah la panas berpeluh2, tu pun nasib tak ramai, if ramai lagi haru"...Aaron gelak je sambil kata "ala Gia, u baru lagi..nanti dah lama ok lah"...me "what??nanti??no more..1 is enough"....hehehehe :D (dalam hati sibuk berfikir "macamanalah pelakon2 tu boleh berlakon kan..kot memang they born to be an actor n actress kot??!!"..no comment..)

Lebih kurang sebulan lebih lepas penggambaran hari tu..secara official nyer pada 15hb November 2010 bersamaan hari Isnin, filem ni pun dilancarkan untuk BMW Shorties 2010 "People's Choice Award"...dan tercalon dalam Top 10..not bad kan?? amin!!! (judges ada 4 orang termasuk Sharifah Amani)...


(must watch this short film!!)

jadi kawan2ku sekalian..silalah layari http://www.bmwshorties.com.my/showcase.aspx#menu and click for "KICK START"...

p/s:  1 Malaysia, 1 Negara dan katakan tidak kepada "RACISM"... (^_^)

Monday, November 22, 2010

~~hantaran: my personal touch II~~

kali ni citer tentang hantaran tuk pihak lelaki pulak..tema belah pompuan is "white + pink"...again konsep hantaran tersebut adalah simple & nice (nice di mata aku..dimata org lain xtau..hehehee)...


bahan2 yg diperlukan...

hasil sentuhan jari jemariku..

ala2 mcm ni la nanti..

p/s:  mungkin ada yg kata "simple sangat" tapi inilah konsep yg cuba aku terapkan "Less Is More....i like simple n eh, ni majlis aku lah...heheheheheee :D

******************************************************************

jenjalan kat Ikea dgn my niece n her friend...makan "meatball" n "daim cake"..gulpp..gulpppp..yummmyyy!!! then straight to E@Curve, singgah Watson dan meneruskan perjalanan ke Cineleisure...saje la usha2  whether ada ke x rejeki nak tgk HARRY POTTER..n eh! eh! seat still available lah..ape lagi..terus melakukan perbincangan dgn para pengikut dan terus zasssssss!! "harry potter for 3 person"... puas hatiku...dapat pulak seat "right in d middle"..fuh memang syiookkkk


p/s:  x sabar tunggu Harry Potter Part II...

~~nilai 3~~

last friday aku n Shila ke Nilai 3 yg terkenal sebagai "1 STOP CENTRE UTK BARANG PERKAHWINAN"..bukan je barang kahwin yg ada tp macam2..karpet, langsir, baju, brg perhiasan rumah dan sebagainya.. ...tapi tujuan utama aku ke sana adalah mencari barang2 utk tunang dan kahwin nti...

actually ada je tempat lain i.e Air Hitam, which terletak kat negeri terchinta aku "Johor"...tp aku anak Johor yg ala2 gedix ni saje nak cuci mata jenjalan kat Nilai 3..bak kata pepatah:  jauh perjalanan luas pemandangan..ahaksss :D

odw to nilai cuaca sungguh terang dan awan cantik sekali...cakap kat Shila "panas giler mesti terbakar kulit kita jalan2 dari satu kedai ke satu kedai"...tp nak buat macamana kan..syukur lah x hujan..if x lagi susah nak berjalan..


(destinasi pertama "Thank Q")
 
(cantik2 gubahan kat sini..harga pun "cantik" gak!)

(hanya mampu "ermmmm" sahaja)

(bunga telur)


(sibuk pilih memilih)
after masuk a few kedai (Thank Q, Mayang Sari, RZ, bla..bla..bla..x ingat nama) n compare2 harga (sampai aku pening dok ingat harga mane yg murah), so i've decided utk membeli barang2 yg berkenaan di kedai ......(alamak lupa nama lah tp kedai yg first sekali)..banyak juga la hasil yg aku dapat kat nilai 3 ni...

dek kerana kepanasan dan kebahangan yg teramat sangat...kepalaku terus ting tong dan sakit yg amat sangat..drive dlm kesakitan..balik rumah ape lagi, mandi, telan actifast 2 biji dan terus ZZzzzzZzz nyenyak sampai ke pagi...

(terima kasih kerana melegakan kepala saya)

p/s:  tips tuk kengkawan, bila membeli di nilai 3 masuk la semua kedai then baru decide nak beli kat mane..takut nti menyesal pulak bila dah beli n masuk plak kedai lain ada yg lebih murah dan cantik..dan 1 lagi tips, siapa2 yg suka sakit kepala dan alahan kepada cuaca panas, anda dinasihatkan x yah gi sini nti lagi sakit kepala tahap gaban sebab tempat ni sungguh panas!!!! sekian... ;)



Friday, November 19, 2010

Thursday, November 18, 2010

~~survey kad kahwin~~

majlis kahwin lagi 2 bulan lebih je..alamak persiapan masih ala2 je..susahnyer bila sorang kat sana sorang kat sini..nak jumpa pun jarang..dugaan betul..tambah pulak bila persiapan semua aku yg uruskan..nak harapkan "bakal en. suami"??erm..NO COMMENT!

disebabkan xde masa nak survey sana sini, jadinyer internet jadi penyelamat..ari tu photographer pun aku cari thru internet je..dah booked dah pun..SETTLE!

skrg ni pulak menguruskan kad kawin..adoyaii..setelah penat survey menyervey kat internet ni ha...so at last i've decided to choose kad at http://www.kadkahwinku.com/ harga ok gak lah..ada yg murah, ada yg mahal..so pilih jelah..dan semestinye pilihan aku yg ala kadar je harganyer, simple n ala2 menarik..x nak "hover budget"..coz banyak lagi benda nak dibayarnyer...kena beringat lah kan!! (pesanan tuk diri sendiri)

kad pilihan aku adalah jenis yg simple je mcm gambar kat bawah ni..kad emboss dia org panggil..so if xde halangan nti kad kawin yg bakal menemui korang tuk wedding aku adalah ala2 mcm ni lah ye..hehehehe (^_^)






Tuesday, November 16, 2010

~~salam aidiladha~~

saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" untuk semua...

..saya akan menjadi mangsa korban sekejap lagi..amin....

~~hantaran: my personal touch~~

Last weekend sibuk kat rumah..menyaipkan hantaran utk majlis tunang nti...dua2 belah pihak pun aku yg kena sediakan..tp last weekend cuma sempat siapkan hantaran lelaki nyer..

Nak kata chantek sgat tu xde lah kan..boleh la untuk aku yg x pernah pun mencuba benda2 mcm ni..tgn x berapa nak lembut la..otak pun x berapa nak kreatif..ikut suka sendiri je...as long as ati aku suka!! (padahal dlm ati siap memuji diri sendiri dgn kata "eh, cantik gak hasil sentuhan aku ni!!")



(.....my personal touch....)

p/s:  gambar2 diatas adalah sama cuma pencahayaan je yg lain..hehheee :D

Monday, November 15, 2010

~~bila "cik bulan" datang~~

every month "cik bulan" x pernah missed datang..just on time, if lewat pun cuma beberapa hari awal or beberapa hari lambat..

bila "cik bulan" nak datang ataupun dah datang, mulalah simptom2 yg pelbagai as listed spt di bawah ni pun datang:

1.  sakit pinggang
2.  mual
3.  pening
4.  sakit perut (tp bukan period pain)
5.  nafsu makan yg membuak
6.  marah (yg selalu jadi mangsa "bakal en suami"..sori abg)
7.  breast bengkak
8.  perut memboncit

tu antara simptom yg kadang2 datang menjelma bersama "cik bulan" kita..maybe ada lagi kot tp aku lupa..korang pun ada tak kena simptom2 yg sama mcm aku ni?

p/s:  terima kasih kepada cik "SOFY" dan cik "LIBRESSE"..

~~laporan penilaian prestasi~~

setiap ujung tahun bulan october/november mesti je admin distribute borang laporan penilaian prestasi ni ha..



setiap tahun pun isik dia mesti ala2 lebih kurang..just follow je..

kawan2 yg keje gomen selamat mengisi borang laporan prestasi anda!!

p/s:  agak2 tahun ni dapat "Anugerah Khidmat Cemerlang" x??hehehe :D

~~sibuk~~

minggu2 yg sibuk menyiapkan HANTARAN bagai...letih otak! xde idea..
fuhhhh!!!

Tuesday, November 2, 2010

~~ciri-ciri isteri yg baik menurut Islam~~

Sementelah x lama lagi akan bergelar seorang "isteri", jadinyer pembacaan adalah kearah itu utk menambah pengetahuan dan insya-Allah utk menjadi "isteri kebanggaan suami"..apatah lagi bila menyedari yg ilmu dekat dada masih ala2 belum penuh.. jadi untuk penambaikan jom kita sama2 baca apa ciri2 isteri yg baik menurut Islam untuk melahirkan satu rumahtangga yg bahagia dunia dan akhirat..

GAMBAR KAHWIN AIDA ARIS
(gambar adalah hiasan semata-mata)

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik."

Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan.

Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.

" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.


2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan

Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.

Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.

Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.

Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.

Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya


3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya

Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya.

Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.

Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.

Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.

Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.


4. Malu dan taat

Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.

Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.


5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya

Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.

Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.

Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.

Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.

Monday, November 1, 2010

~~gym oh gym~~

last saturday borak2 dgn bakal en suami..dari satu topik ke satu topik..isu semasa, isu politik, isu tunang, isu kawin, isu itu dan ini...dan TIBA2 bakal en suami kata:

bakal en suami:  "yang, abg rasa ayg ni mcm dah gemuk sikit lah".....

bakal pn isteri:  "ala..ye ke bang, cane ni?? ayg takut lah..huwaaa...huwaaaa"...(sambil bt aksi panic giler ala2 manja)

bakal en suami:  "ayg pegi la gym..xyah nak mkn2 pil lah apelah..gym lagi bagus"

bakal pn isteri:  "gym?? ala..ayg mana ada duit nak g gym..lainlah if abg sponsor...hehehehe " (tipu lebih!)

bakal en suami:  "yelah2 abg sponsor tapi half je.."

bakal pn isteri:  "ok lah camtu..since abg nak sponsor ayg survey2 dulu gym mane yg ok ye"

bakal en suami:  "good...camni la bakal isteri mithali"..

end of conversation!!!

note:  akceli bakal en suami bukanlah jenis yg cerewet sangat dan memilih2 dan suka komplen cuma mungkin dia nak bakal puan isteri cantik di mata dia especially bila naik pelamin nti...bakal en suami selalu kata "abg bukan memilih sangat tp if ayg cantik tu bonus utk abg"

p/s:  tgh survey gym area shah alam..

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...