CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 14, 2010

zoom "BEIJING"

Sekarang ni kena rajin2 meng"google" cari info about BEIJING...al-maklumlah aku bakal tercampak di sana...tp sah2 yg selalu aku google kan ialah tempat2 best kat sana (kaki jalanlah katakan n as Beijing mmg salah satu tempat yg aku mmg plan tuk pegi)...ahaksss :D

Jom kita belajar serba sedikit pasal BEIJING ni...asal usulnya, cuacanya, bandarayanya, budaya, tarikan pelancong n bla..bla..bla...

BEIJING dahulunya dipanggil Peking, ialah sebuah bandaraya metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China.
BEIJING ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai dengan kepadatan penduduk melebihi 17 juta orang.  Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar.  BEIJING merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai dan Hong Kong pula menguasai bidang ekonomi.
Iklim bandar raya BEIJING ialah iklim kebenuaan lembap yang dipengaruhi oleh monsun (Pengelasan iklim Koppen Dwa). Musim panasnya panas dan lembap, disebabkan oleh monsun Asia Timur, dengan musim sejuk umumnya sejuk, berangin, dan kering, disebabkan oleh pengaruh antisiklon Siberia yang terbentang luas.  Suhu tinggi waktu siang purata pada bulan Januari sekitar 1°C (33°F), manakala suhu purata pada bulan Julai adalah sekitar 30°C (87°F). Suhu tertinggi yang pernah dicatat ialah 42 °C, dengan yang paling rendah ialah -27 °C.  Pada 2005, jumlah hujan ialah 410.77 mm. Kebanyakannya turun pada musim panas.  (x dpat nak main salji..huwaaa).   
Kebudayaan BEIJING amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia ribuan tahun di kawasan BEIJING kini sejak abad ke-1 SM lagi. Anak kelahiran bandar BEIJING menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam bahasa pertuturan Mandarin. Dialek BEIJING ialah asas kepada bahasa Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan Singapura. (eh, dulu aku blaja mandarin as third language..kena blaja balik nih).
BEIJING ni terdapat banyak tempat2 menarik yg boleh kita lawati (ni bab yg paling BEST!), contohnya (layan map ni jelah, biar map plak yg bercherita..ada tunjuk tempat2 menarik sekitar BEIJING):


MARAH & GERAM!!!!

sesungguhnya saya teramat MARAH & GERAM hari ini dan semalam dan semalamnya dan semalamnya jugak!!!
agak2 apa yg x kena dgn blog saya ni ye?? adoyaiiiiiiii

ARGHHHHHHHH!!!!!

Wednesday, October 13, 2010

kisah & tauladan "CHERITA PAKU"

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. . Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT, TEMAN, KAWAN..."sesungguhnya kamu semua amat istimewa di hati saya..."

~teman suka duka since 1998~
Anis, Farah & Kerun


~teman serumah~
Kerun & Nurul

 
~teman sekelas, se"assignment" degree~
Hani & Isma

BERITA TERKEJUT & MENTERKEJUTKAN

last friday, 8hb oct 2010 dapat col from JPA..

"jpa:  boleh cakap dgn Cik Fauziah?
me :  ye saya bercakap...
jpa :  mengenai posting Cik Fauziah tu, cik ditempatkan di China
me :  China??ok, tq.. (reaksi blur2x)
jpa :  sila lapor diri di MOF ari isnin ye
me :  what???" (reaksi tekejut)


~~Map of China~~

China oh China....agak2 which part of China ya?? (sila berteka-teki sambil tgk map di atas) heheee ;D
separuh hati ni happy..separuh lagi bercampur baur; sedey, takut, risau etc..
nak lepas sayang...yelah peluang pun bukan dtg selalu kan...ape kata org putih tu
"opportunities never come twice"...

erm....

Tuesday, October 12, 2010

GLOBAL WARMING..

semenjak dua menjak ni bahang kepanasan terasa sangat..time siang tu xlah rasa sangat coz sah2 la aku kat opis..dok dlm "ekon"..(selamat skt)

asal malam menjelang bahang kepanasan sungguh membuat aku letih, x selesa, peluh..adoyaiii..nak tido lagik lah, lemas rasanyer..bangun pagi badan terus je rasa melekit..x selesa sungguh!!

benda ni berlaku disebabkan manusia2 durjana kat luar sana tu x reti menghargai alam sekitar..x syg bumi..akibat "ketamakan melampau"!! dan terjadilah "PEMANASAN GLOBAL@GLOBAL WARMING"..so siapa nak bertanggungjawab ni?? sendiri jawab lah ye...

p/s: sayangi bumi kita.. ("",)

Thursday, December 10, 2009

WELCOME YEAR 2010..

2010????fuh!tahun keramat ni..nak tau kenapa???coz no more 2 in front of my age..will start with 3!!so maknanyer i'm going to be 30!!! 30???30??30?????? erm..semakin matured...makin jelita??jawab la sendirik ye soklan cepumas tu..kekekkek :) **nak kutuk??x baik tau..terima jelah seadanyer** n semakin banyak lagilah pengalaman pahit manis in my life..pengalaman tukan cikgu yg paling mahal dlm hidup ni..so thanks kepada "en/cik pengalaman".. semoga tahun 2010 lebih membawa seribu, puluh ribu, ratus ribu n jutaan kebahagian dalam hidup ni..insyaALLAH..amin.

Tuesday, August 25, 2009

menjelang kemerdekaan...

merdeka datang lagi.. cuma kali ni dibulan yang mulia..bulan ramadhan..seperti tahun2 sudah bnyak la pulak bendera malaysia yang tergantung sana sini..yang terlekat di kereta n bermacam2 lagilah style yang ada. tp tahun ni agak berlainan (pada pandangan akulah, korang aku xtau)..kereta pun mcm x banyak je yang letak bendera (termasuk kereta aku..hahaha)..bangunan kerajaan pun mcm kurang jerk..kat jalan2 di sekitar shah alam n especially di pusat bandar seksyen 14 pun aku mcm x nampak...ntah kot2 aku yang rabun kot (atau awal sgt nak letak bendera??)..cuba korang pun teliti gak n correct me if i wrong.. mmg aku akui aku x pasang bendera kat kete aku yang comel tu..(perasan la plak..eh, tp mmg pun comel), tp semangat kemerdekaan tetap ada dalam jiwa aku..bila tgk balik cite2 bukit kepong, leftenan adnan etc..aku terasa gak kepayahan orang dulu2 yang berjuang menuntut kemerdekaan..ye, x dinafikan aku dilahirkan 23 tahun lepas kemerdekaan..tp bila merenung balik dan membayangkan zaman dulu2..mmg susah aku nak gambarkan..dgn susah nak makan, xde elektrik mcm skrg, mandi air perigi, xde internet, xde fastfood, xde shopping complex dan bermacam2 lagi yang xde.. dan semakin aku dewasa, aku lebih memahami apa yang erti kemerdekaan..bukan sahaja merdeka untuk negara, tp juga untuk diri sendiri...kemerdekaan yang bermacam2..berjela plak if aku senaraikan nanti.. apepun, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI KEMERDEKAAN" pada diri aku dan semua yang membaca blog ini..m ari kita panjatkan kesyukuran kerana negara kita masih aman dan damai..bersatu seperti kata PM kita "SATU MALAYSIA"...aku berterima kasih pada semua pejuang2 negara yang telah berjuang untuk kemerdekaan MALAYSIA..
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!!!!!

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...