CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 14, 2010

zoom "BEIJING"

Sekarang ni kena rajin2 meng"google" cari info about BEIJING...al-maklumlah aku bakal tercampak di sana...tp sah2 yg selalu aku google kan ialah tempat2 best kat sana (kaki jalanlah katakan n as Beijing mmg salah satu tempat yg aku mmg plan tuk pegi)...ahaksss :D

Jom kita belajar serba sedikit pasal BEIJING ni...asal usulnya, cuacanya, bandarayanya, budaya, tarikan pelancong n bla..bla..bla...

BEIJING dahulunya dipanggil Peking, ialah sebuah bandaraya metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China.
BEIJING ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai dengan kepadatan penduduk melebihi 17 juta orang.  Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar.  BEIJING merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai dan Hong Kong pula menguasai bidang ekonomi.
Iklim bandar raya BEIJING ialah iklim kebenuaan lembap yang dipengaruhi oleh monsun (Pengelasan iklim Koppen Dwa). Musim panasnya panas dan lembap, disebabkan oleh monsun Asia Timur, dengan musim sejuk umumnya sejuk, berangin, dan kering, disebabkan oleh pengaruh antisiklon Siberia yang terbentang luas.  Suhu tinggi waktu siang purata pada bulan Januari sekitar 1°C (33°F), manakala suhu purata pada bulan Julai adalah sekitar 30°C (87°F). Suhu tertinggi yang pernah dicatat ialah 42 °C, dengan yang paling rendah ialah -27 °C.  Pada 2005, jumlah hujan ialah 410.77 mm. Kebanyakannya turun pada musim panas.  (x dpat nak main salji..huwaaa).   
Kebudayaan BEIJING amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia ribuan tahun di kawasan BEIJING kini sejak abad ke-1 SM lagi. Anak kelahiran bandar BEIJING menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam bahasa pertuturan Mandarin. Dialek BEIJING ialah asas kepada bahasa Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan Singapura. (eh, dulu aku blaja mandarin as third language..kena blaja balik nih).
BEIJING ni terdapat banyak tempat2 menarik yg boleh kita lawati (ni bab yg paling BEST!), contohnya (layan map ni jelah, biar map plak yg bercherita..ada tunjuk tempat2 menarik sekitar BEIJING):


No comments:

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...