CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 24, 2013

~Europe Trip: Manchester~



Bercuti dengan mengambil kereta sewa tetiba rasa macam cuti-cuti di negara sendiri! Lagi mudah untuk yang beranak kecil dan destinasi pulak ada few places.  Dengan berpandu arahkan "Cik Tom-Tom" maka perjalanan menjadi mudah.  Yang penting tahu alamat dan kod sesuatu tempat yang kita nak tuju.  Tak sesat dan rasa macam orang England pun ada..muahahahaha

Entry kali ni memandangkan ada tiga tempat or maybe more, jadinya kena ada Part 1, Part and Part 3. Promise sampai Part 3 je, not more than that!

So, here we go! MANCHESTER

Sepanjang percutian memang kami tido di Manchester, paling tepat di Premier Inn Old Trafford.  Very near to Manchester United Stadium.  Jalan kaki 3 minit dah sampai, kiranya macam sejengkal ajerlah. Duduk di Old Trafford relax sikit yang penting hotel mesti ada tempat parking kereta yang free.


Tambah pulak kat sini memang senang sangat nak dapat makanan halal.  Kalau bermalam di bandar, susah sikit la gamaknya.

Since agak lama kami bermalam di Old Trafford, lebihkurang 4 malam, jadi haruslah kami mengadakan lawatan manja ke Tesco (oh, lama giler tak pergi Tesco)..yang best tak orang pun masa kami pergi sebab dah pukul 12 tengah malam (Tesco buka 24 hours).


Sebenarnya percutian kali ni boleh disimpulkan setiap tempat yang kami lawat mesti je akan singgah di stadium sebab Daddy adalah peminat bola sepak (kecuali masa di Milan, takde mood sebab kena copet).  Tarikan utama di sini macam yang saya kata ialah stadium bola sepaknya, memang gah!  Di Manchester terdapat dua stadium iaitu Manchester United Stadium dan Etihad Stadium.  Satu terletak di Old Trafford dan satu lagi terletak di kawasan bandar Manchester atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Manchester City *wink*

Dua gambar di bawah ni yang color-color merah adalah Manchester United Stadium @ Sir Alex Ferguson Stand.  Kami tak masuk dalam sebab mostly sama je kot macam yang ada dekat Stadium Santiago Bernabeu (milik Kelab Real Madrid).



As Daddy bukan lah die hard fan MU maka bila masuk store dia tu takde apa pun yang kami beli kecuali yang ni untuk our beloved Zara!


Next destinasi kita ikut jelah Cik Tom-Tom kita! Hehehe


We went to Etihad Stadium (dimiliki oleh Manchester City Fan Club)  yang terletak di kawasan bandar (sebab tu nama kelab tu Manchester City).  Kali ni tema dia biru-biruan pulak!



Habis buat lawatan kedua-dua stadium, kami teruskan perjalanan ke Trafford Centre!  Iaitu shopping complex terbesar yang ada di Old Trafford.


Di sini kami jalan-jalan cuci mata, masuk satu kedai ke satu kedai dan makan!




Cukup la kot! Kang oullsss boring pulak entry panjang berjela ni.

....akan bersambung with Part 2 ok! Dadaaaaaa


Wednesday, October 23, 2013

~Holiday again~


I'm going for a holiday again!

But the thing is.... cerita holiday yang lepas pun tak habis lagi..

Oh my!


Friday, October 18, 2013

~Europe Trip; MILAN (kena copet)~


Kena copet! ataupun..

Kena seluk! atau ayat yang lebih sesuai dalam kes ini ialah...

Beg diseluk oleh penyeluk saku!!

Cerita ni dah selalu dengar, even kat Malaysia pun kes sama jugak. Modus operandi adalah ditempat-tempat awam, di dalam kesesakan bus, dalam keretapi, dalam metro dan lain-lain tempat awam yang sesak.

Selalunya mereka yang melakukan perkara terkutuk ni memang expert dalam bidang mereka.  Sampaikan si mangsa langsung tak perasan.  Yelah kan beg punyalah berzip tapi macamanalah si pencopet boleh bukak pun tak tahulah.  Ada tu yang letak handphone atau wallet kat dalam poket belakang seluar.  Yang ni selalunya orang lelakilah yang buat.  Tapi memang tak rasa bila si pencopet tarik! Fuh, memang salute lah dia orang buat kerja!

Tapi mereka ni sungguh KEJAMMMMM dan TAK MUNGKIN DIMAAFKAN oleh saya sebab saya adalah salah seorang mangsa kekejaman mereka!

Kes ni bukan berlaku kat Malaysia tapi di  Milan.

Saya takkan maafkan awak bertiga! Awak bertiga memang jahat dan menyusahkan orang, kecik-kecik tak nak mati.

Sakit pulak jiwa saya bila ingatkan kisah diseluk penyeluk saku..

Begini kisahnya:

Pagi Ahad, kami merancang untuk ke ntah apa nama tempat tu tapi tempat shopping jugaklah (lambat sangat update kan dah lupa..ohhh).  Seluruh Milan ni memang merata semua tempat untuk shopping so don't worry.

Masa tengah bersesak nak masuk metro, tetiba ada 3 girls yang kami percaya mereka ialah Gypsy menghimpit kat saya dan tanya saya "Central Station?"..saya yang jujur ni pun jawablah "Yes, this is Central Station"..padahal saya pun tourist jugak kannn..Rupanya sorang yang bertanya tu try to distract my focus, sorang lagi seluk beg buat kerja terkutuk dan sorang lagi standby kat belakang sebab si penyeluk tu akan passed the button to her, in this case it's my purse la kan!

Hubby macam perasan dia orang buat kerja tapi dia tak tercakap sebab dia pun sibuk tolak stroller, cuma dia dapat sebut "Ayang"..itu je, in the same time dia pun macam tergamam!  By the time dia sebut "Ayang" tu saya dah rasa semacam, tengok beg memang terasa "ringan" sangat sebab purse yang penuh duit syiling dah hilang.

Nasib baik semua passport, kad kredit, duit suami yang pegang.  Cuma yang ada pun duit Ruble 2000, duit USD10, duit RM50..yang lebihnya ialah syiling Ruble.  Service card @ ID card Rusia, lesen memandu Rusia semua hilang.

Tergamam sampai tak boleh nak nangis.  Semua orang yang berdekatan dengan saya dalam metro semua pandang dengan simpati dan tengok beg masing-masing. Yelah, mesti dia orang pun takut jugak kalau benda sama berlaku kan.

Turun metro memang takde mood langsung nak membeli belah, tapi suami bawak jugaklah jalan-jalan.  Nak sejukkan hati yang panas dan bengang maka masuklah kami ke kedai Zara, lepas tu masuk H&M...Tipu kalau keluar dari kedai-kedai tu tak bawak beg.  Konon shopping untuk sedapkan hati yang lara!

Terjumpa pulak kedai makan halal ala-ala KFC, so basahkan tekak yang kering dan lepas tu kami decide untuk ke Doumo semula sebab "Abang, ayang rasa ayang kena beli purse la untuk gantikan purse Carlo Rino yang dah hilang tu"..Ehhh???  Hahahaaa

Sampai Doumo bukan purse je yang saya beli malahan melambak pulak shopping beg yang tergantung kat stroller si Zara!

Again, tu shopping untuk mengubat hati yang sedih *wink*


p/s:  Nantilah saya sambung pulak cerita yang tertunggak, banyak lagi ni sebenarnya;  Manchester, Liverpool, Stoke on Trent..huwaaa


Thursday, October 17, 2013

~Our last autumn~



Musim berganti musim!

Musim luruh datang, berguguranlah daun-daun kuning mencecah ke bumi.

Ermm..begitulah jugak luruhnya hati saya sebab ini merupakan our last autumn here :(

Sekejapan masa berlalu, tak sangka rupanya kehidupan kami di sini hampir menginjak ke tahun ketiga.



Tuesday, September 17, 2013

~The Famous Failures~


Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.

Dua kali gagal pun tak bererti gagal untuk kali ketiga.

Pepatah melayu kata "usaha tangga kejayaan".

Kegagalan juga buat kita lebih tabah untuk menghadapi hari mendatang.

Macam mereka-mereka ni (^_^)





Thursday, September 5, 2013

~Europe Trip; MILAN~



berlatarbelakang Galleria Vittorio Emanuele II

Milan si kota fesyen!

Sebut aje brand apa yang nak semua ada..yang penting duit!

Tipu kalau dah sampai Milan tak membeli belah, konon nak cuci-cuci mata.  Angan-angan jelah cuci mata tu, last-last purse yang dicuci, kad kredit yang ditonyoh dan disuakan kepada si cashier..

Oh, ini adalah kesinambungan dari perjalanan cuti kami, tempat percutian seterusnya selepas Madrid tulah tu, si kota fesyen!

M.I.L.A.N

Perjalanan dari Madrid ke Milan adalah selama lebih kurang 2 jam.  Kami sampai di Milan Malpensa Terminal 2 (low cost terminal used by EasyJet) pada jam 12.30 tengahari.  Terus ambil bus untuk ke bandar.  Dari Milan Malpensa pengangkutan yang ada untuk ke bandar hanyalah teksi yang berharga lebih kurang 100 Euro, ataupun naik express bus yang berharga 6 Euro dan satu lagi choice ialah dengan menaiki train express berharga 7 Euro. Agak jauh sebenarnya dari Malpensa Airport untuk ke Milan, lebihkurang 50km.  Stesyen bus dan train adalah terletak di Centrale Station dan hotel penginapan kami iaitu New York Hotel memang berdekatan sangat dengan Centrale Station ni.  Tambahan pulak ada kedai halal berdekatan situ.  Ermmmm, senang hidup kami!

Daddy berlatar belakang Central Station
Macam biasa lah, check in hotel, rehat sekejap then terus kami keluar.  Yang penting dapatkan map dari receptionist.  Free untuk kami yang tinggal di situ.  Baca map, fahamkan metro and GO!

Tempat pertama adalah ke Duomo.  Tapi di Itali ni memang banyak Duomo ye, atau maksudnya adalah gereja.  Tapi Duomo di Milano ini adalah yang paling besar di negara Itali dan kelima terbesar di dunia. Jangan salah anggap yang kami nak ke gereja ya.


Di sebelah Doumo terletaknya Galleria Vittorio Emanuele II iaitu galeri @ butik mewah yang menempatkan jenama-jenama seperti Prada, Louis Vuitton, Gucci, H&M, Zara, Gap, Masimmo Dutti, Boss, Ferrari, DKNY, Guess, Furla, Michael Kors, Max Mara, Boss (wahhh jenuh nak sebut satu persatu).  Tapi segala butik mewah memang ada di sini.  So, itulah tujuan sebenar!










Ferrari Store
Foot Locker
Zara is waiting for Mummy at Zara
Gap..Daddy surrender!
Mungkin secara kebetulan masa saya sampai adalah musim "sales" (sama macam di Madrid; "barajas, barajas" katanya) jadi adalah sedikit sebanyak saya membeli-belah kelengkapan kami sekeluarga.  A lot cheaper than Moscow! Itu yang penting (^_^)

So, aktiviti kami sepanjang di Milan adalah shopping sahaja sebab Milan memang kota shopping kot. Lainlah kalau kami ke Venice, Florence ataupun lain-lain tempat so maybe lainlah aktiviti kami.

Memang seronok bila datang ke Milan tepat pada waktunya which you can get branded item in a good deal. Nak kata apa? Beli ajelah :)

Dalam keseronokan kami bershopping ada jugak cerita duka disebaliknya...

Next entry ya......





Wednesday, September 4, 2013

~Bila dah terberenti, cenggini lah jadinya~



Haihhhh!!! *mengeluh*

Tebiat yang tak elok sungguh iaitu mengeluh dan jugak MALAS.

Cerita cuti haritu masih terbengkalai.  Tak tau bila nak sambung.  Padahal dah draft half way.

Tu yang malas tu bila dah terberenti.

Sebab nak sambung memang tak taunya bila.  

Haihhhhhh!!! *mengeluh lagi*




Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...