CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 5, 2013

~Zara nak adik tak?~



Selalu jugak tanya samada dia anak adik ke tak..tapi rasanya dia masih belum faham..Hahaha


No, cenggini ceritanya...Baru je lepas baca blog Farah, citer pasal beza anak pertama, anak kedua.

Terus i teruja nak anak lagi.

Masa dari balik Malaysia aritu dah macam rindu nak mengandung lagi.

Ada jugak tanya Daddy, ape dia jawab?

"Daddy belum abis penat bangun malam buat susu Zara"...hahahaha (^_^)

But we plan nak tambah ahli keluarga bila Zara dah 2 tahun.  Dah pandai berdikari sikit, dah boleh cakap, dah faham apa maksud "kakak".."adik"...*Mummy terlebih excited*

Oh, cannot wait to call her "kakak"..


Monday, February 4, 2013

~Meeting the "girls" (Anis, Kerun & Farah)~



Alhamdulillah perkenalan selama 14 tahun semenjak tahun 1999 berkekalan sehingga ke hari ini walaupun sorang di Klang, berdua di Shah Alam dan seorang di Moscow (saya lettew)!

Walaupun sorang kat Klang dan dua lagi di Shah Alam, tapi jarang jugak dia orang jumpa.  Ishhhh korang ni!! Takpe la jugak sebab Farah dah berkeluarga..Yang pelik dua yang kat Shah Alam tu ha..dekat je tapi pun jarang 'giler' jumpa.  Anis ok tapi yang si Kerun ya ampun, SUPER DUPER busy bagai nak rak! Oh lupa..Kerun nak jadi CEO kat Puncak Niaga!! (aku doakan ni weiii)

Tempat perjumpaan - Chili's, The Empire
Tarikh - 5 Januari 2013
Masa - 11 pagi

Yang pertama sampai ..erm, not sure Farah ke Anis..tapi saya adalah orang ketiga yang sampai after them.  Oh, orang yang paling dekat adalah orang yang terakhir sekali sampai.  Title "last sampai" tu memang Kerun je yang pegang! Hahaha ^_^







Borak-borak, cerita itu ini, gosip dan sebagainya ...oh, sungguh masa mencemburui kami. Dah dekat pukul 2 oulss...Alamak we need to drive back to Johor!  Sebelum balik haruslah bergambar-gambar dulu macam biasa :D



The Jelitawans (fr left):  Kerun, me, Anis & Farah..

Habis sudah percutian singkat 3 hari 2 malam, kami terus je balik ke Johor.  Sempat singgah Tangkak beli kain untuk mak dan mak mertua lepas tu makan satay! Haha ^_^



Sunday, February 3, 2013

~Rangkuman cerita gembira dan sedih~


Dah habis bercerita pasal percutian pendek selama 6, 7 jam di Dubai now kita bercerita pulak pasal cuti-cuti Malaysia ye ouls ;)

Percutian kali ni semua berjumlah 27 hari..

Sekejapan je tiba-tiba eh, eh, nak balik dah? Cepatnya masa berlalu..Belum puas bermesra dengan family.  Kawan-kawan pun tak sempat nak jumpa.  Alahai, maafkanlah saya wahai kawan-kawan yang budiman.

Zara dah berumur 1 tahun sebulan masa kami balik, campur masa dia dalam perut 9 sembilan bulan so kira jelah berapa lama kami dah tak balik Malaysia.

Dah tentu-tentu lah keluarga semua nak jumpa dengan kami especially si kecik yang belum pernah jejak kaki ke Malaysia.  Dialah yang menjadi tumpuan utama.  Hehehe

To be fair to both family, kami bersetuju untuk menjadi nomad, berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat yang lain.  Actually dua tempat je..rumah mak dan rumah mak mertua. Huhu..4 hari rumah sana, 4 hari rumah sini..Maka berangkut lah kami kesana dan kesini (^_^)

First week what we do?  Kenduri akikah..Sekali lagi agar keadilan menyebelahi kedua-dua belah pihak, makanya kenduri pun buat kat dua-dua belah family.  Kat rumah my mum buat akikah Zara.  Tumbangkan seekor kambing untuk dijadikan santapan untuk tetamu-tetamu yang hadir.  Kat rumah mak mertua buat kenduri tahlil (but this 1 was done on the 3rd week).

Seronok sebab masa kenduri tulah dapat jumpa mak sedara, pak sedara, sepupu, anak sedara.  Yelah bukan senang kot nak kumpulkan semua dalam satu masa.  So kenduri is the best time I think!

How about second week?  I pergi ofis, jumpa kawan-kawan dan hantar apa yang patut dihantar.  Then jalan-jalan kat KL..do some shopping and whatsoever.  Tak lama, 3 hari je!

Third week pulak as mention above, kenduri kat rumah mak mertua.  Oh, kat sinilah (minggu ni) segalanya bermula.  Zara cirit birit.  Oh gosh! At first ingat cirit birit biasa sebab masa kat Moscow pun kadang dia cirit birit tapi 1 hari je.  Tapi yang ni sampai 2 hari and yang tak bestnya sedihnya keluar darah sekali kat najis dia.  Dia masih lagi aktif, main sana sini.  Tapi dalam masa sama nak jugak kena peluk dgn Mummy je.  Mummy mesti ada depan mata time dia main-main.  Gerak sikit nangis.  Malam tu at 2 am kami bawak dia pegi klinik, terus-terus je doktor kata masuk hospital, siap buat surat lagi.  Mungkin doktor tu mengigau sebab masa kami datang dia baru bangun tido.  Then we went to other clinic, doktor kata jangan risau sebab bila banyak sangat dia berak tu yang keluar darah tu.  Dapat macam-macam ubat.  Bayar RM90 lepas tu balik rumah sampai about 5 pagi.

4th week cirit birit dah takde.  Seminggu jugak Zara merana.  Oh, kesian my baby...Minggu ni ialah minggu terakhir kami ada kat Malaysia.  Persiapan untuk balik kenalah buat, beli apa yang nak dibeli, kemas beg dan kemas beg lagi.  Khamis malam do realize yang Zara menggigil-gigil.  Badan panas! Tampal cool fever (1st time) dan pagi tu dah kebah dah..Main-main macam biasa..Jumaat last beli barang dan last packing. Petang tu hujan so kami anak beranak makan keropok udang sambil melihat hujan yang jatuh ke bumi..  Bila malam menjelma, Zara tetiba mengigil dan panas badan semula.  Risau yang teramat sangat sebab kami nak bertolak ke KLIA jam 3 pagi.  Tak tido sangat pun sebab buat persiapan terakhir dan make sure semua barang dah packing. About 3 am LIMO pun sampai dan bawak kami ke KLIA.  Zara masih panas badan, angkat je dia, tak salinkan baju pun.  Sampai KLIA pukul 5 pagi, after done breakfast, wrapping beg and check in kami terus bawak Zara ke Pusrawi sebab dia masih mengigigl-gigil.  Kami super duper risau cuma mengharapkan agar perjalanan balik berjalan lancar.

Perjalanan ke Dubai smooth je cumanya kami risau memikirkan Zara yang masih tak sihat.  Sungguh lemah badan dia.  Alhamdulillah, dia tidur sepanjang perjalanan, hanya bangun untuk menyusu.  Sampai di Dubai, langsung tak nak duduk kat stroller..nak kena dukung je.  I know her very well, kalau tak sihat, mesti nak ada dalam pelukan Mummy.  Even dengan Daddy pun dia tak nak sangat.  We almost cry bila tengok our little baby tak aktif dan sakit.  Memang sangat sedih.  Betul tak Mummy-Mummy di luar sana?

Perjalanan ke Moscow yang mengambil masa 5 jam kami rasa lama sangat sebab risau mengenangkan si kecik yang masih tak sihat.  Alhamdulillah sekali lagi kerana sepanjang perjalanan dia tidur walaupun sedikit bising (sebab ada Russian women yang pada pendapat kami dia sungguh psycho).  Yang tu citer dalam entry lain ye.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Pukul 2 pagi kami sampai di rumah dengan selamatnya walaupun cuaca pada pagi Ahad tu adalah -19!






Friday, February 1, 2013

~Doaku untukmu sayang~


Sebagai isteri dan ibu kepada seorang puteri yang comel, ini adalah antara doa dan harapan saya untuk kehidupan keluarga kami.  



Walaupun ianya disampaikan melalui lagu:

Wali Band - Doaku Untukmu Sayang




Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia




Thursday, January 31, 2013

~Makan-makan~



Chili's, The Empire

Kampachi Japanese Restaurant, JPO

Orchid Thai, Sek 9 Shah Alam

Orchid Thai, Sek 9 Shah Alam

Restaurant Nasi Kandar Penang, Jalan Tar (opposite Campbell)

Yew's Cafe, Taman Molek JB

Yew's Cafe, Taman Molek JB

McDonald Batu Pahat

Agenda utama balik Malaysia haruslah ku sekeluarga bermakan-makan mengisi perut yang dah lama tak rasa masakan Malaysia kan!

Kat atas tu cuma sebahagian je tempat yang kami lawati, setengah gambar lagi tak sempat nak ambik pun.  Terlupa terus bila nampak makanan padahal kamera all the time ada dalam beg hokey!





~6, 7 jam di Dubai~


Dubai cantik!

Sungguh membangun. Sana sini semua bangunan tinggi mencakar langit, silau milau mataku yang tak memakai kaca mata hitam.

Weather pun tak panas sangat.  Taxi driver kata "now it is winter in Dubai"..tapi takde snow, it just windy dan suhu lebih kurang 22'c..



11 jam di Dubai nothing much we can do.  Actually we have 6, 7 hours je pun sebab kena get ready for the next flight to Kuala Lumpur.

So cepat-cepat, we only have 6-7 hours je at Dubai..Konon la kan..Hahaha :) Nak cepat apa sebab memang tak sempat pun..

We only went to Dubai Mall which is next to Burj Khalifa..Perjalananan ke Dubai Mall naik metro je.  Make sure naik metro yang menuju ke Jebel Ali ye kawan-kawan.


Tak jauh, 12 stops je sampai dah ke Metro Dubai Mall.  Ambik shuttle bus (free) ke Dubai Mall.  Ada laluan pejalan kaki (macam jejantas) tapi masih belum siap.  Bagi yang nak merasa cabaran (cabaran lah sangat) boleh je berjalan kaki ke sana. Huhu :D




First things first yang kami buat ialah MAKAN! Where to eat?  Oh banyak je tempat makan di Dubai Mall.  Kami pilih food court je sebab banyak pilihan.  You choose and you pay. Haip!

MEXICAN GRILL?
PIZZA?

FATBURGER?

NANDO'S?


After makan, kami jalan-jalan.  Ingat nak lah naik ke Burj Khalifa tapi takde rezeki, full sampai ke malam.  Kalau nak esok pagi. Hahaha

Musical fountain pun tak on lagi.  Normally dia akan on kan time malam..sekali dengan cahaya yang bergemerlapan.  Takpe la next time kami datang overnite kat sana pulak!






Zara tido time tu..kesian dia kepenatan.  Tido kat bahu Mummy je sebab stroller menanti penerbangan seterusnya.  Kesian pulak kat si kecik nak berlama-lama kat luar, jadi kami pun masuk balik mall and looking for aquarium!  So huge oulss..Siap ada ikan jerung, ikan kembong, ikan pari..ntah apa species ntah lagi. Dapat pengiktirafan lagi "Guinness World of Record - Largest Aquarium & Underwater Zoo"..









Jalan-jalan sana sini cuci mata.  Banyak butik-butik mewah (oh, tak mampu nak masuk).  Since, kami rasanya takde apa pun yang nak beli sangat and jam pun dah almost 5, so kami decided to go back to the airport..mandi, salin baju bagi fresh sikit!

Tetiba tertarik dengan pokok candy ni! Tak sesuai...Haha (^_^)



p/s:  Naik teksi dari Dubai Mall ke Airport tak mahal pun, lebih kurang 30 dirham je, lagi selesa! Selesa untuk kami yang membawak anak kecik la..



Wednesday, January 30, 2013

~Jagung dalam cawan~



Dah terlanjur semalam bercerita pasal makan jagung dalam cup setibanya di KLIA, maka hari ni nak cakap pasal harga dia.

~gambar ihsan dari google~
Maybe saya yang dah lama tak balik so tetiba masa bayar adik tu kata RM3.50 kak!  So saya pun bayar jelah.  Masa tu tak rasa pun mahal.  Oh, bukan..bukan..I'm not kedekut pasal makan ye.  Masa tu beli jugak dorayaki untuk Zara..harga dalam lebih kurang RM2.50 kot..not sure..

Sebab last time (it was 3 years back kot) harga corn in cup ni cuma RM2.50 je.  Seingat saya, harga dia bermula dengan RM2 je..then naik sikit RM2.20..lepas tu RM2.50..lepas tu tak tau sebab takde kat Malaysia and now dah RM3.50..

Erm, harga nasi goreng pun sekarang dah RM4.50 kan..takde dah yang bawah 4 ringgit dah.

Hehe :)) sebenarnya nak cakap yang harga makanan kat Malaysia pun dah mahal sikit sekarang ni.

Setuju dengan saya?




Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...