CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 15, 2010

~~teater Tun Mahathir~~

paper utusan hari ni kata teater "Tun Mahathir" akan dipentaskan semula di Istana Budaya...pelakon semua akan dikekalkan kecuali Erra Fazira yg pegang watak Tun Siti Hasmah dan Zizan Nin yg pegang watak Tun Mahathir waktu umur remaja...pelakon utama Isma Daniel masih memegang watak Tun Mahathir dewasa..so agaknyer siapa ye yang layak ganti Erra utk pegang watak Tun Siti Hasmah???

barisan pelakon teater "Tun Mahathir"

pementasan yg pertama dulu aku pergi dengan Cik Ismawaty, tu pun sebab kawan dia ada tiket lebih..so dapat lah aku tengok teater untuk pertama kalinya dlm hidup aku pada 3/10/2010 @ 3 petang..



overall citer tu memang ok dan sangat berpuashati...cuma 3 jam tu mmg lah tak cukup nak pentaskan semua perjalanan hidup Tun...cuma part2 yg penting sahaja ditunjukkan...zaman kecil, zaman remaja dan dewasa sehingga Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia..(that was the part yg aku paling sedih sekali, menitik jugak airmata ni)...

barisan pelakon utama...sila abaikan dua org yg menyelit itu.. :D
perjuangan Tun Mahathir untuk Malaysia memang tiada tolok bandingnya malah beliau dihormati di seluruh dunia...dan kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur dikurniakan pemimpin seperti beliau..

dapat ambil gambar dgn Tun mcm ni pun dah kira ok..
nak ambil gambar real tak tau bila..

p/s:  nak tengok sekuel Natrah pulak coz dah tengok Natrah kat TV1..

Tuesday, December 14, 2010

~~klinik oh klinik~~

beberapa minit lepas aku call 1 of the clinic kat area sini...tujuan menelefon adalah untuk membuat ujian HIV untuk melengkapkan borang2 nikah..memang bersemangat lah nak buat dan kalau boleh memang nak settlekan cepat and since boss pun xde hari ni tu yg nak pergi tu....

tapi malangnya bila menelefon tu aku dapat jawapan yg mcam kurang best sikit dan buat aku sentap dgn jawapan2 dari si penjawab telefon yg bersuara merdu itu...

aku:  selamat pagi, cik sya nak buat ujian hiv untuk nikah la..
clinic:  cik, maaflah kita xde borang lah..borang dah habis
aku:  borang dah habis? tapi sya dah ada borang dari jabatan agama islam..
clinic:  oh, klinik ni ada borang sendiri..cik cuba jelah datang sini tengok kita boleh buat ke tak guna borang cik tu..
aku:  ha? datang je?? abis kalau tak boleh buat macamana?
clinic:  nanti kita tengok borang tu boleh guna ke tak..kalau tak boleh cik kena tunggu borang klinik jugak!
aku:  ok abis tu bila borang nak ada?
clinic:  tak tau lah cik...

ermmm...jawapan tipikal. tak tau..tak tau...tak tau...bukan lah nak kata x efisyen tapi ntah la...so yg jadi mangsa pelanggan2 kepada clinic itu..

p/s:  bilalah nak berubah?

Wednesday, December 8, 2010

~~terima kasih teman~~

perkenalan kami bermula dari tingkatan 4, sekolah menengah vokasional azizah...kami lain aliran, aku SK dan "dia" ambil RF.."dia" ni orangnya kelakar sikit, suka jugak bercakap, kuat makan tp badan maintain (jeles aku..hehehe), cerewet pun ada sikit tp overall "dia" ok dan entah macamana aku boleh plak ngam dengan minah sorang ni..kami berkawan baik sepanjang dua tahun dekat SMVA dan berlanjutan hingga ke hari ni...walaupun pernah ada perselisihan faham antara kami tapi akhirnya semua back to normal....

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yg teramat sangat kepada "dia" yang bernama "Roslaila bt. Hassan @ Lela" kerana telah sudi menemankan saya sepanjang majlis pertunangan tempoh hari...

p/s:  x sabar nak tunggu hari bahagia ko plak Lela.. :D

~~hijrah~~

hari ni merupakan hari kedua di permulaan tahun islam 1432H....ikut calender islam dah bertambah umur, if ikut calender omputeh, lum lagi..tapi apepun semakin umur meningkat dewasa semakin kita menginsafi diri..perlu membuat perubahan dalam kehidupan, berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..

"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah petunjuk dan hidayahmu untuk aku berubah kearah kebaikan..Sesungguhnya aku hanya bermohon kepadamu Ya Allah"... amin..

terlintas di fikiran untuk melakukan suatu perubahan..semoga dimakbulkan...InsyaAllah...

Monday, December 6, 2010

~~macam air~~

persiapan perkahwinan dah 3/4 siap..tempahan semua dah buat..bila dah makin dekat every weekend mesti kuar carik barang hantaran coz now kan tengah "Year End Sale" @ YES...time nilah barang boleh dikatakan murah sikit tambah plak nak x-mas ni..tp "kegilaan shopping" aku masih terkawal coz tetiba datang keinsafan, kewarasan, kesusilaan..hehehe..well tambah plak kat kepala otak ni dah set "kuar cuma nak beli barang hantaran je..tempahan yg lain belum bayar lagi..duit pun banyak nak guna nih!".. 

setelah dihitung, ditambah, dikali, dibahagi dan sebagainya, bermula dari majlis merisik sampai la ni..duit mcm air keluarnya....adoiii..ermmm, yelah aku pun bukan anak org senang yg mak bapak boleh sponsor majlis perkahwinan..bila dah semakin besar dan matang, fikiran lebih terarah kepada responsibility nak menguruskan majlis sendiri tanpa menyusahkan keluarga terutama mak tersayang...

p/s:  duit keluar macam air..tp nak menyimpannya perit sangat (aku le tuh..org lain senang kot)

Thursday, December 2, 2010

~~05.02.2011~~

kawan2 tersayang..insyaAllah kalau xde aral melintang dan diizinkan Allah..05.02.2011 bersamaan hari Sabtu yg indah akan berlangsung majlis perkahwinan si puteri bongsu..jadi sila2 lah mengosongkan diary anda untuk program/agenda lain pada hari tersebut..tulis kat diary besar2:

05.02.2011
"OJA KAWIN, MUST COME!"

Wednesday, December 1, 2010

~~cherita sekitar majlis pertunangan~~

alhamdulillah..majlis pertunangan yg berlangsung pd 28/11/2010 jam 11.00 pagi sungguh meriah dgn kehadiran sanak saudara, jiran tetangga dan pihak lelaki..majlis yg pada mulanya kecil2an tiba2 mcm majlis besar2an pulak..puteri bongsu yg dah siap dimekap menunggu dlm bilik dgn penuh debaran..dup dap dup dap.. tp sempat jugak berposing-posing dlm bilik..hehehe




lepas pihak belah lelaki dan belah perempuan habis berbincang, mak tanpa membuang masa terus panggil puteri bongsunyer ke "mini pelamin" untuk majlis sarung cincin....melangkah je keluar dari bilik terkejut tgk ramai tetamu yg memenuhi hall depan...aduhh!! bertambah la debaran si puteri bongsu..

    




cara kemuncak majlis pertunangan ini ialah acara menyarung cincin..si puteri bongsu yg penuh debaran dipersilakan duduk di mini pelamin..dan seterusnya disarungkan cincin (dlm ati "mak aiii..besornyer cincin!!), bersalaman dan peluk cium bakal mak mentua...



(besor kan cincin tunang aku, longgar plak tu..adeiiii)

selesai acara sarung cincin, tetamu makan dan sementara dia org makan2 jadi si puteri bongsu pun masuk bilik semula belek2 hantaran pihak lelaki bagi..sambil posing2 sikit..


bagi chance dia org makan dlm 10 minit, pastu si puteri bongsu pun kuar balik tuk salam2 dgn tetamu, jumpa si encik tunang dan meneruskan sesi fotografi..click!click!click!!!






bila habis sesi bergambar dgn lokman, si jurugambar (gambar yg photographer ambik x siap lagi ye, sila tunggu next entry) semua tetamu dan wakil pihak lelaki pun balik..maka yg tinggal saudara mara dan family..bukak rambut palsu, tukar baju dan meneruskan sesi bukak hantaran (anak sedara dah merajuk2 nak coklat, buah etc).


(make up x buang lagi, rambut masih keras dek kerana spray)
usai majlis, jelas tergambar  di wajah mak yg dia puas kerana akhirnya si puteri bongsu dah bertunang dan 2 bulan lagi insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan....dalam kemeriahan majlis pertunangan tu..hati sedikit terusik bila terkenangkan arwah abah yg telah meninggalkan kami..kalau arwah ada, mesti arwah abah orang yg paling happy, senang hati dan puas tengok puteri bongsu bakal menamatkan zaman bujangnya x lama lagi...(al-fatihah utk arwah abah tersayang)..

akhir kata; SELAMAT BERTUNANG FAUZIAH & WAN MOHD GHAUTH!!!



p/s:  bila tiba acara kemuncak, tetiba bateri camera aku abis..alamak!!! kena tunggu gambar dari photographer la yerk..sorii

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...