CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 24, 2014

~November Trip 2013: Stoke-On-Trent~


Ini kali kedua kami ke Stoke-On-Trent.

Kali pertama  dulu cuma singgah sekejap ajer.  So kali ni siap bermalam lagi.

Ala, tak payah kot explain pasal Stoke-On-Trent ni lebih detail sebab kali pertama pergi dulu dah cerita dah. Ermmm, tapi yang pasti tempat ni ada banyak potteries factory; Wedgwood, Churchill, Portmeirion, Aynsley dan macam-macam lagilah.

Tapi yang penting semuanya berkualiti dan harga kalau jual kat Malaysia rasanya saya pun tak beli.  Or maybe nak pegang pun takut.  Huhu.  But since kami pergi kilang dia so dapatlah harga kilang yang jauh lebih murah *wink*

Kalau kat Swindon bangun awal, so kat sini pun awal jugak.  Al-maklum lah sebab saya dah listkan kilang potteries yang saya nak pergi, kalau lambat nanti tak sempat.  Siapa yang rugi? Saya lah kan....

Tempat pertama yang kami tuju adalah Wedgwood & Royal Doulton Outlet Store yang terletak di Staffordshire.  Lama jugak kat dalam ni.  Rambang mata! Nak terjuling pun ada jugak tapi jangan ikutkan perasaan.  Relax and steady!










Banyak jugak yang kami beli kat sini.  Lepas dah kira-kira semua cashier kata ada dua kotak.  Tapi semua barang tu kami poskan terus ke Malaysia. Cuma ada satu je yang kami bawak balik sebab nak bagi souvenir pada kawan kami di London (London next entry ye).

After that, kami ke Longton sebab saya nak ke Kilang Aynsley China.  Tapi malangnya dia takde service pengeposan yang bagus, maksudnya barang takde insurans dan harga pengeposan sungguh mahal dan tak berbaloi..Maka tiada apa lah yang kami beli.  Full stop! Walaupun sebenarnya hati saya sungguh berkenan sangat dengan tea set yang cantik dan sungguh murah; 1 cawan dan saucer cuma 1 pound je. *Nangessss*



Ke Churchill Factory Shop, tapi tak berapa menarik sangat collection yang ada.  Lagi pulak kata salesgirl tu tiada penghantaran ke Rusia. Hampeh!  Tapi tak ralat la..cuma beli some souvenir untuk diri sendiri sebab murah. Mug cuma 1 pound. Itu je mampu beli. Ngeee




Then kami ingat nak pergi pulak ke Portmeirion Factory Shop di Trentham tapi tak jumpa-jumpa.  Betul dah set kat Tomtom tapi rasanya jalan tu dah tutup.

Tengah-tengah carik jalan keluar tetiba eh, cantik pulak tempat ni..Husband kata jom kita ambik gambar dulu.  Masa ni Zara tido, tinggal dia kejap sebab nak ambik gambar!




Disebabkan nak jugak ke Portmeirion so pegi satu lagi factory dia yang terletak kat Stoke. Husband kata "ini last ok"! Baiklah sayang. Heehehee :) Tapi nampaknya husband tak berapa suka pulak dengan design dia. Tapi sebelum keluar kami beli jugak 1 collection untuk kenangan.






Dah nak lewat petang baru terasa lapar!

Ke KFC untuk makan! Halal?  Of course halal sebab kalau pergi kat website KFC ni memang mention store KFC yang halal.  So tak payah la nak ragu-ragu ye.  Lagi satu kat pintu masuk KFC yang dikatakan halal tu akan ada tanda "halal" dan certificate dari Halal Food Authority.

Lepas makan pergi pulak ke The Potteries Shopping Centre. Saje nak ke Primark untuk cari baju Zara. Malas nak beli dekat Primark Oxford Street sebab tau mesti ramai orang.  Kalau dah ramai nak pilih pun tak senang!  Shopping complex ni tutup awal, seawal pukul 4 petang.  Tapi nasib kami baik sebab kami datang hari Khamis jadi dia tutup pukul 8 malam. Fuh lega!





Penat seharian kat luar.  Pergi balik KFC tadi untuk bungkus dinner pulak.  Balik, makan terus ZzzzzZZzz!!

Akan bersambung lagi dengan part 3 (^_^)

p/s:  adoi lenguhnya kaki, tambah pulak Zara ni duduk atas pangku nak tengok Mummy buat apa.  Nampak pulak gambar dia lagi la xmo bangun. Adoiiiiii






~November Trip 2013: Swindon~


Dua bulan lebih dah berlalu.

Pagi tadi baru teringat yang saya lupa nak share cerita cuti pada November 2013 yang lepas.  Itu pun bila baca comment "Maz" baru macam, OMG rupanya tak cerita lagi ye.

Nak start dari mana ye?

Macam biasa Easy Jet adalah pilihan utama sebab murah dan jimat, lagi pulak destinasi kami adalah Moscow ke Gatwick. So kalau nak ke Gatwick memang kena naik Easy Jet (penerbangan tambang murah yang menjimatkan).

Sampai di Gatwick dah petang, macam percutian ke UK yang lepas, kali ni pun kami ambik kereta jugak untuk memudahkan kami ke tempat-tempat yang kami dah rancang which jaraknya adalah jauh juga.  Kalau percutian lepas kami pilih Volkswagen Golf, this time around pilih Vauxhall pulak (kalau kat Malaysia kita panggil Opel).


Dari Gatwick kami terus ke Swindon yang terletak di South West, England.

Tujuan ke Swindon adalah untuk bershopping. Boleh?

Since kami bercuti pada musim sejuk jadi waktu siang adalah sangat pendek dan waktu malam adalah lebih panjang.  Rugi sikit la..I would prefer to go for a holiday masa musim bunga ataupun musim panas.

So sampai Swindon pun cuaca dah gelap sangat walaupun sebenarnya baru pukul 8 malam, tapi gelapnya macam pukul 12 malam je rasanya.  So terus jelah kami berehat.

Bandar Swindon tak lah besar sangat.  Tapi macam biasa la saya memang suka tengok rumah-rumah kat England, cantik-cantik dan maybe kena dengan jiwa saya kot. Ngeee

Next day tu seawal pagi kami dah keluar sebab nak menghargai masa yang ada.

Destinasi pertama adalah ke TK Maxx.  Beli barang sikit tapi yang banyaknya adalah buku Zara.  Sebab kat Moscow susah nak dapat buku kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.  Semuanya in Russian.



Untuk lunch, kami dah listkan beberapa restoran halal yang terdapat di Swindon ni.  Kalau bercuti kat UK ni makanan halal jangan risau la sebab memang senang je nak dapat.  Provided you do some research and look for the address. As simple as that!

 

After lunch, kami pegi pulak ke McArthur Glen Swindon.  McArthur Glen di sebenarnya banyak outlet, kat German, Italy, France, UK and few more country.  Percutian yang lepas tu kami pergi jugak ke salah satu outlet McArthur Glen tapi di Cheshire Oaks.

Tapi yang uniknya outlet di Swindon ni sebab kebiasaannya outlet ni tempat dia adalah tempat terbuka macam yang di JPO tu kan.  Yang ni outlet dia adalah tempat tertutup dan merupakan bekas kilang keretapi serta merupakan outlet dalam bangunan yang terbesar di Europe.







Cantik kan dalam dia.  Kilang yang diubah suai tapi masih mengekalkan keaslian kilang keretapinya. Tapi masa mula kami sampai macam percaya tak percaya je sebab tengok dari luar bangunan dia macam bangunan tinggal je..Hahahaa :)

Try tengok ni.




End of part 1.

Will continue in the next entry!


Monday, January 20, 2014

~Happy Birthday Daddy~


17.1.2014 is Daddy's birthday.

Happy birthday sayang.




Mummy doakan semoga Daddy dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, menjadi ketua keluarga& imam yang bertanggungjawab..Insyaallah..

Double celebration in January every year... Wedding anniversary & also Daddy's birthday.  Sedikit "kopak" di bulan Januari tapi yang pasti kebahagiaan itu yang paling penting.

p/s:  Daddy, please remember that we (Mummy & Zara) loves u so much!


Thursday, January 16, 2014

~3rd Anniversary~


Alhamdulillah..

Diam tak diam genap usia perkahwinan kami 3 tahun.

Semoga kehidupan kami sekeluarga lebih ceria, lebih dirahmati oleh-Nya.

Diberikan kebahagiaan yang berpanjangan dan dijauhkan dari persengketaan.

Amin!

Our visit to Gzhel on 11.1.2014

Us at Caihana Metro Fili on 14.1.214

p/s:  Pertengahan tahun cadang nak tambah anak! (^_^)


Wednesday, January 15, 2014

~Kangkung~


Entry ni tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia...


But seriously kangkung memang sedap dimakan, kangkung belacan wah sedapnya.  

Kat Moscow ada jual di Pasar Vietnam tapi secekak pun dah RM50...once in a while je beli itupun kalau betul2 teringin..almost 3 years ni rasanya baru 3 or 4 kali je beli kangkung yang mahal tu..




Friday, January 10, 2014

~CARA RASULULLAH S.A.W. BERBICARA~


Rasulullah S.A.W merupakan contoh teladan sepanjang zaman. Keperibadian Baginda sangat dikagumi oleh semua orang termasuk para sahabat dan orang kafir. Antara aspek peribadi baginda yang dikagumi ialah cara Baginda berbicara atau bertutur. Perkara ini turut diakui oleh Saidatina Aishah R.A. seperti berikut:
“Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Baginda selalu bercakap dengan jelas dan terperinci sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar.”
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Abu Dawud)

Anas bin Malik R.A. turut bercerita:
Rasulullah mengulangi percakapan baginda sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar).
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

Hasan bin Ali R.A. bercerita:
Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah berbicara? Hindun bin Abi Halah menjawab: “Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhan-Nya dan menyaksikan kebesaran-Nya, bukan kerana keduniaan). Baginda tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak berbicara hal yang sia-sia. Baginda memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. Baginda berbicara dengan ringkas namun penuh makna. Kata-kata Baginda terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan.

Baginda bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Baginda selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Baginda tidak pernah mengeji atau memuji makanan.

Baginda tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi. Namun, jika kebenaran dilanggar, tidak ada satu pun yang dapat menghalang kemarahan baginda sehinggalah kebenaran itu ditegakkan semula. Baginda tidak pernah marah dan tidak akan meminta pembelaan berkaitan urusan peribadi.

Jika menunjukkan sesuatu, Rasulullah selalu menggunakan seluruh tapak tangan baginda. Sekiranya baginda kagum akan sesuatu, baginda membalikkan telapak tangan. Apabila berbicara menjelaskan sesuatu, baginda selalu memukulkan telapak tangan kanan ke perut ibu jari kiri.

Jika Rasulullah marah kepada seseorang, baginda akan berpaling daripada orang itu dan menghindar. Apabila menyenangi seseorang, Rasulullah akan menjaga pandangan mata baginda. Kebanyakan tawa baginda adalah senyuman, giginya seumpama butiran mutiara.

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan sunnah Rasulullah dalam semua perkara termasuk cara kita berbicara. Moga-moga kita semua beroleh barakah dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan menjadi umat Rasulullah yang terbaik.


p/s:  Berusaha memperbaiki diri untuk mendapat rahmatnya...




Monday, January 6, 2014

~Bonding Moments~


Bila Daddy takde, kami berdua je kat rumah.

Nasib baik Rusia cuti panjang sempena Christmas.  Ermmm, yes tau Christmas disambut 25 Disember tapi kat Rusia ni mereka sambut Ortodox Christmas yang mana jatuh pada 7 Januari setiap tahun.

Sabtu and Ahad kami duduk je kat rumah layan citer Korea tak abis-abis.  One after another; drama bersiri "Protect the Boss".  Bila dah abis satu episod si Zara "lagi"...then "lagi"...then "lagi" sampailah pukul 12 tengah malam.

Tapi hari ni (Isnin) kami dah kebosanan, perlu menghirup udara shopping mall...muahahaha (^_^)









Movenpick.."the art of Swiss ice cream" katanya... 2 scoops lebihkurang RM19..

Hahhh? Takpe yang penting princess happy!

Esok cuti lagi dan yang paling best is "ESOK DADDY SAMPAI"

(^_^)


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...