CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 17, 2012

~Carpet pun pakai losyen~



Dia main sorang-sorang senyap je tak dengar suara pun.  Kalau tak suara dia je yang cakap itu ini (dalam bahasa baby lah)..

Daddy jerit-jerit panggil Mummy kat atas suruh turun as soon as possible sambil kata "Daddy tau salah Daddy so Daddy sorry ye Mummy"..

Dengar macam tu teruslah jadik menggelabah.  Tapi yang Mummy  hairan if something bad happened to her,  tak dengar pulak budak kecik tu menangis..On the way ke bawah hati dok tanya-tanya apalah yang jadik kat bawah tu..

Sampai je kat bawah, tengok separuh karpet dah dipakaikan losyen.  Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Nak marah pun tak termarah sebab si kecik tangan dah penuh losyen, dekat rambut pun ada, baju seluar jangan lah cakap.. Tu pun masa Mummy sampai dia masih lagi gigih nak menyapu losyen kat karpet.  Kotlah dia nak licinkan losyen yang ada dalam tin tu.  Agaknya seronok kot tengok karpet tu jadik color putih.




Mummy pandang Daddy, Daddy pun pandang Mummy dahnyer kami ketawa je tengok telatah si kecik.  Yelah, bebudak kat Malaysia dok sibuk sepahkan bedak tapi dia ni pulak sepahkan losyen (kami kat sini tak perlukan bedak  tapi lebih perlukan losyen disebabkan cuaca yang kering).

Alahai sayang Mummy, sekarang ni dah la winter Mummy nak cuci harus la ambik masa nak kering..kang kepam pulak baunya...Daddy kata tak payah la basuh, buang je!! Sebab kalau nak basuh pun kena sental. Sebab ni losyen yang jenis pekat likat tu.  Nivea yang dalam tin! Bukan yang jenis cair tu ye..

Alahaiiiiiiiii






Sunday, December 16, 2012

~Working trip to Volgograd~


Sambil bekerja, sambil cuci mata!

Tambah pulak bawak keluarga, sungguh berbaloi sekali working trip kali ni..

VOLGOGRAD!!

Tapi before nak fly, banyak betul halangan..

Flight delay 6 jam due to bad weather...Our flight supposed to be at 8.55 am tapi delay sampai 3.45 pm.. So, kami duduk la diam-diam kat situ.. -_-"

Zara pulak ter"yak" ntah macamana kena pulak dekat baju dia n stroller..alahai..Mummy pulak confident la xde halangan apa (tak sangka flight delay) lupa pulak nak bawak baju n seluar spare for her..haihhh!

Apapun, percutian sambil bekerja tu sungguh best!  Sebab, makanan kat sana murah compared to Moscow.     So makan and makan jelah ye!

Ermm..cumanya kat sana very cold...windy!

@ Mamayev Kurgan

@ Mamayev Kurgan

@ Panorama Museum

@ Panorama Museum

..boleh panggil ni ala2 Dataran Pahlawan.. *wink*

..boleh panggil ni ala2 Dataran Pahlawan.. *wink*


she is so adorable! 






Friday, December 14, 2012

~Zara 1st birthday blast~



Maafkan Mummy sayang..Sungguh kelambatan Mummy menghupdate entry about your birthday party...Mummy busy..alah, alasan busy je yang timbul..yelah Mummy busy sungguh hujung-hujung tahun ni sayang..Kita kan nak balik Malaysia so Mummy busy lah..

Enough with busy..busy..busyyy..



Birthday Zara is on the 16 November...Jumaat...

Disebabkan Jumaat hari bekerja makanya party diadakan pada hari Sabtu jam 6 petang.

A simple birthday celebration for her...








Tak ramai juga tetamu yang kami jemput, hanya segelintir aje yang dekat-dekat dengan rumah kami dan yang ada anak-anak sebaya Zara untuk memeriahkan majlis.  Oh, terima kasih sebab bawa hadiah untuk Zara..kami sangat-sangat menghargai pemberian yang diberikan (^_^)





Majlis tamat sekitar jam 12 tengah malam.  Birthday girl awal-awal lagi dah rasa mengantuk tapi sanggup tahan mata tak mau tido sebab masih ada tetamu di rumah.  Bijak anak Mummy, begitu menghargai tetamu yang hadir.

kepenatan melayan tetamu..
Akhir kata, sebagai ibubapa, kami suami isteri hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Zara dari segala aspek.  Sesungguhnya kasih sayang Mummy & Daddy terhadap Zara tak berbelah bagi..Insyaallah, Mummy & Daddy akan berikan yang terbaik untuk Zara..

Luv u sayang!


Wednesday, December 12, 2012

~Resepi Roti~


Resepi roti ni saya dapat dari Cikgu Arfah, member ahli PERWAKILAN Moscow.  Yang bagusnya cikgu tunjuk step by step, cara letak, cara timbang.  It was so detail.  Ya, saya perlukan tunjuk ajar yang begitu detail sekali.  Sebab kadang tu tiru je resepi dari internet tapi bila cuba tak jadi walhal try sebijik sebijan kat resepi tu.  So saya yang salah ke resepi yang salah?

Ok tak perlu jawab sebab tak tau siapa yang sebenarnya salah!

Let's proceed with the recipe... Bukanlah saya 'teror' sangat sampai nak kongsi resepi bagai sebab ni bukan blog resepi, tapi cuma untuk reference saya di masa hadapan je sebab resepi ni bila saya buat dia sungguh menjadi.

Roti Potato

600 gm tepung roti
100 gm gula
1.5 tsp garam
2 sudu besar dry yeast
1 biji telor
270 ml susu segar
120  kentang putar or 2 sudu besar potato flour ( dibancuh dgn air)
60 gm mentega/ butter

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm BM; tepung followed by yeast, potato flour, gula, garam, telur dan susu serta butter
BM 'dough'- tumbuk dan bulat2kan
Rest kan.......
Sapu kuning telor (glaze) dan paipkan custard (susu, gula dan tepung custard - masak) silang pada roti
Bakar pd suhu 160-180' for 25 mnts



***********************************************

Roti Sausage


120 ml susu segar
50g telor
300 gm tepung roti
1 tsp grm
3 sudu besar gula
60 gm butter
1 tsp dry yeast
12 btg sausage
sos tomato/ cilli
mayonese
kuning telor utk glaze atas

cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm BM; tepung, yeast, butter, gula, telur, garam, susu dan telur
BM.. kluar dan tumbuk2
Bahagi 12 bhagian
Rehatkan 10 mnt
pintal, spiral or flowerkan
Bakar 10-15 mnt suhu 180'C
nak mkn bru letak mayo dan sauce





Thursday, December 6, 2012

~Mengira hari balik Malaysia~



Banyak entry yang tertunggak disebabkan kesibukan yang melanda.

Tapi entry yang ni melangkau entry-entry yang masih dalam simpanan. Hahaha (^_^)

Cannot wait to tell you guys that I'm going back to Malaysia for holiday!!

Yeay!
Yeayyy
Yeayyyyyy



Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...