CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 28, 2012

~Facebook I kena pantau~


Siapa yang takde facebook di zaman yang serba moden ni?  Most of them ada and I believe kadang tu siap buka 2, 3 account lagi..Tak kisah la.. Tu kisah mereka, tapi yang ni nak  cerita tentang kisah saya.

Yes and yes my FB dah kena pantau!!!

Not by KGB, FBI, CID, Interpol..(ceh kelas la konon, ko ingat ko siapa)...

Back to alam nyata..Hehehe....Kekdahnya FB saya telah dipantau oleh seseorang yang bernama SUAMI iaitu bapak kepada si Zara..Zara tu anak saya! For the moment she's the only child that I have..akan ditambah lagi tapi kemudian...*apa melalut ni*

Back to my cerita again...Actually dia pun ada FB tapi not so active..kawan-kawan pun dia approve yang dia betul-betul kenal je...Jarang sangat-sangat dan sangat dia post any status.  Ke tak pernah?

So contra dengan I yang suka jugak mengupdate benda-benda kat FB..

Banyak kali dah Daddy tegur yang dia tak berapa suka FB ni sebab kadang tu takde privacy.  Teguran tu actually memang dikhaskan untuk I lah kan.. Siapa lagi? Muahahaha ;))  Maklumlah si isteri ni semua nak dicerita.  Pegi sana cerita, pegi sini cerita, dapat duit cerita, naik pangkat cerita..Kadang tu each and every movement mesti je nak update.   I pun one of them :(

So, bila difikir-fikirkan balik, kadang I think betul jugak.  Not every single thing kita kena update dalam tu. Yelah katanya nak share dengan friends lah, BFF lah...Tak kisah pun.  Tapi kadang benda tu boleh mendatangkan riak, perasaan menunjuk-nunjuk dan sebagainya.  Nauzubillah!!

So today, Jumaat yang indah..I have decided to minimize penggunaan Facebook I dan meminimumkan apa-apa yang rasanya perlu diminimumkan.  Heheee (^_^)



Thursday, September 27, 2012

~Malaysian Baby Names~



Baby Center pun ada buat Malaysian baby names ranking....

Eh, nama Zara termasuk dalam top 25 la..Qistina pun ada..

Anak saya bukan 2 orang ye..Baru seorang.  Abis kenapa Zara masuk, Qistina pun masuk jugak??

Sebab si kecil comel nama dia QISTINA ZARA.

Click kat sini untuk tengok list nama.  2012 belum ada ye..Yang ni pun tahun 2011.  Tapi boleh je buat reference pada siapa-siapa yang ketandusan idea kan.





Monday, September 24, 2012

~Bila anak demam..emak jadi super duper risau~



Mak bapak mana yang tak risau bila anak kecik demam...diiringi pulak dengan muntah-muntah..

Hati jadi runsing...

Makan tak lalu..

Tido pun tak lena...

Tambah pulak bila si emak sakit perut..Adoyaii...

Nasib baik ada Daddy yang prihatin..

Thank you Daddy jaga Zara yang demam dan jaga Mummy yang sakit perut..

Disebabkan hati gundah gulana risau anak demam..sakit perut yang memulas-mulas pun macam malu-malu nak jelmakan diri.  Sekejapan je terus hilang..Bolehhh??

Si kecik yang dah sihat dan puas tido terbangun pukul 1 pagi nak main...Alahai sayang..Tido..tido..esok baru main ye!


Monday, September 17, 2012

~S.E.P.U.L.U.H~



16 September 2012..

10 bulan...

2 bulan lagi genap la Zara setahun!

Kejap je kan..

Zara semakin membesar (^_^)

Mummy pun membesar...bila nak kurus nih..haihhhhh  :'-(



Thursday, September 13, 2012

~Legoland Malaysia~



Grand opening will be on 15 September 2012.

Wah, seronot-dua ronot!!! untuk rakyat Malaysia lah, especially to Johorean...yelah 1st in Asia. Bangga!!

Saya disini sebagai anak jati Johor tumpang seronok jugak.  *Next year baru dapat jejak tempat ni kot*

76 ekar! Luas tuh..sehari tak tau cukup ke tak..

Anak-anak haruslah cukup suka!!! Jangan ada yang tak nak balik sudahhhh....

Miniland pun ada!! Wahhhhhh..

Kat bawah ni saya tolong letakkan harga tiket.  Buat judgement sendiri lah ye.  But for me the price is quite expensive.  Mungkin Legoland Malaysia ni ada target market dia sendiri kot.

ONLINE TICKETS  

1 day ticket adult (12-59)
Reg. Price:  RM140
Online (Public Opening Day Ticket:  RM140 (incl. keychain & t-shirt)


1 day ticket child (3-11)
Reg. Price:  RM110
Online (Public Opening Day Ticket:  RM140 (incl. keychain & t-shirt)


1 day ticket senior ticket (60+)
Reg. Price:  RM110
Online (Public Opening Day Ticket:  RM140 (incl. keychain & t-shirt)

ANNUAL PASSES

Adult:  RM245
Children:  RM180
Senior Citizen:  RM180

Yang annual passes tu boleh la digunakan untuk setahun.  Nak masuk banyak kali pun takpe, hari-hari pun boleh.  Takde siapa nak marah, sebab katanya annual pass kannnnn.

Untuk family yang kurang senang dan anak ramai...ermmm, banyak jugak duit nak digunakan tu.



Untuk kami laki bini je kena bayar RM280...Zara free sebab dia belum pun setahun..

Ok, RM280 tu banyak tau!! Masuk sekali jelah kot..once for a lifetime..Ambik gambar banyak-banyak, main puas-puas dari bukak pintu sampai pintu nak tutup!! Haha



Thursday, September 6, 2012

~Terkeluar isi perut beg~



Dengan muka tak bersalah si kecik dengan selambanya telah memuntahkan isi perut beg Mummy.

Yelah sekarang kami share beg...

Beg besar Mummy bukan lagi dipenuhi dengan beg make-up..Sekarang dah jadi tempat letak susu, simpan puting, pampers, baby wipes.  Huhu

Disebabkan kami berkongsi beg, jadik tak salah la kot kalau Zara sepahkan.  Beg dia kan..Ermmm





See, muka tak bersalah je kan anak dara ni.

Mummy tak marah pun sebab memang naluri budak-budak kecik cenggini suka explore everything.

Tapi tak ku biarkan barang-barang tu lama bersepah macam tu sebab semua habis dihisap.  Habis sessi selidik-menyelidik cepat-cepat masukkan semula dalam beg.  Huhu


Tuesday, September 4, 2012

~Pelajar Malaysia maut dalam kemalangan di Rusia~



Semalam kami disini dikejutkan dengan berita 2 orang pelajar Malaysia maut & 5 lagi cedera dalam kemalangan di Rusia.  Sangat sedih kerana pelajar-pelajar tersebut baru pulang dari bercuti di Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka di Nizhny Novgorod State Medical Academy.

update:  saya masukkan video berkenaan kemalangan tersebut



Al-fatihah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Dan kepada 5 orang adik-adik yang cedera dalam kemalangan tersebut, saya doakan semoga mereka tabah menghadapi ujian...Jangan lemah semangat dek kerana incident ini kerana perjuangan kamu untuk bergelar "doktor" masih belum selesai..


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...