Alhamdulillah..bersyukur dengan rezeki yang diberikan. I bukanlah nak menumpang senang or nak sharing2 duit tu dengan my mum cuma sebagai anak Felda (generasi kedua) I rasa gembira on behalf of my mum berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun hakikatnya ada jugak pihak yang tak bersetuju dengan perkara tersebut.
I believe apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk warga Felda dan bukanlah sebaliknya.
Arwah abah
(tetiba sedih terus, i memang close to my late father that's why cepat sedih) dulu selalu je cerita macamana kesusahan yang ditempuh masa mula-mula masuk Felda dulu. Felda zaman 80-an tak sama dengan Felda sekarang. Felda sekarang rumah batu, kemudahan pengangkutan dah senang, perhubungan pun senang; telefon ada, tenet ada, semua ada. Tapi I dengar masih ada jugak yang tak sanggup nak bertahan. Fed up dan terus tinggalkan Felda tersebut.
Imbas zaman dulu. At that time when my parents move to Felda I belum lahir lagi. If tak silap masa tu dah ada kak sulung, kak no. 2 dan abang I. Abang yang atas I betul-betul tu tak sure lahir kat kampung or kat Felda. Yang pasti I lah yang lahir kat Felda tu. Hikksss :D
Mengikut cerita arwah abah dan cerita mak, ada jugak dapat tentangan masa nak masuk Felda dulu. Sedara mara kata macam-macam tapi arwah abah tetap pergi memikirkan masa depan keluarga kami. Ada jugak sedara mara yang pandang semacam
(nak guna perkataan "hina" tapi macam keterlaluan kot). Yelah masa mula-mula masuk tu memang kiranya agak jauh ke pendalaman, macam duduk dalam hutan gitu. Takde kemudahan pengangkutan. Arwah abah kuat semangat, mak pun sama dan akhirnya dengan segala kesusahan, kepayahan, keperitan dan sebagainya alhamdulillah hidup kami berubah dari semasa ke semasa, berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Cerita kelakar kakak-kakak I yang paling I ingat sekali..Zaman dulu-dulu kan toilet kat luar kan. So one fine day, kak I nak pergi toilet, tengah-tengah sedap duduk dalam toilet datanglah cik monyet menjengah..It was so funny. kekekeke :D
(masa tu I baby lagi).
Kehidupan I masa budak-budak dulu memang seronok sangat. Walaupun kami tak senang sangat, tapi cukup makan, pakai, dapat pergi sekolah dan kami sangat enjoy dengan kehidupan kami. I pernah ikut abang I pergi pancing ikan kat kolam, berkubang dalam kolam, main pondok-pondok, main baling selipar, main "rondes", galah panjang, sembunyi-sembunyi. Seronok sangat. Sebabnya ramai kawan-kawan yang lebih kurang sebaya, so bila main tu ramailah geng kan!
*Rindu sungguh kenangan masa tu*
Pantas je masa berlalu, dah sekarang I dah berumur 32 tahun. Kenangan masa kecik masih segar dalam ingatan, manakan boleh lupa sebab semuanya seronok belaka
(pengalaman yang mungkin tak diperolehi oleh kanak-kanak sekarang).
Dalam pada tengah bercerita ni, terasa rindu sangat nak berada di bumi Felda Pengeli Timur. Menghirup udara tempat I dilahirkan dan dibesarkan..Tapi mana mungkin dengan tiba-tiba I boleh berada kat sana sebab jarak 8,118.86 kilometer memisahkan kami. Syukur kenangan manis masih tersemat teguh dalam ingatan. Lambat laun dan insyaAllah dengan izin Allah akan sampai jugak me & my family ke bumi bertuah itu.
Back to
durian runtuh untuk warga Felda, kita sebagai anak-anak tak payah la nak berebut-rebut dengan duit tu ye. Alangkah baiknyer kalau "durian runtuh" tu digunakan dengan sebaiknya oleh ibubapa kita untuk perkara yang lebih berfaedah. Anggaplah duit tersebut sebagai bonus untuk kesusahan, kepayahan dan keperitan yang telah ditempuh oleh orang tua kita untuk membangunkan tanah Felda tersebut.
p/s: Wang ringgit tak mampu untuk menggantikan keperitan yang telah mereka tempuhi dulu, tetapi kasih sayang dan perhatian sewajarnya dari anak-anak amatlah diperlukan di kala mereka menempuh usia tua..