CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 20, 2012

~Kek Batik Arora~

Hah!!! Jangan tak caye, nama penuh glamor you!! Arora lagik!!

Cilok resepi dari blog Mat Gebu.. Kek batik arora aku ni takde lah secantik kek yang dibuat oleh jari jemari Mat Gebu. Saya kan budak baru belajar apa nak kecoh. Will improve from time to time!! (^_^)

walaupun corak tak cantik tapi nak jugak tepek kat sini


Baby Zara tido.  Daddy dia pun tido.  Mummy je tak tido.  Jadinyer terus masuk dapur dan siapkan semua bahan-bahan seperti di bawah:

250 g mentega
1 cawan gula
3/4 cawan susu pekat manis
2 1/2 cawan tepung gandum
2 camca teh baking powder
6 biji telur
1 camca teh ovalette
4 pewarna ikut apa yg ada: hijau pandan, coklat emulco, kuning vanilla & merah sirap


1.  Panaskan oven pada suhu 175c, lenserkan loyang dengan mentega.
2.  Putarkan mentega, ovalette dan gula hingga sebati.  Masukkan susu pekat manis dan putar lagi.  
3.  Masukkan telur satu persatu, pukul hingga kembang.
4.  Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga rata.
5.  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan masukkan perisa yang digemari dan kacau rata.
6.  Masukkan dalam loyang, selang selikan  dengan corak yang disukai.
7.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.


Friday, February 17, 2012

~Ubah bulan~

Ni bukan nak cakap pasal bulan Januari sampai Disember!

Tapi pasal baby berubah bulan. Anak-anak you all pun sama tak?

Zara dari bulan pertama nak masuk 2 bulan..Dua tiga hari dia nak genap dua bulan tu asyik buat perangai je, nangis dan nangis, tido pun tak nak sangat! Pening kepala kami suami isteri. Rupa-rupanya dia nak berubah bulan. Masa tu kami tak tahu lagi.  Mak mertua yang bagitau.  Terima kasih mak!

Semalam Zara genap 3 bulan.  Seminggu jugak dia buat perangai tak nak tido siang! Sebab dah tau jadi kami taklah pening-pening kepala lagi kot dia sakit ke apa ke.

Hari ni dah genap 3 bulan 1 hari, ermm, tido je dia..Alhamdulillah (^_^)

Tuesday, February 14, 2012

~Saya menangis tersedu-sedu~

Naluri sorang ibu / mak / mama / mummy dan sebagainya.  Mudah sangat menangis! Tambah pulak berjauhan dengan si kecik.  Selalu kami berkepit je.  Kalau jauh pun setakat saya kat dapur, Zara dekat living hall tengok katun.  If tak pun saya dalam toilet dan Zara dalam bilik tidur. If jauh sikit lagi saya dekat tingkat bawah, Zara dekat tingkat atas.

Tapi hari ni memang kami betul-betul jauh; saya di office dan Zara di rumah! Salam hubby nak pegi kerja dah start menangis, cium baby tambah sedu-sedan. Sampai office nak nangis lagi ingat baby.

Tambah sebak lagi bila berjauhan selama lebih kurang 9 jam. Hati rindu tak tertahan.  Risau tidaklah. Alhamdulillah sebab Zara dijaga oleh Daddy dia. Pasti selamat!!! Tak payah risau takut anak dimarah, dipukul, dicubit, dibiar menangis.  Macam tu ke kalau dibiarkan dengan maid, ditinggal di taska? Serammmm..

Semangat Tun Teja masih teguh dalam diri saya, cumanya hati ni je yang semakin fragile, mudah menangis sejak bergelar "Mummy"..Gembeng? Ermmm, biarlah!!

~Salah percaturan? Silap buat keputusan?~

Dalam hidup kita tak pernah lari dari salah membuat keputusan ataupun kita panggil salah percaturan hidup.

Bila jadik macam tu mesti kita akan kata "ermm..kenapalah dulu tak buat macam ni".."patutnya pilih yang tu".."ishhh.ishh..menyesal pulak ambik keputusan tu"

So, siapa yang nak dipersalahkan? Orang lain, diri sendiri, kawan-kawan??

Oh, semestinya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Perlu redha dan pasrah.

p/s:  memang redha dan pasrah tapi rasa menyesal tetap ada dalam diri..sesungguhnya kita insan yang lemah kan, tak lari dari kesilapan dan sifat menyalahkan diri sendiri.



~Tamat 90 hari. Bermakna??~

Yes!!! It's true...Sungguh benar dan sungguh betul jawapan tu!

Esok bermakna hari ke-91.. dan bermulalah episod baru.

KERJA!! KERJA!!! KERJA!!!!

Tak boleh dah nak berkepit dengan baby 24 jam..Pasti rindu!

Thursday, February 9, 2012

~Pengalaman berpantang~

Berpantang??? Eh, awak kan dah lama bersalin bulan 11 tahun lepas..nak masuk tiga bulan dah!!! Ermmm.. ntah kenapa takde mood lah nak share pengalaman awal2 dulu... Sibuk layan baby dan bapak baby!! Hahhh, jangan lah pulak mensongsangkan fikiran ye..Sila fikir yang baik2 sahaja...Ok stop!!!

Kiranya yang macam berpantang betul2 cuma masa kat hospital tu je..Only one week!! Malam tido lena sebab saya tak bawak baby tido dengan saya, lagipun time tu badan lemah, luka belum baik lagi.  Turun naik katil pun seksa.. Jadinya terpaksa menahan diri supaya bersabar.

Bila dah balik rumah berpantang jugak tapi dah mula buat kerja rumah sikit.  Ermm..keluar hospital sampai rumah benda pertama yang saya buat ialah LIPAT BAJU!!!  Time ni Zara tido..bila dia bangun tu nak tukarkan baju dan pampers..Fuhh!! time ni siap berpeluh-peluh kami laki bini !!! Lama jugak baru siap sebab kami buat slowly n softly..Hahaha (^_^) Yelah, baby kan kecik lagi, so fragile!! Bukan cam nurse kat spital tu, tukarkan pampers cam lipat baju gayanya!! Huh!!

Ok, minggu kedua berpantang tak lah buat kerja lasak-lasak sangat takut pulak bila dengar cerita ada yang jahitan terbukak, bernanah..huh!! serammmmmm...Setiap pagi dalam minggu kedua tu basuh baju, sidai baju dan lipat baju..segalanya tentang baju!! Tengahari makan.."Ape yang awak makan ye?"...Jawapan ikhlas; "saya makan nasi putih, sup ayam + sayur...that's all"...Tiada istilah ikan kering bakar cicah air asam sebabnya hubby kata tu makanan yang tak berkhasiat..Orang berpantang kena makan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan luka pembedahan (ayat skema). Petang tido kejap, cover untuk berjaga malam, paling lama saya tido 1 jam!! Memang dari dulu tak biasa tido siang!! If tak tido baca buku!!

Minggu ketiga berpantang pun masih buat kerja-kerja yang sama jugak!

Minggu keempat dah tak tahan dah kaki tangan gatal nak mengemas rumah!!!

Sepanjang sebulan tu jarang sangat tido lena time malam, berjaga dan berjaga dengan baby..Laki bini berjaga...Bawah mata bengkak, mata merah dah macam zombie.. Mulanya tension jugak tak tido ni, kepala pening kan! Tapi waktu baby berjaga ni tukar-tukar..Kejap siang, kejap malam tapi bila berjaganya tu lama lah almost 8 hours..nak kita pegang dan dodoi..sakit belakang..huhu

Minggu kelima dah sihat kiranya!! Luka bekas operation dah baik tapi yang luar lah..yang kat dalam tak tahu ape cerita..cuma kadang-kadang rasa pedih..Mentang-mentang dah sihat keluar rumah bawak baby pegi taman main snow! Ahakssss

Minggu-minggu seterusnya takde istilah berpatang dah, masa ni jadik suri rumah sepenuh masa! Masak, basuh baju, sidai baju, jaga anak, basuh pinggan, lipat baju..semua kerja rumah saya buat!! Seronok jugak jadi suri rumah sepenuh masa ni kan!! Yang paling best ialah layan baby lah!! Tengok progress dia from time to time..tak lepas!!!


Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...