CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 31, 2013

~New year 2014~



Now the time here in Moscow is 6.30 pm.  5 1/2 hour more to celebrate the New Year 2014.

But here in our house only the 2 of us left; me and Zara.  She is sleeping while Mummy tengah update blog yang sejak kebelakangan ni sepi dan hampir bersawang.

Kenapa berdua?  Mana Daddy?

Ermm..Daddy is not around.  Baru je bertolak ke airport.  8 hari Daddy takde dengan kami.

Pasti kerinduan yang amat sangat!

Especially sayang manja Daddy budak kecik ni..

Mummy? Eh, mestilah rindu jugak..eheehhehee



Di kesempatan ni saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan yang membaca blog picisan ni.

Bye!!





Tuesday, December 24, 2013

~Alhamdulillah, grand prize itu milik kami~


Uhuhuuuuu!

Ingatkan percutian yang lepas (which masih belum sempat nak diceritakan di sini) adalah "percutian Eropah"  terakhir kami sekeluarga sebelum back for good.

Tapi Tuhan masih mahu memberi kami peluang untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya.

Syukur!

Dan di malam "Year End Dinner" itu kamilah yang bertuah kerana dengan tak disangka nombor kami rupanya sangat-sangat bertuah.

Dari awal aim for electrical stuff tapi dapatnya yang ni pulak!


Return ticket Moscow to any Europe country for 1 person.  

So kena la tambah tiket untuk dua orang lagi.

Mana percutian kami?

Ermmm..dah ada dalam perancangan tapi tunggulah dulu.

Hiks (^_^)

Ok, bye!!


Thursday, December 5, 2013

~Akan Merindui Moscow~


Setiap yang datang pasti akan pergi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Sejauh mana kita terbang pasti akhirnya akan pulang ke sarang.

I'm going to miss Moscow so much!



Monday, December 2, 2013

~Penyokong Tegar CHELSEA~



Daddy ialah penyokong tegar Chelsea.

Dan secara tak langsungnya kami pun terikut jugak, tapi taklah terlalu tegar. 

Hewhewhew *ketawa sambil tutup mulut*














See? Most of the pics semua Daddy je..

Kami tumpang menempel je..

Hakss! 

Oh, actually masa ni London hujan, seharian hujan.  Huhu

Tapi kami gagahkan jugak pergi sebab as I said; Daddy penyokong tegar Chelsea..

Rupanya ada match pulak aritu, patutlah underground penuh! 

Lupa pulak nak bagitau..Actually ni adalah percutian kami bulan November yang lepas sebelum birthday Zara.  Cerita pasal percutian tu nantilah saya share kan ye.  


p/s:  2 kali dah ke London tetiba saya rasa "ok, enough with London".  London je tau bukan UK :)


Tuesday, November 26, 2013

~Mengaku adik beradik tapi bersikap talam~



Jahat sungguh orang yang cenggini.  Paling bahaya dalam banyak-banyak kawan.

Yelah depan kita konon mengaku "ala, kita orang dah macam adik-beradik dah"..

Hok oloh!!! Cenggitu ye..

Tapi dalam pada baik-baik tu sempat tikam kawan yang kononnya adik beradik tu.

Apa kes bro?

Ishhhhh, semak la orang macam ni.  Tak payah kawan pun takpe tapi masalahnya bila kita tak nak kawan dia pulak sebok-sebok nak rapat dengan kita kononnya macam "eh kenapa ko ni, aku tak buat salah kat ko pon"..

Hah, gitu lah manusia, bila dah buat salah, dah tikam belakang ko pura-pura buat baik konon kata ko tak pernah buat gitu kat kami.

Boleh blah!

Dan, kami tak rasa rugi pun tak kawan dengan ko!

Sebabnya, dalam berkawan tu KEJUJURAN ialah kata kunci

Sekian, harap maklum!


p/s: adakah ini luahan perasaan yang tak menjadi? *wink*




Monday, November 18, 2013

~Zara turns 2!~


Tajuk sama je macam dalam FB.  Senang!

Semalam actually birthday dia!  Kejap je dah 2 tahun..Nak cakap macam baru semalam lahirkan dia macam tipu pulak! Tapi hakikatnya memang cepat je masa berlalu.  Rindu pulak saat-saat dia bayi dulu, time berpantang, berjaga malam...oh, indahnya kenangan.  Memang sweet sangat!

Tahun ni takde celebration, takde party, takde jemputan.  Cuma kami bertiga! Birthday girl; Zara, Mummy & Daddy!

Reason?  Ermmm..no reason cuma nak kami-kami je, luangkan masa sama-sama.  Layan dia macam princess!

Eh?? rasanya kami memang selalu je luangkan masa sama-sama dan setakat ni memang dia sorang so memang dia lah princess, dia lah permata, dia lah segalanya bagi kami berdua.  Cuma 16 November tu special so ntah la tak reti nak cakap macamana tapi memang kami nak celebrate bertiga je.

Walaupun takde party, tapi tetap ada kek untuk princess.  Memang sebulan lepas Daddy dah janji nak belikan ice cream cake untuk Zara.  Zara tak tuntut tapi Mummy yang ingatkan, padahal tuntut, hah! sedikit over disitu.  Hiksss :)






Sesungguhnya Mummy dan Daddy mendoakan pertama hati kami dikurniakan akal fikiran yang cerdik supaya menjadi anak yang bijak pandai. dikurniakan tubuh badan yang sihat agar menjadi anak yang cergas, dikurniakan hati yang bersih supaya menjadi anak yang solehah, dirahmati dan sentiasa berada di dalam peliharaan Allah swt.  Amin.


p/s:  kenapa tiba-tiba saya rasa sedih ni? 





Thursday, November 14, 2013

~November~


NOVEMBER!

Baru balik bercuti!  Nanti lah cerita..mood belum sampai (^_^)

And going to celebrate lil Zara 2nd birthday party!  Party?? Not really a big party, party among Zara, Daddy & Mummy je. Kiranya private party la gitu *wink*


Thursday, October 31, 2013

~Europe Trip: Stoke-on-Trent (The End)~



Memang seronok walaupun penat.  Jom imbas balik:

Percutian kami dimulai dengan menjelajah ke negara Sepanyol.  Tapi kami cuma discover Madrid sahaja, 3 hari dua malam di Madrid dapatlah kami melakukan city tour dan tak melepaskan peluang menjelah Stadium Santiago Bernabeu milik Kelab Real Madrid.

Habis di Spain, kami ke Itali...to be specific kami sekeluarga ke Milan.  Dalam pada seronok bercuti ada jugak kisah duka disebaliknya :(

Memang menyedihkan tapi kalau terlalu fikir maka tak jadilah percutian ni, tak kan nak terus balik ke Moscow? Rugilah semua yang kami dah booking. Tak adil pulak untuk Daddy dan Zara.

So, teruskan jugaklah dengan perancangan kami.  Dari Milan terbang semula ke Gatwick untuk ke Manchester then ke Liverpool dan untuk entry yang terakhir ni kami singgah ke;

STOKE-ON-TRENT!

England kan memang dikenali dengan barangan pinggan mangkuk yang pelbagai, majoriti brand yang terkenal seperti Royal Albert, Churchill, Wedgwood, Royal Doulton dan macam-macam lagi lah. Boleh je layari website ni untuk menjelajah Stoke-on-Trent secara maya :)

Disebabkan kekangan masa, maka kami cuma sempat singgah di Wedgwood sahaja.








Nak masuk museum memang seriously tak sempat, tapi masuk ke factory shop sempat pulak.  Eh? Eh? Haha..but again kami cuci mata je.  Nak beli Royal Albert tapi ermmm..maybe next visit kot?! InsyaAllah.. (^_^)  Tapi bila dah balik rumah menyesal pulak tak beli frame Royal Albert, tak mahal pun.  Adoi la kenapa bengong! Selalu buat perangai macam tu, takmo beli tapi bila dah balik terbayang-bayang.  Tak faham betul dengan perangai sendiri tau! Haihhh




Sebenarnya ada jugak cerita kelakar sepanjang dari Manchester nak balik ke Gatwick ni.  Cik Tom-Tom kita buat hal pulak.  Dia macam bengong-bengong jugak, kejap on kejap off, lepas tu asyik replanning je.  Ko biar betul Cik Tom-Tom.  Dalam pada dia bengong tapi dapat jugak kami masuk balik ke highway untuk ke next stop! Hahaha

BICESTER VILLAGE!

Boleh je klik kat sini kalau nak tau Bicester Village tu apa..But again, cuci mata je, beli apa yang perlu sebelum balik ke Moscow!









Dari Bicester Village, Cik Tom-Tom memang dah menggila, langsung takmo hidup.  Parah hidup kami! Usaha jugak cari jalan untuk masuk ke highway, walaupun tersesat tapi masih berjaya jugak kami cari signboard.

Bila cuaca dah gelap dalam pukul 8 lebih gitu, ok surrender sebab Mummy tak tahan nak gi toilet, so kami berhenti di Beaconsfield untuk rehat dan tenangkan fikiran yang kusut.  Lepas perbincangan suami isteri selesai, maka kami tawakal pada Allah supaya kami selamat sampai ke Gatwick tanpa bantuan Cik Tom-Tom.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Premier Inn Gatwick hampir pukul 11 malam.. Memang letih.  Sebenarnya kalau Cik Tom-Tom "sihat", kami percaya pukul 9 dah boleh sampai dah.  Bila dah penat tak mampu nak buat apa dah.  Cuma nak tido sahaja puas-puas sebab flight kami ke Moscow esok tengahari.

Ok, bila dah sampai ke Gatwick maka habislah cerita percutian saya.

InsyaAllah kita jumpa lagi dalam cerita percutian akan datang!

Bye!! (^_^)


Monday, October 28, 2013

~Europe Trip: Liverpool ~


Kalau ada yang bosan, maaf lah ye. Tapi saya pun dah bosan jugak sebab tak abis-abis cerita ni. Hohoho :) Tapi takpe kan saya dah janji dalam entry lepas yang cerita ni akan habis dengan Part 3.  So hutang satu jelah lagi sebab saya pun dah tak larat.  Nak letak gambar je macam tak aci pulak untuk diri sendiri.  Yelah, blog ni like my diary.  Esok lusa kalau rasa nak belek hah pegi je kat sini baca sampai puas! Kennnnn..

After Manchester, jom kita ke sini pulak!


LIVERPOOL! Yeayyyyy..

Albert Dock is a must visit place kalau datang ke sini.  Bangunan lama yang dibina pada tahun1837 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1846.  Dan inilah bangunan pertama di Britian yang dibina menggunakan cast iron, brick, stone with no structural wood.  Wow!! Albert Dock adalah tempat di mana terdapat pelabuhan untuk kapal-kapal belayar mengambil stok barang-barang di gudang-gudang yang terdapat di sana.  Tapi sekarang  tempat  bersejarah ini masih lagi dikekalkan dan menjadi one of the tourist attraction.










Besar jugak kawasan ni.  Penat jugak buat satu pusingan.  Tapi sebab ia berdekatan dengan laut, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa maka kepenatan pun hilang! *chewahhhh* dan perjalanan diteruskan lagi, sambil membeli souvenir untuk diri sendiri. hahaha :)


Dah terlanjur di Liverpool, maka jelajah la terus ke Liverpool Stadium..Kan dah kata, percutian kali ni memang stadium ialah "tajuk" utama. Hehehe





beriya dia memilih



Habis di stadium, kami terus ke ELLESMERE PORT!  Tujuan ke sana adalah untuk bershopping di Cheshire Oaks Designer Outlet.  Tapi takde lah kami sakan shopping pun sebab dah berhabis duit kat Milan, tengok-tengok cuci mata sahaja.




making friends..sama-sama pilih kasut


Ok, now I'm done with Part 2..As promised, one more part left, Part 3 will be published soon and it will be the last.

Till then...Dadaaaaaa

......to be continued with Part 3 (End)





Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...