CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

~~manusia selalu lupa~~


Sejak duduk sini jarang dah pakai baju kurung..Kalau pakai pun time ada majlis2 rasmi je or xpun bila datangnya ari Jumaat..Bukan apa tapi senang nak bergerak ke sana sini...So last Saturday bila attend APWG Bazaar 2011 so kami; Perwakilan Malaysia di Moscow ni digalakkan memakai baju yang berunsurkan batik..Since aku xde bawak blouse batik jadinyer pakai jelah baju kurung batik yang ada..

Pagi tu dijadikan citer aku bangun 3.30 pagi..tolong chef masak-masak bihun goreng untuk diagihkan pada student yang menari...Cam biasa lah..bila chef yang masak, so assistant chef ni pun kena la mengemas apa yg patut..basuh membasuh dan sebagainya...Tengok jam tetiba rasa cam dah lambat..

Terus naik atas dgn kelam kabutnya untuk menyiapkan diri sendiri pulak. Tetiba time nak pakai baju tu kan..  tengok cermin rasa perut buncit sikit..terus je sambar girdle..konon nak bagi perut tu flat sikit la kan.. eh, dan tetiba je lagi teringat yang diri sendiri mengandung! mmg la perut buncit..hehehe (^_^) ...Terus je say sori to baby, yelah if x mesti baby rimas mommy dia dok pakai girdle..sempit la baby kat dalam perut kan..kan..kannnn???

p/s:  walaupun bersiap bagai lipas kudung tapi aku tetap merupakan org yg terlambat sekali naik bus.. ;D

~~APWG Bazaar 2011~~

Last saturday @ 28 Mei 2011 berlangsunglah annual bazaar yg dinamakan APWG Bazaar 2011 (Asean Pacific Woman Group)..kul 6.30 pagi dah kuar umah menuju ke Radisson Hotel tuk membuat persiapan yg sepatutnya....Antara yg involve dlm bazaar ni ialah negara-negara Asean yang berada di Moscow...dan tujuannya simple je..."untuk memperkenalkan produk dan makanan dari negara masing-masing"..

Maaflah kengkawan gambar x banyak sebab "Mak Yong" ni, pagi sabtu aritu sakit pinggang sebab berdiri lama sangat..dahnyer duduk je x round2 sangat pun..petang pulak pening datang melanda..ha, jadinyer 5 keping gambar ni jelah yg ada...huhu (^_^)







Monday, May 16, 2011

~~x sempat tengok pun album kahwin sendiri~~

Sedih gak bila x dapat tengok album kahwin sendiri kan..lepas sebulan kat Moscow ni barulah album kahwin siap..Memang x sempat la nak tengok dan gamaknyer bulan 5 tahun 2012 la kot baru dapat tengok (after setahun lebih majlis kahwin)..Ni je yg dapat aku tengok, tu pun bila photographer update website dia beberapa minggu yg lepas..

p/s:  Kak Fiza (member aku yg posting kat Seoul) selalu je kata "Oja antara pengantin kat Malaysia yg kelam kabut"..mana x kelam kabut; nikah pun kelam kabut, persiapan kahwin bertembung dgn persiapan posting..huru hara...Alhamdulillah semua pun dah selamat dan saya pun dah selamat mengandung..hikhikhik (^_^)

~~jom ke VDHNK~~

Last Saturday was amazing..akhirnya aku kuar gak dari kepompong...hahahha (^_^)  Tempat yang kami (siapakah kami? "me, hubby n our fren Najwa) pergi ialah ke VDHNK...maybe ada gak yg x tau cane nak pronounce tempat tu...if ikut ejaan bebudak sekolah bunyiknya ialah "Ve-den-hak"..(x rupe bunyik cenggitu pun kan).

So apa yg ada kat VDHNK ni?  Ada Cosmos Museum, park, tulips dan sebagainya..Enjoy jugaklah...tempat pertama yg kami lawat ialah ke "The Cosmonautics Museum"....Museum ni dia pamerkanlah semua-semua astronaut Russia yg dah ke keluar dari bumi ni naik ke ruang angkasa lepas....Bukan astronout Russia je tapi ada jugak astronout dari negara-negara lain yang dok tumpang naik kapal angkasa Russia ni...Astronout Malaysia pun ada tau!!!! 
Meh layan gambar jelah...

Me, Hubby & Yuri..

kat luar museum


Yuri Gagarin..the 1st astronaut


 

antara makanan yg dibawa


benda ni kekadang kita nampak dia jenjalan kat bulan..

told you..Malaysia boleh!!!!

kami wakil dr Malaysia :D
Patutnya perjalanan hari Sabtu tu diteruskan dengan ambil gambar tulip, posing2 tapi hujan la pulak kat VDHNK ni...xpe next time kami datang lagi!!!!

p/s:  tetiba aku dah kemaruk nak jenjalan..huh?? hehehee

Wednesday, May 11, 2011

~~ mengandung di perantauan.. teringin itu dan ini ~~

Tajuk di atas adalah merupakan satu kesedihan dan cabaran yang amat hebat ye kawan-kawan... Bukan senang mengandung di perantauan ini.  Apatah lagi di negara yang begitu asing dan berlainan sekali tekaknya dengan orang Malaysia yang mana makanannya adalah begitu pelbagai, berwarna-warni dan sungguh meriah! Memang heaven makanan orang Malaysia ni..Terbaekkkkkk!!!!!



Dan adalah malang juga bagi mereka yang duduk di perantauan ni tapi tak pandai memasak seperti aku!!! uhuk..uhukkkk..huwaaaaaa :(((( Adakah disebabkan aku puteri bongsu yang manja maka selama ini aku hanya mengharapkan mak dan kakak-kakak untuk masakkan??? Mungkin "ya" dan sesungguhnya menyesal kerana x mencedok ilmu dari mereka-mereka...Dulu asal balik kampung mesti je merengek teringin tu teringin ni and ada je orang yg tolong buatkan ataupun jalan paling senang pegi je pasar malam beli barang sehinggit dua dah kenyang..but nowwwwww??? Bak kata pepatah, "menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian x berguna"...tapi sekarang ni aku berusaha jugak buat kekuih yang teringin nak makan walaupun selepas percobaaan yang ke-3 dan ke-4 baru menjadik..




p/s:  hanya mampu melihat dan merenung sahaja kuih2 di atas ni...ntah bila baru nak pandai buat.;
"GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMANYA"

Thursday, May 5, 2011

~~ evening sickness ~~

Evening sickness ke morning sickness ke, dua2 pun memang memenatkan..

Aku dapat "evening sickness"...balik kerja masuk je rumah x sempat naik atas terus je muntah..nasib baik toilet bawah dekat dgn main entrance...maka melambak2lah muntah kat sinki tu...makanan keluar, air hidung keluar, air mata pun keluar...bila dah muntah tu siap diiringi dengan episod pertama, kedua, ketiga dan keempat...dan seterusnya disusuli dgn tekak yg amat pedih sehingga x boleh nak menelan air liuq sendiri...fuhhh!! memang cabaran yg paling mencabar..

Sekian dulu.. :D

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...