merdeka datang lagi..
cuma kali ni dibulan yang mulia..bulan ramadhan..seperti tahun2 sudah bnyak la pulak bendera malaysia yang tergantung sana sini..yang terlekat di kereta n bermacam2 lagilah style yang ada. tp tahun ni agak berlainan (pada pandangan akulah, korang aku xtau)..kereta pun mcm x banyak je yang letak bendera (termasuk kereta aku..hahaha)..bangunan kerajaan pun mcm kurang jerk..kat jalan2 di sekitar shah alam n especially di pusat bandar seksyen 14 pun aku mcm x nampak...ntah kot2 aku yang rabun kot (atau awal sgt nak letak bendera??)..cuba korang pun teliti gak n correct me if i wrong..
mmg aku akui aku x pasang bendera kat kete aku yang comel tu..(perasan la plak..eh, tp mmg pun comel), tp semangat kemerdekaan tetap ada dalam jiwa aku..bila tgk balik cite2 bukit kepong, leftenan adnan etc..aku terasa gak kepayahan orang dulu2 yang berjuang menuntut kemerdekaan..ye, x dinafikan aku dilahirkan 23 tahun lepas kemerdekaan..tp bila merenung balik dan membayangkan zaman dulu2..mmg susah aku nak gambarkan..dgn susah nak makan, xde elektrik mcm skrg, mandi air perigi, xde internet, xde fastfood, xde shopping complex dan bermacam2 lagi yang xde..
dan semakin aku dewasa, aku lebih memahami apa yang erti kemerdekaan..bukan sahaja merdeka untuk negara, tp juga untuk diri sendiri...kemerdekaan yang bermacam2..berjela plak if aku senaraikan nanti..
apepun, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI KEMERDEKAAN" pada diri aku dan semua yang membaca blog ini..m ari kita panjatkan kesyukuran kerana negara kita masih aman dan damai..bersatu seperti kata PM kita "SATU MALAYSIA"...aku berterima kasih pada semua pejuang2 negara yang telah berjuang untuk kemerdekaan MALAYSIA..
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!!!!!